Bab 10

Romance Series 10367

Pintu lif terbuka. Zac keluar dari perut lif sambil menarik bagasinya.
"Ouchh.."
Bahunya terlanggar dengan seseorang yang baru ingin masuk ke dalam lif.
"Ah.. Maafkan saya." pantas orang tu meminta maaf, menyedari kesilapannya yang terburu buru. Hana angkat muka dengan perasaan bersalah.
"Eh.. Encik Zac?"
Zac menurunkan sedikit cermin mata berbingkai hitam tebal yang dipakainya.
"Hana?”
"En. Zac buat apa kat sini?" tanya Hana dengan ramah.
"Kan dah cakap panggil Angah."tegur Zac.
Hana serba salah.
"Maaflah En. Zac. Saya tak biasa lagi panggil macam tu."jawab Hana jujur.
Tak tau kenapa lidahnya terasa bergeliat sangat nak panggil macam tu.
"Hmm.. it's okay." Zac letak tangan dalam poket seluar track suitnya.
Penampilannya kelihatan agak santai. Kepalanya ditutupi dengan hood sweater. Rambutnya yang kelihatan kusut sedikit terkeluar dari hood. Berbaju t-shirt hitam di dalam dan disarungkan dengan sweater di luar. Nampak macam orang nak pergi joging pun ada jugak. Tapi yang peliknya ada bagasi.
"Encik Zac tak jawab lagi soalan saya. En. Zac buat apa kat sini awal pagi ni? Siap bawa bagasi lagi. En. Zac nak tinggal dekat sini ke?" Hana tanya soalan yang bermain di fikirannya.
"Pandai Hana teka. Ya, saya kena stay dekat kondo ni for a few weeks. Arahan Papa. Dia suruh saya pantau tapak pembinaan dekat dekat sini. Senang sikit nak ulang alik setiap hari. Takdelah jauh sangat. Lagipun saya memang dah biasa tinggal kat sini. Kebanyakan orang dekat sini pun ada yang dah kenal saya."beritahu Zac panjang lebar.
"Baru check in ke?"
Zac angguk.
"Ha'ah. Pagi pagi lagi papa dah suruh saya datang sini. Tak sempat nak tukar baju tidur pun. Tu yang nampak selekeh ni. Kejap lagi dah kena tinjau tapak projek."beritahu Zac.
Papanya tu memang tegas. Kalau dia suruh pergi sekarang, memang sekarang jugaklah dia kena pergi. Sebab tu dia tak berani membantah bila papanya suruh dia datang ke sini dengan segera walaupun dia baru bangun tidur. Dah lah malam tadi tidur lewat sebab kena siapkan pelan rumah banglo.
Hana angguk angguk dengar penjelasan Zac. Patutlah nampak kusut semacam je rambut dia. Muka pun nampak mengantuk dan lesu. Baru bangun tidur ke apa? Entah mandi ke tidak En. Zac ni. Kesian pulak mamat ni aku tengok. Tak pasal pasal kena kerah datang sini pagi pagi lagi.
“Jangan risau saya dah mandi.”ujar Zac, seperti tahu apa yang bermain di fikiran Hana. Hana tersentak bila Zac macam tau tau je apa yang dia fikir.
"Hana pula buat apa kat sini?"
"Err.. Papa takde cakap ke yang mama ada sewa kondo ni untuk saya dan mak saya tinggal kat sini buat sementara waktu? Dah hampir dua bulan dah kami tinggal kat sini."ujar Hana.
Pelik jugak Zac tak tahu dia tinggal kat sini. Takkan takde sorang pun orang dalam rumah tu bagitau. Tapi penting ke nak bagitau Zac pasal dia??
"Laa.. ye ke? Saya tak tahu pula. Sorrylah. Lately banyak sangat benda yang saya miss kat dalam rumah tu. "
"It’s okay. En. Zac kan busy je memanjang.”
“But you don’t have to worry. I will not miss your wedding day.”sempat Zac mengusik.
Hana gelak paksa. Pagi pagi cakap pasal kahwin ni boleh spoil mood. Tukar topik lah.
“Ermm.. So that’s mean, kita dah tinggal di bangunan yang sama lah ye?”
"Hana tingkat berapa?"
"Tingkat 10. Encik Zac?"
"Saya tingkat 5. Nanti bolehlah kita lepak sama sama. Bilik nombor..?" Zac tanya lagi.
Teruja pula bila dia dapat tinggal satu bangunan dengan Hana. Rindu pula nak tinggal dekat dengan gadis ni selepas 3 tahun berjauhan.
"379."
Zac senyum.
"Okey. Kalau ada masa free saya melawat bilik Hana. Hana nak pergi mana ni? Cantik semacam je.." tegur Zac.
Dia tengok Hana dari atas sampai bawah. Penampilan Hana nampak anggun dengan blouse labuh berwarna biru gelap, seluar slack putih serta tudung bawal menutupi dada yang berwarna biru muda.
Wajahnya pula nampak menawan dengan bibirnya dicalit lipstick merah jambu pucat. Mukanya yang tidak di'touch up' tu memang dah semula jadi cantik.
Zac tertawan. Hana tersipu malu bila En. Zac leka memandangnya.
"Saya nak pergi kerja dekat butik mama lah. Err.. saya dah lewat ni. Saya minta diri dulu la En. Zac," Hana pamit bila dia jeling jam di tangannya sudah hampir menginjak pukul 7.30 pagi. Waktu kerjanya bermula pukul 8 pagi.
“Ok. Take care.”sempat Zac berpesan.
Hana terus masuk dalam perut lif yang sudah terbuka. Zac tunggu Hana di hadapan pintu lif hingga pintu lif tertutup. Mata Hana dan Zac bertembung. Zac sempat kenyit mata dekat Hana sebelum pintu lif tertutup sepenuhnya.
Hana tergamam. Dia kenyit mata dekat aku ke? Hana tertanya sendiri. Dia tengok sekeliling lif tu. Takde orang lain lagi. Sah! Memang dia kenyit mata dekat aku. Hana pegang pipi.
Mukanya tiba tiba berubah merah.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Hana tersedar dari lenanya bila telefonnya berdering. Dia meraba raba tangannya atas katil, cuba mencari telefon tu.
"Ughh.. Mana pulak telefon ni. Bingit pula telinga aku dengar. Nak tidur pun tak boleh. Kacau betullah," Hana membebel dengan mata separa terbuka.
Hana terpegang telefonnya lepas tu terus letak dekat telinga.
"Hello.."suara Hana kedengaran serak akibat baru bangun tidur.
"Hana.. Siap cepat. Kita pergi dinner. Saya ambil awak pukul 9." Talian putus.
"Hello.. Hello..." Hana masih memanggil.
"Heshh!! Menyusahkan aku betul lah si Kay ni. Aku dah la penat. Suka hati je bagi arahan."rungut Hana.
Dia masih terbaring atas katil dengan mata terpejam.
"Ngantuknya.. Tak nak pergilah." Hana bercakap sendiri.
"Tapi kalau tak pergi kang merajuk pulak mamat tu. Hish.." dengus Hana.
Hana cuba gagahkan diri untuk bangkit dari pembaringan.
Dia memang letih yang amat lepas balik kerja. Lepas maghrib dia terus rebahkan badan atas katil. Memang tak larat sangat. Kalau mak dia tau dia tidur lepas maghrib,mau tak membebel orang tua tu.
Nasib baik juga mak dia takde sebab keluar dengan mama. Akhir akhir ni mereka berdua memang semakin rapat. Ke hulur ke hilir berdua je. Macam isi dengan kuku. Untungnya aku sebab mak dengan bakal mak mertua rapat. Nanti tak payahlah gaduh kalau nak balik raya.
Hana paksa dirinya bangun juga. Dia turun dari katil dengan lemah longlai. Dia menukar pakaiannya dengan jubah tuala. Dia langsung tak sempat mandi tadi sebab penat yang melampau. Dengan mata separa tertutup tu,Hana melangkah masuk ke bilik air. Suis lampu dibuka.
"Aaaaarrrgghhh!!!!" Jeritan bergema di segenap ruang kondonya.
Hana terkocoh kocoh keluar dari bilik air. Matanya yang tadi kuyu berubah menjadi luas.
“Apa aku nak buat ni? Apa aku nak buat ni? Kalau dia gigit macam mana?”
Hana melompat ke atas katil dengan muka pucat. Dia cemas dan ketakutan. Badannya menggeletar. Tanpa berfikir panjang, Hana mencapai telefon yang berada di atas katil berdekatan dengan tempatnya duduk. Dia mencari nombor seseorang pada bahagian contact dengan laju.
"Hello Encik Zac.. Tolong saya.. tolong saya En. Zac.. Saya takut.."suara Hana kedengaran takut.
"Hana.. kenapa ni?"suara Zac di talian kedengaran cemas.
Dia yang sedang meneliti laporan projek pembinaan segera angkat telefon sebaik tengok nama Hana di skrin telefon. Pelik juga dia bila Hana menelefonnya.
Hana belum pernah menghubunginya sebelum ni walaupun mereka berdua saling bertukar nombor. Dia sendiri pun tak berani nak kacau tunang adiknya.
"En. Zac.. Encik Zac je yang boleh tolong saya sekarang.. Saya takut Encik Zac.."air mata Hana dah mula menitis. Dia cuba intai bilik air tu.
Jantungnya berdebar kencang. Kalau dia keluar macam mana?? Mati aku!!
"Tolong saya Encik Zac.. Saya tak tahan lagi. Saya takut sangat sangat.." Hana merayu dengan teresak esak.
Zac mula bimbang. Dia tutup failnya.
"Hana.. Saya datang kondo awak sekarang. Awak tunggu saya!" Zac dah bangun.
Hana angguk angguk walaupun Zac tak nampak.
"Cepat Encik Zac.. Saya takut dia keluar nanti..." Hana mula menggigil ketakutan.
"Saya pergi sekarang."
Zac terus matikan talian. Dia bergegas keluar dari kondonya dengan berpakaian singlet hitam dan seluar pendek separas lutut je. Tak sempat pula nak tukar pakaian dalam keadaan cemas macam ni.
Zac tekan butang lif beberapa kali.
"Alaaahh.. asal lambat pula ni?!!" Zac merengus sambil terus menerus tekan butang lif tu. Dia ketap gigi.
"Aargghh!" Zac nampak pintu menuju ke tangga atas. Tanpa membuang masa Zac terus memanjat tangga menuju ke tingkat sepuluh dengan sepantas yang boleh. Dia betul betul risaukan keadaan Hana.
Hana.. Apa berlaku pada kau? Aku harap kau tak apa apa. Zac kebimbangan.
Hana memeluk lututnya dengan penuh gementar. Matanya tidak lepas memandang pintu bilik air yang sedikit terbuka tu.
"Tolong.. tolong jangan ganggu aku.." Hana geleng geleng kepalanya.
Tak lama kemudian kedengaran pintu kondo Hana diketuk dari luar. Mesti Encik Zac. Hana cepat cepat turun dari katil lantas menuju ke pintu. Pintu dibuka.
"Hana, awak.."
Hana terus peluk Zac lepas nampak Zac berdiri depan kondonya dengan badan yang berpeluh peluh. Nafasnya turun naik kerana memanjat tangga sampai ke tingkat 10 ni. Kebimbangannya pada Hana menyebabkan dia berlari dengan pecutan yang paling maksima untuk sampai ke sini. Kalah pelari olimpik.
Zac tergamam dengan tindakan drastik Hana tu. Dia yakin Hana tak sedar apa yang dia lakukan. Dah lah dia terkejut dengan pakaian Hana yang hanya dibaluti jubah tuala. Menampakkan betisnya yang putih melepak dan gebu. Sekarang Hana tiba tiba pula peluk dia. Dua kali terkejut.
"Hana, what's going on?" lambat lambat tangan Zac cuba sentuh belakang Hana tapi Hana terus lepaskan pelukan tu.
"Ma.. maafkan saya Encik Zac. Saya spontan. Saya.. saya takut sangat."muka Hana nampak takut takut. Air matanya jatuh laju. Hana mengesat air matanya.
"Hana relax okay. Kenapa ni?" Zac tanya lagi dengan nada risau.
Hana nampak betul betul takut. Hana undurkan langkahnya ke belakang. Menyuruh Zac masuk. Zac masuk walaupun teragak agak. Dia sempat melihat sekeliling kawasan kondo itu sebelum melangkah masuk. Hana tunjuk pada bilik air dengan tangan menggigil.
"Ad.. Ada.. Ada.. ti.. tikus.."tersekat sekat Hana beritahu.
Zac dah buat muka terkejut.
"What??!! Tikus??"
Sebab tu ke Hana panggil dia sampai dia sanggup lari maraton panjat berapa puluh anak tangga untuk sampai ke sini? Sebab seekor tikus aje?
"Encik Zac.. saya takut sangat. Saya takut tikus tu gigit saya. Saya.. saya fobia .. dengan tikus. Tolong.. tolong keluarkan tikus tu dari sini Encik Zac.."muka Hana yang jelas nampak begitu ketakutan membuatkan hati Zac terusik walaupun dia agak bengang bila Hana panggil dia semata mata kerana takutkan tikus.
Tapi boleh jadi Hana betul betul fobia dengan tikus. Kalau tak, takkan Hana menangis sampai menggigil tubuhnya. Langsung tak nampak dibuat buat. Tambahan pula kenapa Hana perlu buat begitu?
"Mana?"
"Dalam bilik air. Ta.. Tadi saya nak masuk mandi. Lepas tu.. saya nampak tikus tu.. kat belakang pintu. Saya tak boleh tengok tikus Encik Zac. Saya.. saya trauma dengan tikus."jelas Hana dengan suara tersekat sekat akibat gemuruh.
Ketakutannya mula hilang bila Zac berada di sini. Dia mula berasa selamat.
Zac berjalan menuju ke bilik air. Hana ikut dari belakang dengan takut takut. Zac tolak pintu. Dia masuk dalam bilik air dengan berhati hati sambil kepala mencari cari kedudukan tikus tersebut.
Hana tunggu di luar. Kepalanya terjengul jengul nak tengok apa yang Zac buat.
“Hana awak ada glove tak? Tisu, plastik or something like that?” Zac meminta ketika di dalam bilik air. Dia menghulurkan tangannya ke luar pintu bilik air.
“Ada ada Encik Zac!” Hana terus berlari mencapai plastik lalu diserahkan kepada Zac dalam jarak yang agak jauh kerana khuatir tikus itu akan keluar. Hana menanti Zac keluar.
"Waarrghhh!!!" Hana menjerit terkejut apabila Zac tiba tiba keluar bersama seekor tikus yang agak besar di tangannya. Hana menjarakkan dirinya daripada Zac.
"Encik Zac.. beraninya.. Encik Zac pegang tikus tu."
Zac sengih. Dia tengok tikus berbulu coklat itu di tangannya.
"Cute kan?”usik Zac tanpa rasa takut.
Relax je aku tengok dia pegang tikus tu. Tak geli ke?
“Cute ke?” Hana tunjuk muka geli, dia mengundur undur langkahnya ke belakang apabila Zac cuba menunjukkan tikus itu kepadanya.
"Tapi macam mana boleh ada tikus dalam kondo ni. Dari mana dia masuk agaknya ..Musykil pulak saya.." Zac kehairan sambil mencari cari lubang di sekitar bilik tu.
Kondominium mewah macam ni pun boleh ada tikus ke. Selama aku tinggal di kondominium ni,takde pulak aku jumpa dengan binatang macam ni. Bukan setakat tikus,lipas pun takde.
Hana geleng geleng kepala.
"Saya tak tau Encik Zac. Apa yang saya tahu.. saya takut dengan tikus. Dia pernah gigit telinga saya masa saya tidur dulu Encik Zac. Nasib baik telinga saya tak putus."adu Hana sambil mengenang sejarah hitamnya dengan tikus.
Zac tahan gelak bila dengar sejarah macam mana Hana boleh fobia dengan tikus. Patutlah dia takut.
"Oh no wonder la. Awak jangan takut lagi. Saya dah tangkap tikus ni. Awak dah selamat sekarang. Lepas ni saya sumbat tikus ni dalam lubang jamban okay?" Zac cuba memujuk Hana.
"Err.. Encik Zac.. Janganlah kejam sangat."
"Laa.. sayang jugak awak dekat tikus ni."usik Zac sambil sengih nakal.
"Takdelah. Walaupun salah seekor keturunan tikus pernah buat dosa dengan saya tapi saya tak nak lah balas dendam dekat tikus tu dengan cara bunuh dia. Saya masih ada sifat berperikemanusiaan Encik Zac. Saya sanggup maafkan tikus tu." lurus je Hana menjawab usikan Zac tu dengan muka berkerut kerut.
Zac gelak. Comel..
"Saya gurau je lah. Nanti saya report pada pihak kondo pasal benda ni."ujar Zac lembut.
Hana yang menjaga jarak antara mereka kerana takutkan tikus tu mengangguk perlahan.
"Errr.. Encik Zac.. Saya minta maaf sebab menyusahkan Encik Zac. Saya tak tahu nak minta tolong siapa lagi. Saya tak kenal rapat lagi dengan penghuni dekat sini. Mak saya pun takde.
Saya terpaksa telefon Encik Zac sebab En. Zac je yang ada di fikiran saya masa tu. Saya langsung tak terfikir nak call pihak kondo ni. Maafkan saya sebab dah ganggu masa En Zac.." Hana mula berasa bersalah dengan tindakannya.
Tapi dia memang takut sangat. Nak buat macam mana. Hanya Zac sahaja yang berada di fikirannya saat itu memandangkan mereka tinggal di kondo yg sama.
"It's okay. Nasib baik saya tak jadi keluar malam ni. Kalau tak, tak taulah apa akan jadi pada awak."ujar Zac.
Tadi kawannya ada mengajaknya keluar untuk berbincang pasal projek esok tapi tak tahu kenapa dia menolak ajakan tu. Dia cuma cakap dia nak periksa laporan untuk dihantar esok. Tapi tak tahu pula ada hikmah kenapa dia menolak pelawaan tu. Dia dapat tolong Hana. Hikmah ke macam tu? Macam takdir je.
"Betul Encik Zac. Kalau Encik Zac takde mungkin saya dah pengsan dah sekarang."cepat cepat Hana mengiakan kata kata Zac.
Zac senyum.
"Terima kasih banyak banyak sebab Encik Zac sudi tolong saya,"ucap Hana sambil bongkokkan badannya beberapa kali macam orang Jepun.
"Takde apalah. Benda kecik je. Kita kan family." Zac senyum nampak lesung pipit. Hana terpesona.
Tok tok tok!! Kedengaran bunyi pintu diketuk dari luar.
"Mesti mak dah balik."
Hana segera pergi buka pintu tanpa berfikir panjang. Dia langsung tidak menyedari akan pakaiannya. Hana terkaku di hadapan pintu bila melihat lima orang lelaki berdiri di hadapannya dengan muka yang langsung tiada senyuman. Jantungnya kembali berdebar debar.
Dia perasan lelaki lelaki di hadapannya memandangnya pelik. Hana tengok dirinya. Saat itu baru dia perasan akan pakaian yang dipakainya. Dia hanya memakai jubah tuala berwarna putih separas betis dan rambutnya kusut masai disebabkan baru bangun tidur.
Macam mana dia boleh tidak menyedari pemakaiannya sebelum dia buka pintu ni dan pintu... untuk Zac tadi??
Mata Hana bulat bila teringatkan keadaannya tadi. Ahh.. patutlah Zac nampak terkejut tengok dia di muka pintu tadi!! Bodohnya aku!!
Hana selindung kakinya di sebalik daun pintu. Mukanya berubah menjadi pucat lesi.
"Awak penghuni kondo ni?"salah seorang lelaki tu bertanya dengan suara garau.
Hana angguk lambat lambat.
"Ya saya. Ad.. Ada apa.. encik semua berkumpul depan rumah saya ni?" suara Hana tersekat sekat untuk bertanya biarpun dia sudah boleh agak siapa mereka.
Mukanya sangat tebal saat ini dek kerana menahan malu akibat kebodohan diri sendiri.
"Kami dari Jabatan Agama Islam. Kami mendapat satu laporan dari seorang saksi yang mengatakan anda berkhalwat dalam kondo ni bersama seorang lelaki. Betul ke?"
Pertanyaan lelaki tu seolah olah batu menghempap tubuh Hana. Mulut Hana sedikit terbuka kerana terkejut tak percaya.
"Betul ustaz. Saya nampak perempuan ni berpelukan dengan seorang lelaki depan pintu kondo ni sebelum mereka sama sama masuk ke dalam." seorang lagi lelaki menjawab bagi pihak Hana tetapi dengan jawapan yang lebih jelas dan detail.
Tubuh Hana longlai. Dia sempat berpaut pada tombol pintu.
Sekarang baru dia menyedari sepenuhnya situasi yang berlaku sekarang. Baru dia sedar dia dengan Zac hanya berdua dalam rumah ni. Dan baru dia sedar juga yang pakaiannya dengan pakaian Zac memang boleh membuat orang lain berprasangka negatif dan menimbulkan fitnah terhadap mereka.
Tambahan pula dia terpeluk Zac di depan pintu tadi. Dia langsung tak terfikirkan semua ni akan jadi. Ketakutannya menghalangnya daripada berfikir benda lain. Benar.. ada lelaki dalam rumahnya.
"Hana.. siapa? Auntie ke?" suara Zac yang menjengah telinga Hana bagaikan dentuman ribut di langit. Kebenaran akan terbongkar sebelum sempat dia menyangkal. Bukti sudah di depan mata mereka.
Lelaki tu tolak pintu rumah Hana dengan lebih luas.
"Siapa lelaki tu? Apa hubungan awak dengan dia? Kalian ada pertalian darah?"bertalu talu lelaki tu ajukan soalan lepas nampak seorang lelaki yang memegang tikus di belakang Hana.
Wajah Zac turut terkejut dengan kehadiran manusia manusia di hadapannya. Dia seperti boleh agak apa yang berlaku. Hana berpaling ke belakang untuk melihat reaksi Zac yang jelas kelihatan pucat dan kaku.
“Ma.. maafkan saya Encik Zac..” Air mata Hana jatuh berlinangan.
"Saya tanya.. apa hubungan kamu berdua?!!" lelaki tu naikkan suaranya. Hana terkejut sampai terangkat bahu. Dia tengok lelaki lelaki di hadapannya balik.
"Dia.. dia.. bakal abang ipar saya." Hana jawab jujur. Tiada apa yang boleh dirahsiakan lagi saat ini.
"Jadi kamu berdua tiada pertalian darah. Ada sesiapa lagi dalam rumah ni selain kamu berdua?”tanya pegawai itu lagi.
Perlahan lahan Hana menggeleng kepala. Fikirannya menjadi kelam.
“Kalau macam tu kamu berdua ikut kami ke pejabat agama untuk mendapatkan penjelasan lanjut."arah lelaki tu.
"Ustaz.. kenapa kitorang kena pergi pejabat agama? Apa yang kami dah buat?" Zac bertanya soalan yang sudah terang lagi bersuluh jawapannya.
"Encik tahu apa yang Encik buat. Encik dengan gadis ni berada dalam kondo ni dalam keadaan berdua duaan tanpa ikatan yang sah. Betul kan? Tiada orang lain lagi dalam kondo ni selain kamu berdua kan?”tegas ustaz tu bertanya soalan.
Tangan Zac yang memegang tikus menjadi longlai sehingga tikus tersebut terlepas.
"Ustaz.. Kami tak buat apa apa ustaz. Lelaki ni hanya tolong saya. Saya yang minta dia datang ke sini sebab saya perlukan bantuan. Saya minta dia tolong keluarkan tikus tu.. Percayalah cakap saya. Saya tak buat apa apa pun dengan dia." Hana cuba bagi penjelasan walaupun nampak macam mustahil untuk diterima.
Ustaz tu sengih menyindir.
"Tak buat apa apa kamu cakap? Cuba kamu tengok pakaian kamu berdua. Pakaian pun dah nampak mencurigakan. Lagipun kami ada saksi yang nampak kamu berdua berpelukan depan pintu ni. Kamu nak nafikan lagi??!
Sudah. Jangan buang masa kami lagi. Sila ikut kami ke pejabat agama. Kat sana nanti kamu berdua boleh bagi penjelasan semula. Saya harap kamu ada penjelasan yang kukuh untuk menyelamatkan maruah kamu berdua.
Walau apapun alasan kamu berdua, kamu berdua tetap salah sebab duduk berdua duaan dengan bukan muhrim dalam kondo ni dalam keadaan mencurigakan. Kamu pun tahu perbuatan itu merupakan satu dosa. Kenyataan ni sudah cukup untuk membuat kami mengheret kamu berdua ke pejabat agama.
Sila ikut kami. Tapi sebelum tu.. cik.. sila tukar pakaian anda terlebih dahulu. Dan awak encik.. sila keluar dari kondo ni.."arah ustaz tu satu persatu.
Hana dan Zac berpandangan sesama sendiri bila mereka berjalan berselisihan. Dua orang lelaki terus memegang Zac dan mengheretnya keluar sementara Hana berjalan dengan penuh lemah longlai untuk menukar pakaiannya.
Mereka langsung tiada peluang untuk menjelaskan hal sebenar.Tapi kalau mereka beritahu sekalipun,ia takkan dapat mengubah apa apa kerana mereka memang sudah membuat kesalahan yang besar walaupun tanpa disengajakan.
"Apa yang berlaku ni?" Kay yang baru sampai di depan rumah Hana tertanya tanya bila melihat ramai orang berkumpul di situ. Hana yang baru keluar dari rumahnya jelas kelihatan terkejut yang amat dengan kehadiran Kay.
Kay mesti datang untuk menjemputnya makan malam tapi lepas dia tahu apa yang berlaku, dia percaya Kay pasti akan mengamuk. Zac juga nampak terkejut dengan kehadiran adiknya.
"Mereka berdua ditangkap kerana didapati berkhalwat dalam rumah ni."lelaki di sebelah Zac beritahu.
Muka Kay jelas kelihatan terkejut dengan berita itu.
"Apa?" Dia nampak tak percaya.
Kay pandang Zac dengan Hana yang tertunduk tu.
“Hana, apa ni?” Kay cuba meminta penjelasan. Hana diam membantu tanpa mengangkat mukanya. Tidak tahu jawapan apa yang sesuai untuk diberikan saat ini. Biarlah Kay memahaminya sendiri.
Kay beralih pula pandangannya kepada abangnya apabila Hana tidak memberi respon kepada soalannya.
“Angah…”Kay meraih penjelasan daripada Abangnya pula.
“Angah minta maaf, Kay..”ucap Zac dengan perasaan bersalah yang menggunung.
Mendengarkan kata kata pendek abangnya itu membuatkan darah Kay naik ke muka dengan serta merta.
"Tak guna!!'" sepantas kilat Kay menyerang Zac lantas mencekak singlet Zac sebelum melepaskan tumbukan padu pada pipi Zac. Zac tersembam atas lantai. Dia menyentuh bibirnya yang terasa sudah pecah dan seperti cecair mengalir turun pada dagunya. Darah..
Dua orang pegawai agama cepat cepat pegang lengan Kay yang kelihatan mengamuk itu. Mukanya merah menyala. Hana sudah agak itu akan berlaku. Perasaan bersalah mula menyelubungi dirinya.
"Tak guna punya abang!! Sanggup kau berkhalwat dengan tunang adik kau sendiri!! Aku patut dah boleh agak yang kau akan buat macam ni!! Jantan tak guna!!"laung Kay sekuat hati pada abangnya.
Beberapa orang penghuni di sekitar kondo tersebut keluar apabila mendengar bunyi kekecohan.
Zac hanya membisu, membiarkan adiknya melepaskan kemarahan terhadapnya. Tiada guna dia menjelaskan hal sebenar kepada Kay dalam keadaan dia sedang marah. Nanti akan mengeruhkan lagi keadaan.
Dia sendiri pun tidak jangka semua ni akan berlaku. Mungkin inilah takdir yang sudah ditetapkan akan terjadi kepada mereka malam ini. Mesti ada hikmahnya mengapa ini semua berlaku.
"Biar aku belasah je kau sampai mampus!!" Kay meronta ronta minta dilepaskan untuk membelasah Zac. Pegawai pegawai agama tu pegang Kay sekuat hati.
Kay tengok Hana pula.
"Hana.. Ni yang awak balas lepas apa yang awak cakap pada saya tu?!! Ni yang awak cakap awak takkan menduakan cinta saya tu? Ni ke maksud awak dengan semua kata kata awak tu hah??!!'" Kay menempik pula pada Hana.
Hana tundukkan wajahnya. Dia tidak berani mengangkat muka melihat wajah bengis yang seumpama singa itu. Nafas Kay turun naik melihatnya.
"Encik.. Jangan buat hal lagi. Kami perlu bawa mereka ke pejabat agama." tegur ustaz tu.
Pegawai agama itu melepaskan Kay selepas nampak Kay semakin lama semakin tenang.
Mereka membawa Zac dan Hana pergi dari situ. Meninggalkan Kay bersendirian di depan kondo Hana.
Kedengaran suara suara halus penghuni di situ berbisik sesama mereka dengan pandangan yang curiga apabila menyaksikan ‘drama’ itu.
Kay menyandarkan badannya pada dinding dengan lemah longlai. Perlahan lahan badannya terseret turun ke bawah sehingga terduduk. Dia mengaup rambutnya ke belakang. Mukanya jelas kelihatan stress dan tidak percaya.
"Aaarghhhh!!'"jerit Kay sekuat hati,melepaskan amarahnya yang masih bersisa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience