t.u.j.u.h.b.e.l.a.s

Romance Completed 7788

"Laa.. kita sama sekolah!" Mikhail ketawa. "What a small world!"

Imani kulum senyum. Sesekali matanya melirik pada Aydin. 'Tak kisah langsung biarkan aku sorang-sorang!'

"You ingat tak cikgu Khairi? Cikgu disiplin?"

Imani mengangguk. Berpura-pura mendengar penuh minat sedangkan hatinya meronta mahu segera pulang. Enggan terus menyaksikan kemesraan Husna dan Aydin yang sedang seronok ketawa sambil bertepuk tampar. 'Aku tampar jugak perempuan ni karang.'

Eh, cemburu?

"By the way, you dari department mana?"

Hujung jari Imani bermain-main di bibir gelas. "I bukan staff. I temankan orang je."

"Really? You temankan siapa? Mana orangnya?"

Imani ketap-ketap rahang. "Hilang tiba-tiba."

"Imani," garau suara Aydin mematikan bicara. Imani tidak menoleh. Dia tahu Husna masih ada di sebelah Aydin.

"Haa dah muncul balik!" Imani ketawa paksa.

"Oh, encik Aydin! Girlfriend encik Aydin la ni ye?" Mikhail gugup tiba-tiba. Mana taknya, dia praktikal di bawah seliaan Aydin! 'Aiii balaaa! Cari nahas la kau ni, Mika!'

"Tunang." tegas suara Aydin memberitahu.

Imani bangun dan berdiri di hadapannya. Satu senyuman manis diukir. "Baby, i wanna go home. You can continue whatever shit you're doing, okay? I boleh balik sendiri." Imani kalih pandangan ke arah Husna. "You can have him tonight."

Sengaja Imani melanggar bahu Husna dan terus mengatur langkah keluar dari hall itu. Bengang oi! Dah la paksa orang ikut dia. Lepas tu boleh pulak ditinggalkan sorang-sorang! Lama pulak tu! Siap kena tengok aksi gesel-gesel kucing sphynx betina tu lagi!

Imani ketap rahang, geram. "Ingat aku patung ke?" gumamnya. Stiletto di kaki ditanggalkan kasar. "Stupid shoes!"

Imani berdiri di perhentian bas berhampiran, menunggu teksi lalu. Rambut yang tadinya kemas tersanggul, dileraikan.

Telefon bimbit direnung seketika sebelum jarinya menekan nama Kimi.

Sedetik.

Dua detik.

"Hello, Kimi?"

Belum sempat Kimi menyahut, telefonnya dirampas dari belakang.

Aydin mematikan panggilan. Matanya tajam menikam wajah si gadis. "Explain." Rahangnya bergerak-gerak.

Imani senyum sinis. "Think." balasnya pendek. Lengannya ditarik kasar.

Dia hanya mampu pasrah membiarkan kakinya ditikam batu-batu tar. Aydin pula tidak sedar tunangnya itu tidak berkasut. Sesekali Imani menyeringai menahan pedih.

"Stop!" Imani cuba menarik lengannya dari genggaman Aydin. Lelaki itu berpaling.

"I'll take you home. Tak perlu call jantan lain suruh pick up." Imani diseret kembali.

"Sakit."

Serta-merta langkahnya mati. Dia berpaling melihat Imani yang sudah basah dengan air mata. Lengan gadis itu kelihatan merah akibat genggamannya.

Matanya jatuh pula pada stiletto di tangan kiri Imani sebelum beralih pada kaki gadis itu yang sudah kotor berselut. Belum sempat dia berbuat apa-apa, Imani sudahpun menyarung kembali kasutnya dan terus melangkah menuju ke parkir kereta, membiarkan Aydin mengekorinya dari belakang.

Sebaik pintu kereta dibuka, Imani cepat-cepat meloloskan diri ke dalam. Aydin menyelongkar dashboard lalu membawa keluar sepaket tisu basah. Dia duduk bertinggung di luar kereta sebelum menarik perlahan kaki Imani.

"Apahal pulak ni? Nak makan kaki ke?" Imani merengus. 'Aku tendang jugak muka dia ni karang!'

Aydin senyum kelat. "Satu badan saya nak makan." Perlahan kaki Imani dibersihkan dengan tisu basah. Di bawah cahaya lampu jalan, Aydin dapat melihat luka-luka kecil pada kaki itu. Satu keluhan terlepas.

"Can you please tell me why you left?"

'Serius laaaaa kau tak tahu kenapa?!' Imani tarik muka.

"Imani." Panggilnya lembut. Wajahnya mengharapkan penjelasan.

"Saya tak rasa diperlukan kat majlis tu. Kenapa saya nak kena jadi tunggul and watch you and that bitch flirting around bertepuk-tampar bergesel-gesel and all?"

"Words, Imani." Aydin menegur tegas, tak suka dengan kelancangan mulut tunangnya.

Imani buat muka tak percaya. "Wow, okay!"

Aydin masih tekun membersihkan kaki Imani. "Are you jealous?"

"Sorry sikit eh!"

"You like me?"

"I hate you!"

Aydin senyum. Matanya merenung wajah Imani. "Bunyi macam jealous sebab ada girl gesel-gesel kat saya."

Imani buat muka menyampah.

"Saya pun jealous tengok awak gelak-gelak dengan Mikhail. Saya pun jealous awak call lelaki lain... sebab saya suka awak."

Imani telan liur. Selesai membersihkan kaki Imani, Aydin beralih pula pada kasutnya. Dibersihkan penuh teliti.

"I don't really know what to do in a relationship. Never had a successful one before. So, please, Imani. The next time you got mad, please tell me where did I do wrong. Don't just walk away like this."

Kasut disarung ke kaki si gadis namun dia masih bertinggung di sisi Imani. "I'm sorry, okay?"

Imani kaku. Hanya mampu telan liur berkali-kali melihat sepasang mata sayu itu.

"Don't look at me like that." Aydin ketawa kecil. "We might end up kissing."

Imani bulatkan mata. "Eh perasan. Tak nak saya cium awak."

"Tapi saya nak cium awak." Aydin mengusik.

"Sepak karang!"

Berdegup laju jantungnya mendengar kata-kata Aydin. Dah kahwin nanti tak tahulah macam mana dia nak tepis godaan dari lelaki ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience