d.u.a.p.u.l.u.h.d.u.a

Romance Completed 7788

Imani termenung di hadapan cermin. Hatinya galau. Betul ke apa yang dia buat ni?

"Dulu kata nak pergi sambung belajar overseas. Tup tup kau kahwin pulak. Apa dah jadi ni?" Laila mengusik. Tiada niat hendak mengguris hati temannya yang kelihatan begitu cantik bertudung litup dan berbaju pengantin rona kelabu.

Imani senyum nipis. 'Aku terima Aydin pun sebab abah. Aku dah malukan dia. Aku tak sanggup tengok abah kecewa lagi sebab aku.' jawapan itu hanya bergema di dalam hati.

Kurang 10 minit lepas, dia sudahpun sah bergelar isteri kepada Aydin. Aydin kelihatan tenang sewaktu menjabat tangan Tahir. Kali terakhir Imani melihat wajah lelaki itu adalah ketika dia membantu Imani membawa pulang barang-barang dari rumah sewa. Itu pun membisu sepanjang jalan.

Hahh... kelirunya dengan sikap Aydin. Dia seolah-olah merajuk. Dingin beku. Langsung tiada kemesraan yang tulus. Yang ada hanya lakonan di hadapan saudara-mara.

Pintu terkuak perlahan. Aydin melemparkan senyum ke arah Laila. Tanpa dipinta, Laila terus meminta diri keluar dari bilik Imani.

Aydin menutup pintu. Songkok di kepala ditanggalkan lalu dia duduk di birai katil manakala Imani masih setia kaku di tempatnya berdiri tadi.

"Sampai bila tak nak bercakap dengan saya?" soal Imani, sedikit sayu. Aydin hanya membalas dengan pandangan kosong. Kepalanya dipicit perlahan.

"Sakit kepala ke? Saya ambilkan panadol kejap ya." Imani mahu keluar dari bilik sewaktu pinggangnya ditarik. Aydin menyembamkan wajah di perut Imani. Lengannya pula melingkar erat di kedua peha Imani.

Jantung Imani mula hilang arah. 'Apahal pulak ni..'

"I'm tired." ucap Aydin.

"Of work?"

'Of jealousy.' Jawapan itu hanya bergema di minda.

"Err... saya ambilkan air ya?"

Aydin angguk, memberi izin. Bila rangkulan dilepaskan, cepat-cepat Imani berlalu pergi.

Majlis nikahnya cuma dihadiri saudara-mara dari pihaknya dan Aydin serta beberapa teman rapat. Majlis resepsi pula akan diadakan di hotel keesokan harinya seperti yang dipinta Harlina. Dia tak mahu majlis Imani diadakan di rumah. Too much work, katanya.

Tetamu-tetamu ramai yang sudah pulang selepas menjamu selera. Imani menuju ke kabinet dapur lalu mengambil dua biji panadol dan segelas air kemudian kembali ke biliknya.

Aydin sudahpun berbaring. Lengannya disilang ke wajah.

"Awak, bangun makan ubat kejap."

Aydin menurut. Ubat yang Imani sua terus diambil dan ditelan dengan air. "Awak demam ke?"

Aydin menggeleng sambil menanggalkan baju melayunya.

Imani telan liur. Cepat-cepat dia palingkan muka. Jam sudahpun menginjak ke pukul 3. Cuaca di luar sangat terik. Mungkin itu punca Aydin sakit kepala.

Imani bergerak ke meja solek. Tudung dibuka, membiarkan rambutnya mengurai bebas. 'Rasanya dah boleh tanggalkan make-up. Dah tak ada apa-apa nak buat lagi.'

Baru saja jarinya menyentuh kapas muka, Aydin sudahpun berdiri dan memeluknya dari belakang. Denyut jantungnya kembali kucar-kacir.

"I miss you." ucap Aydin betul-betul di telinga kanannya. Dia hanya mampu berdiri kaku melihat Aydin mengucup lehernya menerusi pantulan cermin. Tegak roma-romanya dengan sentuhan itu.

"Err... awak ok... ke?" soalnya gugup.

"You look so pretty bila pakai tudung." eh, lain yang ditanya, lain pula yang dijawab.

Imani menunduk malu. 'Alahai, kenapa aku segan-segan pulak ni...'

Tubuh Imani dipusingkan agar berdepan dengannya. Imani tidak mampu menghalang matanya dari merenung tubuh Aydin.

"Saya memang cantik pun kan?" balas Imani cuba berseloroh. Mata dipejam agar tidak meliar ke segenap tubuh lelaki itu.

"Kenapa tutup mata? Don't like what you see?"

'Aduh! Abahhh!! Tolong! Imani tak kuattt!!'

"Err... panas betul cuaca kan? Sa--- sakit kepala dah okay?" Dia memberanikan diri melihat ke dalam mata Aydin.

"Okay dah sebab ada orang ambil kisah." Aydin senyum. Matanya tak lepas dari merenung bibir Imani yang tercalit gincu merah. Lama juga dia merenung Imani sehingga isterinya itu kegelisahan.

Tok! Tok!

Bunyi ketukan di pintu membuatkan Imani spontan menolak tubuh Aydin.

"Kak Iman!" pintu diketuk lagi.

Imani segera membuka pintu. Terjengul wajah Shakila dengan make up tebalnya kalah pengantin. 'Sejak bila dia panggil aku kakak ni?'

"Kenapa?"

Shakila senyum. Sesekali matanya melirik ke arah Aydin yang duduk di katil, membelakangi mereka. Imani faham benar dengan cara pandangan sebegitu. 'Aduh, budak bawah umur pun suka kat Aydin.'

"Minum petang. Shakila buat puding jagung dengan kopi o."

"Serius ahhh? Kau buat puding jagung?" terlopong Imani di situ.

"Apa kak Iman ni... Malu Shakila." Dia tersipu-sipu.

'Ya Allah, fake sungguh budak ni!' Imani menyumpah dalam hati. "Okay. Aku tukar baju kejap."

Pintu ditutup kembali. Imani membuka pintu almari lalu membawa keluar sehelai t-shirt dan seluar track. Kemudian dia menoleh ke arah Aydin yang sedang berbaring di katil, memerhatikannya.

"Awak tunggu luar kejap boleh?"

Aydin menggeleng.

"Pejam mata?"

Geleng lagi.

'Fine! Aku tukar kat bilik air je!' tuala dicapai. 'Alang-alang dah ke bilik air, baik mandi terus.'

"Where go?" hujung tuala dalam genggaman Imani, ditarik Aydin.

"Mandi." Imani tarik semula tualanya.

"Ikut."

"Tak malu ke?"

"Tak." Aydin berpura-pura hendak bangun.

"Oih! Mana boleh ikut!" Imani cepat-cepat berlari keluar dari bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience