t.i.g.a.p.u.l.u.h.s.a.t.u

Romance Completed 7788

Sejak malam tadi Aydin dihurung rasa bersalah. Pemergian Encik Tahir turut meninggalkan kesan padanya. Wajah diraup kasar beberapa kali. Notifikasi missed call di telefon bimbit direnung lama. Ada 54 missed call dari Aydan dan 37 dari papanya.

Aydin melihat jam. Sudah pukul 7 pagi namun Imani masih belum keluar dari bilik lagi. Pintunya pula berkunci. Memang Aydin ada simpan kunci bilik tu tapi dia risau kalau dia redah masuk bilik Imani, nanti Imani jadi semakin marah.

Satu keluhan dilepaskan. Terngiang-ngiang setiap ayat yang diucapkan pada isterinya sebelum ini. Semuanya menyakitkan hati.

'Aku salah ke? Habis, siapa yang hantar bunga dan coklat tu?' Ahhh! Kusut!

Telefonnya berdering. Nombor tak dikenali. Lambat-lambat butang hijau ditekan.

"Hello?"

"Hello, Aydin?"

"Ya."

"Kimi."

Aydin ketap rahang. Dah kenapa mamat ni call awal pagi ni?

"We need to talk." kata Kimi.

"About what?"

"Some serious matter, I guess. Jumpa kat depan Paradigm lagi 20 minutes."

Talian dimatikan. Aydin hela nafas panjang. 'Apa pulak kali ni...'

Sebelum keluar, Aydin mengetuk pintu bilik Imani beberapa kali. "Iman."

Tiada sahutan.

Aydin mengeluh lagi. Perlahan dia melangkah pergi.

Di hadapan Paradigm, kelihatan Kimi sedang duduk santai di atas Kawasaki hitamnya. Di jari kanan pula terselit sepuntung rokok. Aydin memarkirkan kereta betul-betul di sebelahnya.

Kimi senyum namun tidak berbalas.

"Sorry bang. Saya try call Iman tapi tak berjawab. So saya ambik phone number abang dari phone Husna."

"Apa yang penting sangat tadi?"

Kimi menarik keluar telefon dari poket jaket. Aplikasi fac dibuka lalu disua ke wajah Aydin.

"Saya rasa kakak saya dah buat silap besar."

Aydin melihat posting Imani di fac yang ditunjukkan Kimi.

'Kepada pengirim bunga dan coklat ni, thank you so much for ruining my life. I'm sure you can smile while sleeping now.

p/s: Next time you just need to kirim santau. Hasilnya lebih outstanding! :)'

Di bawah caption itu pula terpampang gambar jambangan bunga yang sudah bertaburan kelopaknya dan sekotak Ferrero Rocher yang masih utuh dalam sebuah bekas berbentuk hati.

Aydin kerut wajah, tak faham. Kimi tarik nafas. "Saya pernah nampak bouquet bunga tu dalam kereta Husna. Sama sebijik macam dalam gambar yang Iman post. Ribbon kat box coklat tu pun sama warna."

"What?"

"Saya rasa Husna yang hantar semua tu." Perlahan Kimi menutur.

"Tapi kenapa dia nak buat macam tu?"

"I think she hates it. You and Iman... married."

Aydin ketuk jari di dahi. "Aduhai... kenapa boleh jadi macam ni..." kepala disandar ke stereng. Patutlah Husna manja lain macam sejak kebelakangan ni. Kalau dulu, susah betul nak dikejar. Sekarang, dia sendiri datang menyerah.

Aydin ketawa. Terasa lucu dengan kebodohan diri sendiri ketika menuduh Imani berlaku curang. "Allahuakbar. Dulu aku kejar, dia makin jauh. Bila aku stop, dia pulak yang kejar aku."

"Jangan buat main dengan perempuan punya jealous." Kimi ketawa. "Saya minta maaf sangat-sangat... on behalf of my kakngah. Betul, benda yang dia buat tu teruk tapi... saya minta abang dan Imani maafkanlah dia. Nanti saya tazkirahkan perempuan tu."

Aydin renung sepi wajah Kimi. "Bak sini benda tu."

"Ap---"

Rokok di jari Kimi dirampas lalu dibawa ke bibir. Kimi ketawa. "Ingatkan tak merokok."

"Lama dah berhenti. Ambik rasa sikit."

Pecah lagi tawa Kimi.

**********

Imani terpisat-pisat di atas katil. Matanya bengkak dan sembab hingga susah untuk dibuka. Sedaya upaya dia cuba melihat angka pada jam di dinding.

"10.30?" Kepalanya digaru sebelum kembali berbaring. Mata dipejam seketika. "Uhhh... lapar."

Imani bangun mengambil tuala lalu keluar dari biliknya untuk pergi ke bilik air. Tapi kakinya terpijak sesuatu. Imani tunduk. Ada jambangan bunga dan satu beg kertas kecil di sisinya.

Imani telan liur sambil menoleh kiri dan kanan beberapa kali. Kereta Aydin pun tiada di laman. 'Ok macam takde orang je ni...' cepat-cepat dia bawa keluar bunga dan beg kertas itu ke tong sampah besar di luar rumah.

Imani tarik nafas dalam-dalam. 'Banyak betul duit orang yang kirim bunga dan hadiah tu.' Bisik hatinya. Langsung tidak terfikir bagaimana bunga dan hadiah itu boleh terletak elok di hadapan pintu biliknya.

Usai mandi, dia terpandangkan Aydin yang sedang tersengih melihatnya di ruang tamu. Imani buat tak tahu.

"Sayang, let's eat! Abang dah beli makanan ni."

Berkerut dahi Imani. 'Abang? Dah kenapa orang tua ni?' malas nak layan tapi perutnya minta diisi pula. Akhirnya Imani mengalah. Kasihan perutnya kosong kelaparan.

Imani duduk di hujung meja, jauh dari Aydin. "Sayang nak tengok Love Alarm?" Aydin capai remote sebelum menepuk dahi melihat skrin tv yang berlubang.

"Err... tengok kat laptop nak?"

"Awak kenapa?"

"Kenapa apa?"

"Semalam lain, hari ni lain."

"I'm sorry. I was wrong..."

"About what?"

"About the whole thing."

"What thing?"

"This mess."

" What mess?"

"Imani."

Imani menyuap laksa ke mulut. Sikitpun tidak mahu melihat Aydin.

"Dah dapat bunga and paperbag kecil?"

Imani tersedak. Aduh peritnya menusuk hingga ke rongga hidung! "Jangan risau. Saya dah buang. Saya tak cek pun boyfriend mana satu yang kirim kali ni." Jawabnya sambil menyindir.

Tersembur kuah laksa Aydin. "Bb--- buang? Kat mana?"

"Tong sampah luar tu."

Serentak itu mereka terdengar bunyi lori sampah berhenti seketika di hadapan rumah. Kelam kabut Aydin berlari keluar hingga tersadung kerusi.

"Bang! Kejap!" jerit Aydin. Dikejarnya lori sampah itu hingga selipar pun tak sempat nak sarung. Imani hanya memerhati dari pintu rumah dengan dahi berkerut.

Tak lama kemudian, Aydin kembali dengan beg kertas kecil di tangan. Aydin ketawa melihat Imani.

"Why would you throw this out?"

Aik? "Saya ingatkan one of my boyfriend yang bagi."

"Your husband yang bagi. Ambik ni."

Imani menjauh. "Tak nak aku. Penuh kuman!"

Aydin melangkah setapak mahu masuk ke dalam.

"Weh! Kotor kaki tu takkan nak masuk? Dengan badan bau macam tu!" Imani tekup hidung.

"Laa... takkan nak kena duduk luar pulak?"

"Basuh la kaki tu dulu!"

Aydin ketawa. Hatinya lega kerana Imani masih mahu bercakap dengannya. Kena marah pun dia tak kisah asalkan tak kena silent treatment.

Amboi... dia buat silent treatment kat Imani boleh pulak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience