d.u.a.p.u.l.u.h.e.m.p.a.t

Romance Completed 7788

Imani mendengus geram bila hidungnya diusik berkali-kali.

"Ishh!" mata dibuka. Wajah Aydin cuma beberapa inci dari wajahnya. Imani terperanjat besar hingga terdorong jatuh dari katil.

"Aduhh..." Imani bangun menggosok punggung yang sakit. "Awak buat apa kat dalam bilik saya ni?" soalnya dengan wajah berkerut.

Aydin yang masih berbaring mengiring dengan tangan menongkat kepala hanya menunjukkan cincin di jari yang merah berinai.

Pandangan Imani beralih pula ke jemarinya yang juga merah berinai. Imani tepuk dahi.

"Lupa dah kahwin." katanya lalu kembali berbaring di katil. Aydin mendekatkan tubuh.

"Sambung tidur ke?"

"Emm. Janganlah kacau. Kan masih gelap tu."

Hujung rambut Imani dikucup. "Bangun solat."

"You go first."

"Wake up."

Senyap.

"Kalau tak nak bangun tak apa." Pinggang Imani diusap-usap sebelum tangannya turun ke punggung gadis itu.

Bagai terkena renjatan elektrik, Imani bingkas duduk. "I'll go first." katanya lalu terus mencapai tuala.

Sekembalinya Imani ke bilik, Aydin sedang membentang sejadah. "Kejap, saya ambil wuduk."

Imani angguk. Dia berjalan ke almari lalu membawa keluar telekung yang sudah lama tersimpan. Hatinya dijentik rasa malu. Sudah agak lama juga dia tidak menunaikan kewajipan yang satu itu.

Aydin kembali dengan wajah yang basah dek wuduk. Hati Imani berdebar kembali. 'Aduhai.. boleh sakit jantung la hari-hati macam ni.'

Selesai mengimamkan solar subuh pagi itu, Aydin berpaling menghulurkan tangan. Imani teragak-agak menyambut. Satu ciuman singgah di dahi menyebabkan pipinya bertukar warna.

"Lepas breakfast kita gerak pergi hotel."

"Hah? Hotel? Buat apa?"

Aydin kerut dahi. Boleh tahan pelupa jugak perempuan ni rupanya. "Buat anak. Sana boleh jerit-jerit. Orang tak kisah."

Satu tamparan kuat hinggap di peha Aydin. Dia menyeringai kesakitan.

"Orang tua gatal!"

"Garang betul! Kan ada reception. Lagi mau tanya. Kemas sejadah ni. Malas nak tolong." Aydin terus menghempas tubuh ke tilam.

"Eee... tak padan dengan umur. Sikit-sikit merajuk." Imani mengomel sambil melipat sejadah sebelum pergi ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi.

Memang kebiasaannya dia yang akan menyediakan sarapan. Jika tidak, Shauki atau Tahir akan beli saja di warung. Nak harapjan Harlina dan anak kesayangannya tu? Hm.. tak payah!

Setelah lima minit termenung, akhirnya dia mengambil keputusan untuk menggoreng bihun saja. Dia membawa keluar barang-barang yang diperlukan lalu diletakkan di atas meja.

"Can I help?" soal Aydin tiba-tiba.

"Eh, dah habis merajuk?"

Aydin buat muka selamba. "Merajuk for what? Bukannya ada orang sudi pujuk pun."

Imani mencebik. Matanya kembali tertumpu pada bahan-bahan di depan mata. Bihun dibawa keluar dari paketnya lalu direndam seketika di dalam sebuah bekas.

"You want coffee?" soalnya pada Aydin yang tak lepas dari memerhati setiap gerak-gerinya.

"Americano, please."

Pecah tawa si gadis. "3in1 saje yang ada."

"Nah, it's okay. I can't drink coffee."

Imani angkat kening. "Why?" soal Imani.

"Nanti pening."

"Oh.." Imani pulak hantu kopi. "Milo?"

"Boleh juga." tangannya mencapai pisau dan mula memotong sawi. Langsung tidak kelihatan kekok.

Sesekali Imani mencuri pandang. 'Aduhai... potong sayur pun tetap nampak hot.'

Imani mengerling cincin di jari. Tanpa sedar, dia tergelak kecil. Aydin kerut dahi. "Kenapa?"

"Takde apa. Tiba-tiba rasa kelakar sebab saya tak keluar duit pun untuk kahwin ni. Cincin, baju, hantaran, majlis semua awak settle."

Aydin masih fokus dengan sawi di tangan. "Don't I deserve at least a kiss?" soalnya tanpa mengangkat muka.

"Eh, awak yang beriya ajak kahwin kan?" Secawan milo diletakkan di hadapannya. Tiada jawapan dari Aydin.

"Eh, laa... Shakila baru nak siapkan sarapan. Awal Kak Iman bangun hari ni."

'Ya Allah... muncul pulak makhluk perosak yang satu niii...'

"Sejak bila kau reti buat sarapan?" balas Imani tanpa berlapik. Biar saja Aydin tahu sikap semua orang dalam keluarganya.

Shakila buat tak endah. Dengan selamba dia duduk di sebelah Aydin. Rapat hingga bertemu bahu.

"Abang Aydin, biar Shakila buat tu." Dia mengambil pisau dari tangan Aydin.

Imani juling mata. "Reti ke? Jangan jadi bunga rampai sudah."

"Ish, kelakarlah Kak Iman ni."

Aydin mencapai cawan milo tadi lalu menghirup perlahan. "Sedap milo tu, sayang?" Soal Imani tiba-tiba hingga tersedak lelaki itu dibuatnya. Pantas Shakila menepuk-nepuk belakang Aydin.

'Ewah, lebih-lebih pulak perempuan tak cukup umur ni!'

Aydin bangun menuju sinki, mahu mencuci tangan namun Imani yang kebetulan memang sedang berdiri di situ tidak mahu berganjak. Sebaliknya tangannya dilingkarkan ke pinggang Aydin.

'Dah kenapa bini aku ni?' dia hanya membiarkan. Tangan mencapai paip di belakang Imani menyebabkan gadis itu terperangkap di tengah-tengah antara tubuh Aydin dan sinki di belakangnya.

Imani mengekek ketawa, manja. "Sayang, jomlah kita siap-siap. Lagipun Shakila yang nak buat breakfast." Imani mendongak melihat sepasang mata yang berlainan warna itu. "Mesti dia masak lagi sedap dari Iman masak." Bibirnya dimuncungkan.

Tanpa teragak-agak Aydin terus menyambar bibir mungil itu. Senyuman nakal terukir melihatkan reaksi Imani yang sudah bulat mata merenungnya.

"She can't see it." tubuh Imani terlindung di sebalik tubuh tegap Aydin.

Imani sengih geram. 'Laju je dia ambil kesempatan.' Pinggang Aydin dicubit. Aydin cuba kawal reaksi muka.

"So, Shakila can take over for breakfast right? Abang and kakak got something to do." bahu Imani diraih.

Shakila hanya mampu mengangguk pasrah. Bila kelibat pasangan pengantin baru itu sudah tidak kelihatan, Shakila mencincang-cincang sawi di hadapannya. Sakit hati!

Sampai saja di bilik, Aydin menutup pintu dan terus mengepung Imani. Senyuman tak lekang dari bibir lelaki itu. "Let me hear that again."

"Apa?" Imani pura-pura tenang. 'Abaahh! Kuatnya godaan dia niii!'

"Call me 'sayang' one more time." bisiknya.

Gulp!

"Cepatlah siap-siap. Nanti lambat."

"Oh we have plenty of time. Trust me." jarinya mula bermain di telinga Imani.

"What is it that you're afraid of? Kita kan dah kahwin." sayu mata itu menikam pandangan Imani membuatkannya terdiam seribu bahasa.

'Ye lah kan? Apa yang aku takutkan? Kan dah jadi suami isteri?'

"Kenapa awak takut-takut dengan saya tapi bila dengan lelaki lain boleh je gelak sama-sama?" jelas nada kecewanya.

"Bukan macam tu---"

"Then macam mana?"

Imani terkedu. Tiada kata yang terluah. Imani bukan takut. Imani segan. Bila dengan Aydin, jantungnya rasa macam boleh tercabut sebab berdegup laju sangat. Dengan lelaki lain tak ada perasaan macam tu. Sebab itu Imani boleh selamba berbual dan bergelak ketawa.

Imani tak pandai nak luah perasaan. "Do you... love me?" soal gadis itu perlahan. Seakan berbisik.

Aydin bungkam. Satu keluhan dilepaskan lalu dia berganjak menjauhi Imani. 'Kalau aku tak sayang kau, buat apa aku kahwin dengan kau? Kenapalah susah sangat nak faham? Bukan tak pernah confess!'

Yang Imani pula terus terasa hati sebab Aydin tak jawab soalan keramat tu. Aduhai... elok kena lepuk budak berdua ni. Kenapa susah sangat nak terus-terang?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience