s.e.p.u.l.u.h

Romance Completed 7788

Wani yang baru keluar dari bilik mandi terkejut apabila pintu bilik mereka diketuk berkali-kali. Jam di dinding dipandang sekilas. 'Siapa la pulak datang pukul 4 pagi ni...'

"Siapa?" soalnya dari dalam. 'Karang kalau aku main bukak je pintu ni, lepas tu takde siapa, mahu pengsan seminggu aku ni!'

"Iman ni."

Cepat-cepat Wani membuka pintu. "Weh! Kau ke mana?! Tahu tak kitorang panik tak jumpa kau?!" Wani menghambur kerisauannya yang menggunung sejak kehilangan Imani.

"Aku jumpa kawan aku tadi. Lepak-lepak kat bilik dia, lepas tu tertidur pulak." Imani sengih.

"Palotak kau wehh... jangan buat macam ni weh. Jenuh kitorang call kau. Semua masuk voicemail."

Imani mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket jeans. "Oh, bateri habis."

"Kau tahu Fairuz kena belasah?"

"Hah? Siapa belasah?"

"Entah. Dia kata dia kena rompak."

Pasti Aydin dan rakannya yang mengerjakan Fairuz! 'Kenapa tak balun sampai mati je!' hati Imani membentak. Sungguh dia benci dengan Fairuz.

"Kitorang punyalah cuak kau tiba-tiba hilang sebab sebelum tu kan kau pergi dengan Fairuz. Bila kitorang tanya mana kau, Fairuz dok geleng-geleng je. Agaknya sakit sangat la kot kena tibai sampai susah nak bercakap."

"Kitorang fikir kalau sampai esok pagi kau tak muncul jugak, memang berjemaah la ke balai buat report." sambungnya lagi.

Imani termenung.

"Kenapa muka kau sembab? Kau nangis ke?"

Imani menggeleng. "Aku baru bangun tidur tadi. Dahlah, jom tidur balik." Imani baring di katilnya, menarik selimut hingga ke kepala dan menangis lagi.

Melihat rambut Imani yang basah, Wani mahu bertanya lagi namun niatnya dimatikan.

**********

Subuh itu Imani berjoging sepanjang pantai, cuba menenangkan fikiran. Headphone di telinga berdentum bingit dengan lagu Heavy - Linkin Park.

Sebelum keluar dari bilik tadi, Tasya dan Wani ada sebut tentang Fairuz. Katanya Fairuz tarik diri dari percutian ini. Imani tidak tahu harus berbuat apa. Perlukah dia bersemuka dengan Fairuz? Kemudian, apa yang perlu dilakukan? Ada butang Ctrl Z ke?

Eloklah lelaki itu lari. Sampai dia berani tunjuk muka depan Imani, maka Imani takkan berfikir panjang lagi. Memang lunyai dia kerjakan!

Imani menghambur keluhan berat. Langkahnya terhenti. Air matanya menitis lagi.

"Imani."

Terkejut dia tiba-tiba ditegur. Laju dia menyeka air mata sebelum menoleh ke empunya suara. "Encik Aydin."

"We need to talk."

Imani pandang Aydin atas bawah. Lelaki itu kelihatan seperti baru lepas berjogging juga. Dengan t-shirt hijau gelap yang dibasahi peluh, seluar track hitam dan sepasang kasut Nike... jogging la kan? Takkan dia pergi menjala ikan di tepian pantai pula.

"Imani." Aydin memanggil lagi.

Imani tersedar. "Y--eah." Wajahnya terasa berbahang. Malu dengan insiden malam tadi. Sumpah, malu! Kalaulah dia boleh sorokkan muka dalam tanah macam ostrich, dah lama dia buat!

Mereka duduk di atas batu besar menghadap ke laut yang terbias warna jingga dek matahari yang sedang menjengah naik.

"Tell me why awak tak nak kita kahwin."

Imani hampir tersedak liur mendengar pertanyaan tanpa lapik itu. Dia berdehem kecil sambil menurunkan hoodienya.

"It was a mistake, Encik Aydin." Imani tidak tahu harus berkata apa. Jarinya menguis pasir-pasir halus di kaki seluar.

"Saya nak bertanggungjawab atas kesilapan tu." Matanya lurus ke hadapan.

"Why?"

Aydin angkat bahu. "Entah. I guess I'm addicted to you." perlahan Aydin menutur. "Dan mustahil untuk saya dapat awak lagi tanpa ikatan sah."

Imani di sebelah dah tak rupa manusia. Merah macam udang rebus menahan malu. 'Apa ke gila dia boleh cakap direct macam gitu?!'

Aydin ketawa kecil, geli hati melihat reaksi Imani. "Saya cakap benda betul. Last night was really... something."

"Encik jangan macam-macam---"

"What if... you got pregnant?"

Mati terus lisan si gadis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience