e.m.p.a.t

Romance Completed 7788

Imani melangkah laju. Sesekali dia menoleh melihat lelaki yang mengekorinya sejak dia turun dari bas tadi. Mujur hari ini dia berseluar jeans. Tidak berbaju kurung seperti selalunya.

Merasa bahunya disentuh, Imani segera bertindak. Tangan lelaki itu dicengkam lalu dipulas ke belakang. Serentak itu juga dia menendang belakang lutut lelaki tersebut sehingga jatuh.

Imani menindih belakang tubuh lelaki warga asing itu dengan lututnya.

"What do you want from me?!" Jerkahnya.

"So... Sorry! Sorry! I was just... I wanted to say hi!"

Imani mendengus geram. Sebelah kakinya ditekan ke wajah lelaki itu.

"Aku dah la tengah bad mood! Pagi-pagi dah kena hadap perempuan gila kat rumah tu! Kau boleh pulak nak cari pasal dengan aku!" Wajah lelaki itu dipijak-pijak geram, melempiaskan amarah terhadap ibu tirinya ke atas lelaki tersebut.

PIINNNN! PIINNN!

Terdengar bunyi hon kereta tidak jauh darinya. Imani menoleh ke arah si pemandu X70 itu.

'Aydan ke tu?' Imani bingkas bangun lalu menendang tepat ke celah kelangkang lelaki warga asing tersebut sekuat hati sebelum bergegas masuk ke dalam X70 merah itu.

"Jalan cepat, encik Aydan!"

Si pemandu merenungnya seketika sebelum mula memandu.

'Aydan?' getusnya di dalam hati.

"Nasib baik encik Aydan muncul! Ya Allah takutnya saya." Imani menghembus nafas lega.

"Tak nampak macam takut pun tadi. Kemain seronok awak tonyoh muka orang tu dengan kaki."

Imani terkedu. Matanya mula merenung lelaki berkaca mata hitam yang sedang memandu itu. Suara 'encik Aydan' sedikit berbeza dari selalunya. Wajahnya diteliti.

"What happened just now?"

Imani kembali merenung jalan. "Saya turun bas tadi laki tu ikut daaaann terus ikut. Dia sentuh je saya, terus saya belasah dia!" Balasnya ceria. Dapat juga dia melepaskan geram tadi.

'Encik Aydan' senyum senget. Hatinya memuji keberanian gadis itu.

"Awak nak saya drop kat mana?"

Sekali lagi Imani terkedu. 'Aik? Soalan apakah? Kan aku memang nak ke rumah dia?'

"First house on the right, please." Imani tetap menjawab pertanyaan itu. Kali ini giliran 'encik Aydan' pula yang berkerut dahi.

'Aik? Ni rumah aku...'

"Thanks, encik Aydan." Imani segera meloloskan diri dari kereta itu.

"Assalamualaikum." Mem Lea menyapa manis. Kebetulan dia berada di laman, sedang melihat bunga-bunganya yang kembang mekar.

"Wa'alaikumussalam, Mem." Balas Lea.

"Macam mana boleh sekali dengan Aydin ni?" Lea melihat Imani yang sedang memperbetulkan ikatan rambut dan Aydin yang sedang mengeluarkan beg pakaian dari bahagian belakang kereta silih berganti.

'Ooooo.... Ni Aydin ke.... Patutlaaahh...' bisik hati kecil Imani.

Melihatkan kebisuan Aydin, Imani terus menjawab. "Kat bus stop tadi ada Negro mana entah nak kacau saya. Nasib baik encik Aydan-- Eh! Encik Aydin ada. Kalau tak, tak tahu la apa jadi."

"Are you okay?" Soal Mem Lea. Ada riak risau di wajahnya. "You should take a leave today. Nanti auntie minta Aydin hantar balik."

Terdengar bunyi pintu kereta dihempas kasar.

"It's okay, Mem! Saya tak ada apa-apa pun! Okay je ni. Boleh kerja. Lagipun kalau cuti, saya nak buat apa? Bosan nanti." Imani mencebik.

Mem Lea menyentuh tangan Imani. "Sorry ya. Aydin memang spesis dingin-dingin macam tu. Beza sangat dengan Aydan. Aydan jenis happy memanjang. Aydin ni pulak pendiam sikit. Memang tak banyak bercakap dengan orang baru kenal."

Imani mengangguk faham.

"Plus, Aydin baru balik dari outstation. Penat la tu. Tu yang mood swing tu."

Aydan dan Aydin merupakan kembar seiras. Wajah mereka memang sama. Beza hanya pada style rambut. Dan menurut Mem, Aydin ada tahi lalat kecil di leher kirinya.

Sebenarnya mereka kembar tiga tapi seorang lagi mengalami komplikasi jantung. Umurnya tidak panjang. Dia meninggal dunia selepas dua hari dilahirkan.

**********

Aydin merenung Imani yang sedang leka bergelak ketawa bermain basketball di halaman rumah bersama Aydan.

"You're good!" Puji Aydan sambil mengesat peluh di dahi.

Imani angkat kening. "Told ya." Lincah Imani melarikan bola dari lelaki itu namun berjaya dirampas kali ini. Aydan cuba shoot namun tersasar. Bola jatuh bergolek ke kaki Aydin.

"Bro! Come join us!" Aydan mendepakan tangan. Tiba-tiba telefonnya berbunyi.

"Gotta pick this call. Be back in a sec!" Laungnya sambil berlari anak ke arah gazebo.

Aydin melangkah menghampiri Imani di tengah gelanggang. Keningnya diangkat, mencabar gadis itu.

"Winner gets chicken dinner?"

Imani senyum, kemudian mengangguk. Aydin menyerahkan bola kepadanya. Terus saja gadis itu cuba berlari  melepasinya namun berjaya dihalang.

Bola bertukar tangan. Pandangan mereka bertaut seketika. Imani terpaku melihat mata lelaki itu.

Warna matanya berbeza!

Aydin senyum menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.

Dan saat itu Imani terasa seolah-olah semuanya dalam slow motion.

"Ahh sudahh..." Imani berdiri kaku melihat Aydin menjaringkan gol. 'Dah kenapa aku ni?'

"Not that good." Lelaki itu memerlinya. Bola diserahkan semula ke Imani.

Tanpa menjawab, Imani terus menjaringkan bola itu dari jarak jauh. Aydin sengih sambil mengangguk kecil. Imani pergi mendapatkan bola dan kembali ke tengah gelanggang, berdiri tepat di hadapan Aydin.

Dia mula melantun-lantunkan bola sebelum berlari melepasinya Aydin. Lincah dan tangkas dia mengawal pergerakan sehingga Aydin gagal menghalangnya dari menjaringkan gol lagi.

Dia tersenyum lebar sambil mengilas rambut ke belakang. "Winner winner chicken dinner," bisiknya di tepi telinga Aydin sebelum bergegas mengambil beg di tepi gelanggang.

"Eh, nak ke mana?" soal Aydan sedikit menjerit dari gazebo.

"Baliklah, encik. Lewat dah ni. Assalamualaikum."

Imani berlari anak menuju ke bus stop. Risau tertinggal bas. Tidak lama kemudian X70 Aydin berhenti tepat di hadapannya. Hon dibunyikan beberapa kali membawa Imani kembali ke realiti. 'Aku baru nak berangan. Siapa pula main hon-hon ni?'

Imani angkat muka. Dahinya berkerut. Tapi dia tetap bangun mendekati kereta Aydin. "Ada apa, encik?"

"Get in."

"Nak ke mana? Saya nak balik ni. Karang tertinggal bas."

"Get in."

Imani tetap enggan. "Waktu kerja saya dah habis, encik. If there's anything, esok la saya buat. Saya betul-betul kena balik."

"Saya hantar awak balik."

Berkerut lagi wajah gadis itu. "Why?"

"Kalau awak tak naik, saya hon banyak kali."

'Eh dah kenapa orang ni? Paksa-paksa pulak. Nak culik aku ke apa?'

PINN!

"Saya tak nak la, encik. Saya boleh naik bas. Lagipun--"

PINNN!

"Janganlah--"

PINNNNN!

"Encik kenapa--"

PIIIIINNNNNNNN!

Makin lama makin panjang honnya dibunyikan. Imani menoleh melihat beberapa pasang mata yang tidak lepas dari menonton drama mereka.

Malu menjadi perhatian, Imani cepat-cepat meloloskan diri ke dalam perut kereta. Tapi dia duduk di seat belakang. Aydin kerut kening.

"Kot la encik ada niat tak baik ke apa." Beg dipeluk ketat.

"Tak ada maknanya. Ingat lawa sangat ke sampai boleh naikkan nafsu saya?"

Imani berdecit. Menyampah. "Dah tu kenapa paksa-paksa naik kereta pulak?"

Aydin mendengus. "Mama bising suruh hantar sebab dah nak senja."

"Kenapa Mem tak suruh encik Aydan je?" Benar dia lebih selesa dengan Aydan berbanding Aydin yang baru dikenalinya.

"Girl... you ask too much."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience