l.a.p.a.n

Romance Completed 7788

Perjalanan yang memakan masa hampir 4 jam tidak terasa lama bila kau dikelilingi kawan-kawan yang tak reti duduk diam. Hingar bas itu dengan nyanyian dan gurauan.

"Iman." Tasya yang duduk di sebelah Imani mencuit bahu gadis itu berkali-kali hingga dia terjaga. Earphone ditarik keluar. Hoodie nya diturunkan dari kepala.

"Sampai dah ke?" Sejenis Imani yang masih boleh lena walaupun dalam keadaan bising.

"Dah. Banyak kali aku cuit kau. Ingatkan kalau tak bangun jugak, aku nak announce time of death."

Imani berdecit. "Klako keeerrr?"

Tasya ketawa. Dia bingkas bangun, turun dari bas, diekori Imani.

Selesai proses check-in, mereka bermalas-malasan di bilik masing-masing. Lagi satu jam, mereka semua akan berkumpul di lobi untuk aktiviti riadah petang.

Imani berkongsi bilik dengan Tasya dan Wani. Terdapat satu katil queen dan satu katil single dalam bilik itu.

Imani pantas berlari ke arah katil single lalu merebahkan tubuh.

Entah bila dia terlelap lagi, sedar-sedar Wani sedang menggoncang tubuhnya. "Dia ni tidur ke mati?" soal Wani. Tasya yang sedang memakai tudung ketawa terkekek-kekek.

"Iman, bangun! Lambat nanti!"

"Hmm..." Imani menggeliat malas. "Aku mandi jap. Korang turun la dulu."

"Takpe ke tinggal kau ni? Sesat nanti."

Imani garu kepala. "Sesat nanti aku call." Kemudian dia beredar ke bilik mandi.

**********

Imani sedang menutup pintu biliknya ketika dia terasa seperti ada orang sedang memerhati. Cepat-cepat dia menoleh.

Imani terkesima melihat Aydin.. ke Aydan? Imani mencuri pandang ke bahagian leher lelaki itu. Ada tahi lalat kecil.

Itu pasti Aydin!

"Err-- hi." Ucap Imani. "Long time no see. Sihat?" soalnya cuba berbasa-basi.

Aydin membalas dengan senyum segaris. Macam tak ikhlas nak senyum. "I'm good. Tak sangka boleh terserempak lagi."

"Datang dengan family ke?" soal Imani lagi.

"Tak. Dengan colleagues. Family day company."

Imani mengangguk perlahan. Telefonnya berdering tiba-tiba. Tasya di talian.

"Jap, nak turun dah ni." balasnya, ringkas. "Saya gerak dulu la, encik. Kawan dah tunggu tu. Bye." Imani terus melangkah pergi.

Jantungnya berdegup laju. Aiiii... aura lelaki itu memang mampu buat dia jatuh pengsan!

Wait, kau suka dia eh?

**********

Lebih kurang jam 8.20 malam, Imani dan rakan-rakan sekelasnya sudah berkumpul di tepi pantai. 3 orang pelajar lelaki sedang sibuk menyalakan bara untuk barbeku manakala yang perempuan sedang mempersiapkan makanan.

Mereka makan sambil bergelak ketawa. Tidak jauh dari tempat mereka duduk, ada beberapa kumpulan manusia juga sedang berbarbeku. Imani tak hirau sekeliling.

"Apesal eh orang yang makan banyak macam bela hantu raya ni susah nak gemuk?" Rina menyoal sambil menjuihkan bibir ke arah Imani yang sedang leka makan.

Imani angkat wajah. "Mulut kau... hantu, hantu. Datang betul nanti, baru tau."

"Dia rajin exercise. Tu badan lawa tu. Ada 6 packs!" Tasya acah-acah cuba menyelak baju Imani.

Imani menyeringai. "Hoi! Kau jangan sampai aku tarik tudung kau eh!"

Mereka ketawa.

"Iman." Fairuz menggamit gadis itu. Imani menoleh.

"Apa?"

"Sini la jap."

"Nak apa?" Imani masih enggan bangun dari tempatnya.

"Sini."

Imani merungut. Nasib baik dah habis makan. Pinggan polisterin yang sudah kosong dibuang ke dalam plastik sampah. Dia mencuci tangan dengan air mineral sebelum berlalu mendapatkan Fairuz.

"Apa?" soalnya lagi.

"I want to show you something." Fairuz terus berjalan di hadapan Imani.

Imani melihat sekilas jam di tangan. Sudah menginjak ke pukul 11. Entah kenapa dia rasa tidak sedap hati pula.

Selepas beberapa minit berjalan, mereka tiba di sebuah kawasan yang agak terpencil. Imani terpegun. Di hadapannya terbentang laut yang tenang. Kemudian dia mendongak melihat taburan bintang yang terhampar jelas di dada langit bertemankan cahaya bulan.

Hilang terus rasa bimbang yang melanda sebentar tadi.

"Cantiknya." bibirnya mengukir senyum tanpa sedar. "Aku suka tengok bintang."

Fairuz menghulur sebotol kecil Vanilla Coke yang sudah dibuka penutupnya. "Aku tahu. Sebab tu aku ajak kau ke sini."

Imani meneguk air itu sambil melabuhkan punggung ke atas pasir. Fairuz ikut duduk di sebelah. Masing-masing hanya diam merenung jauh ke tengah laut.

"Iman.." Fairuz merenungnya.

Imani menoleh sekilas sambil minum. "Hm?"

"Aku suka kau."

Imani diam. Wajahnya mula terasa hangat. Ahh.. sudah.

"Let's be more than friends?" Fairuz capai tangan Imani namun gadis itu cuba menepis. Imani ketawa, janggal.

Tubuhnya terasa lain. Ada sesuatu yang tidak kena. Imani menolak Fairuz yang cuba memeluknya tiba-tiba. Makin ditolak makin agresif lelaki itu.

"Stop it!" Imani menjerit lantas berdiri. Seluruh tubuhnya terasa panas. "Did you put something in this?" botol Coke di tangan diangkat tinggi.

Fairuz raih tangan Imani. "Be mine, Iman. Aku akan buat kau happy selalu."

Imani mula ketawa. Khayal. "Nooo..." Imani tolak-tolak tubuh Fairuz yang masih cuba memeluknya. "Kau letak apa dalam ni, sial?" Imani berbisik sambil tersenyum. Dia cuba sedaya upaya mengekalkan minda warasnya.

"Sayang..." Fairuz rentap kasar lengan Imani.

"Ouch!" Imani berang. Spontan dia menendang tepat ke celah kangkang Fairuz. Fairuz terduduk menahan senak.

"You can't be my man." Imani mengatur langkah perlahan. Bertatih-tatih. Kepalanya terasa berpusing dan tubuhnya terasa panas.

Fairuz bingkas memeluk Imani dari belakang. Imani meronta.

"Lepassslaaahh!" rengeknya. Imani hanya mampu berharap di dalam hati agar seseorang datang menyelamatkannya.

Fairuz mengucup telinga Imani membuatkan gadis itu tertawa geli. Sentuhan Fairuz mengundang berahinya.

"Let her go!" Satu suara kedengaran bertempik dari atas batu tinggi di belakang mereka. Fairuz mendongak. Ada seorang lelaki sedang merenung tajam dan yang seorang lagi sedang melangkah laju mendekatinya.

Tanpa bicara, satu penumbuk dilepaskan tepat ke muka Fairuz hingga dia terduduk kesakitan.

Imani bersorak. Seperti orang mabuk. Imani pandang lama wajah lelaki yang kelihatan seperti mahu menelan Fairuz hidup-hidup itu. Hatinya berbunga riang.

"Encik Ayyydiiiinnn!" Imani rangkul lengan kanan Aydin. Wajahnya disembamkan ke situ. Terasa aman dan selamat.

**********

Aydin menghantar Imani kembali ke bilik. Sepanjang perjalanan tadi, Imani hanya diam. Kadang kala senyum dan ketawa tiba-tiba.

Selepas gadis itu menghilang di sebalik pintu, Aydin mengatur langkah kembali ke biliknya sendiri yang terletak berhampiran.

Aydin mengeluh kasar. Bajunya dibuka, berkira-kira mahu mandi sebelum pintu biliknya diketuk berkali-kali. Aydin bingkas membuka pintu.

Wajah manis Imani terpancul di hadapannya. "Nak ap---"

Imani meluru masuk lalu menutup pintu dan menguncinya. Leher lelaki itu dirangkul erat.

Imani merenung ke dalam mata Aydin. Sebelah coklat, dan sebelah lagi coklat kehijauan! "Kenapa pakai contact lens warna lain-lain?" soalnya, polos. Aydin hanya diam.

"I want you." Imani sengih sambil menggigit bibir bawah, terus cuba menggoda.

Aydin senyum sinis. "Seriously?"

"Seeeriously..." Merengek. Kedua tangan Aydin dicapai lalu diletakkan ke pinggangnya.

"You know you're going to regret this, right?"

Pantas Imani mengucup bibir Aydin. Dia sudah tidak mampu berfikir waras lagi. Nafsunya membuak-buak melihat Aydin. Dia mahu Aydin membelainya.

Imani melepaskan kucupan di bibir dan beralih ke telinga Aydin pula. Aydin tolak tubuhnya perlahan. "You better wake up now, Imani."

Imani buat tak endah. Tangan Aydin diambil lalu diletakkan di bahagian payudaranya. "I'm all yours." bisik Imani penuh ghairah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience