s.a.t.u

Romance Completed 7788

Imani termenung jauh di tangga rumah. Perasaannya bercampur-baur selepas membaca surat yang baru diterimanya tadi. Surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.

Surat yang selama ini ditunggu-tunggu akhirnya tiba.

"Iman!" Laila muncul tiba-tiba. Imani kaget. Bulat matanya merenung Laila yang sedang galak ketawa. Pantas jari telunjuk dihalakan ke bibir.

"Shhh! Jangan bisinglah! Nanti puaka-puaka niyang rapik kat dalam tu dengar!" Bisiknya tegas.

Cepat-cepat Laila tutup mulut. Imani bangun lalu menarik tangan Laila membawanya jauh dari rumah itu.

"Kau menung apa? Puaka-puaka mengganas ke?" Soalnya.

Imani melepaskan keluhan berat. Surat tawaran tadi dihulurkan ke Laila.

"Apakah?" Pantas dia mencapai surat itu. Bulat matanya. "Ya Allah, alhamdulillah weh! Tahniah weh!"

Laila meraih tangan Imani. Senyumannya mati serta-merta melihat wajah sugul Imani. "Kenapa tak happy?"

Imani mengeluh. "Aku mana ada duit."

"Apa kau ni? Kan bawah tajaan. Kau baca ke tak surat ni?"

"Habis kau ingat nak pergi tu boleh lenggang kangkung jelah ye? Tak payah beli beg beli baju ke apa? Kerja part time Burger King tu berapa sangatlah aku dapat."

Laila sengih. "Ye jugak eh. Takpe, takpe. Macam ni. Aku balik karang aku tanya angah aku."

"Buat apa tanya angah kau?"

"Laa... Angah aku kan lubuk kerja. Kau nak kerja, cari je dia. Lupa ke? Nanti aku tanyakan kot-kot ada kerja yang gajinya lumayan."

"Jangan GRO tau." Imani pasang muka serius.

Laila tergelak lagi. "Kau ingat aku mak hayam ke? Eh, tapi macam mana kau boleh dapat tawaran ni ek?"

Imani tepuk dahi. "Apply la. Mana jatuh dari langitnya. Aku ajak kau apply sama-sama dulu kan? Kau yang tak nak. Kau kata leceh kena ambik test la kena cari sponsor la kena pilih universiti la kena medical check up la kena--"

"Okay, okay cukup! Pedih telinga aku dengar kau membebel! Okeylah, aku nak balik. Nak tanya angah pasal kerja untuk kau."

Imani tersenyum. "Thanks, beb!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience