l.i.m.a

Romance Completed 7788

"Encik, drop saya kat sini je la." Pinta Imani sambil menunjuk ke arah simpang di hadapan.

Aydin memberhentikan keretanya di bahu jalan.

"Terima kasih banyak, encik Aydin. Hati-hati drive." ucap Imani sebelum melangkah keluar dan menutup pintu.

Imani menunggu sehingga kereta Aydin hilang dari pandangan.

"Boyfriend ke?" tegur satu suara dari arah belakang. Laju Imani menoleh.

'Ah sudahh...'

Shakila sedang tersenyum sinis. Budak ni mulutnya boleh tahan celaka jugak walaupun baru 16 tahun.

"Kau buat apa kat sini senja-senja macam ni?" Imani cuba mengubah topik.

"Boyfriend ke tadi tu?" soalnya lagi.

"Bukan. Tumpang je."

"Tumpang lelaki senja-senja macam ni?" dia mencebik. "Ke... client?"

Imani mengetap bibir menahan geram. "Mulut kau serupa loji tahi!" langkah diatur laju meninggalkan Shakila yang sedang tersenyum simpul memerhatikannya.

**********

Harlina menjeling tajam ke arah Imani yang sedang menyenduk nasi ke dalam pinggan. "Betul ke ada lelaki hantar kau balik tadi?" soal Harlina.

Imani mengeluh perlahan. Dah agak dah. Confirm Shakila akan buka mulut pasal tu.

"Kau jangan macam-macam, Iman. Jangan nak malukan keluarga!"

Imani mengeluh lagi. "Malukan apanya Cik Na? Dia hantar saya balik je sebab dah petang susah nak dapat bas."

"Hm.. yelah. Aku nasihatkan je. Jangan sampai orang tangkap kau buat benda tak elok. Masa tu menyesal pun dah tak ada guna."

Imani pekakkan telinga. Nasi berlauk ayam rendang disua ke mulut. 'Hmm.. sedap jugak aku masak.'

"Abang ni pun. Ambik la tahu anak dara abang ni buat apa, keluar dengan siapa. Janganlah percaya buta-buta je."

Pandai dia bagi nasihat. Habis, si Shakila senja-senja keluar baru nak balik, keluar entah dengan siapa, tak pula Harlina nak ambil tahu. Dah banyak kali juga Imani nampak Shakila membonceng motosikal dengan lelaki. Berganti-ganti. Kadang dengan anak Pak Seman, kadang dengan anak Cik Yah, kadang dengan entah siapa-siapa.

"Dia dah besar. Dia tahu baik buruk." balas Tahir, tenang sambil menyuap nasi. Letih mendengar bebelan Harlina setiap hari.

"Bagi abah sayur tu sikit." Tahir menghulur pinggan ke Shauki.

"Sedap betul Iman masak. Kan, bah?" Shauki turut sama cuba menukar topik.

Imani sengih lebar. "Of course..." bukan macam makhluk dua ekor tu, kerja nak cari salah orang je. Sambungnya di dalam hati.

"Kau kerja kat mana sebenarnya?" soal Harlina lagi, masih belum berpuas hati. "Keluar pagi, balik nak dekat malam. Kau kerja apa?"

Imani diam. Malas mahu menjawab. Dia mahu segera menghabiskan makanannya dan masuk ke bilik.

"Tengoklah tu. Biadab! Ikut perangai mak---"

"Sudahh!" Tahir membentak marah. Wajah Harlina direnung garang. "Nak makan pun tak senang!" Tahir menolak kasar pinggannya sebelum berlalu pergi meninggalkan meja makan.

**********

Imani melabuhkan punggung di sebelah abahnya yang sedang menghisap rokok di pangkin luar rumah.

"Abah... sudahlah merokok tu."

Tahir senyum kelat. "Stress la." Wajah Iman dipandang sekilas.

"Iman kerja jadi pembantu rumah je. Dapatlah duit sikit."

"Abah tak tanya pun."

"Ehh abah niii... Memang abah tak tanya. Iman yang nak bagitahu."

"Abah percaya Iman." Tahir mengeluh perlahan. "Abah minta maaf. Abah tak dapat jadi ayah yang baik."

Imani sebak. "Alaaa... ni yang malas ni kalau sembang dengan abah. Sikit-sikit minta maaf. Sikit-sikit cerita sedih."

"Imani banyak menderita..."

"Mana adaaa..."

"Kalaulah abah tak kahwin---"

"Abaaaahhh... jangan cakap macam tu. Karang Cik Na dengar, susah kita. Nanti dia ingat Iman hasut abah."

"Kalau boleh undur masa---"

"Abaaahhh..." Iman leretkan suara. "Sudahlah. Benda dah jadi kan."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience