d.u.a.p.u.l.u.h.l.i.m.a

Romance Completed 7788

Mem Lea tersenyum manis melihat menantunya yang sedang disolekkan. "Mem, duduklah sini." Imani menepuk-nepuk tilam di sisinya.

"Apa panggil Mem. It's mama now."

"Mem is rare." Tangan Mem Lea diraih lalu diletakkan ke pehanya. Sungguh dia kasihkan wanita itu. Terasa dirinya kini mempunyai ibu untuk disayangi. Harlina di sudut bilik hanya menjeling melihat kemesraan mereka sebelum bangkit beredar.

"Sorry, Mem. Cik Na memang macam tu. Jangan ambil hati ya?"

Tangan Imani ditepuk. "It's okay. Mama pernah kena lagi teruk."

Mem Lea membuka beg tangannya lalu membawa keluar satu bekas kecil. Bekas itu dibuka. Seutas gelang emas dililitkan di lengan gadis itu.

"Untuk apa ni, Mem?"

"For being my daughter."

Sumpah Imani sebak mendengar kata-kata penuh keikhlasan itu. Tangan Mem Lea digenggam erat.

"Ma, ni macam mana nak ikat?" Aydin yang baru selesai menukar pakaian menunjuk ke arah kain samping di pinggang.

Mem Lea ketawa. "I don't think I know how. Kejap mama call papa suruh naik."

Kurang lima minit kemudian, papa Aydin tiba dengan diekori Aydan. "Look at you, brother! Handsome namateyyy just like me!" Aydan ketawa.

Haaa la... nama pun kembar seiras kan. Aydan mengacukan lensa kameranya ke arah Imani pula.

"Aduh, sistuuurrr! So pretty! MasyaAllah!"

Imani ketawa.

"Aydan, sini tolong kejap! Papa tak tahu cara ikat samping!" Suffian garu kepala.

"Aik, papa. Takkan tak pernah pakai samping kot?"

"Selalunya first raya je pakai. Tu pun ikat biasa-biasa je."

"So kita ikat jelah biasa-biasa."

"Ish! Biarlah yang berseni sikit. Nak buat bersanding kan ni."

"Wait! Aydan google how to pakai samping." Aydan keluarkan telefonnya dari dalam poket seluar. "Samping ke sampin?"

"Try jelah dua-dua." balas Suffian.

Lebih kurang 30 minit kemudian, mereka berjaya menyimpul kain samping Aydin. Imani pun tinggal touch up sikit-sikit saja.

"Okay, siap!" kata jurusolek Imani.

"Okay, jomlah kita turun sekarang."

Aydin terus melangkah laju meninggalkan Imani di belakang bersama mamanya. Nampaknya Aydin isytihar perang dingin lagi sekali. Solat subuh pagi tadi pun, dia tak kejutkan Imani sebaliknya dia pergi letak alarm handphone betul-betul tepi telinga Imani.

Imani tarik muncung. Kuat merajuk betul suaminya tu.

Selesai sesi bersanding dan makan beradab, pasangan pengantin baru itu pergi bertegur-sapa pula dengan para tetamu.

Walaupun belum mengisytiharkan gencatan senjata, Aydin tetap tersenyum sewaktu memperkenalkan Imani kepada rakan-rakannya.

Imani pula cuba memujuk suami yang merajuk dengan berkelakuan manja. Kadang memaut lengan, kadang mengusap jari, kadang memeluk pinggang. Senyuman manis terlebih gula tak pernah lekang di bibir gadis itu saat pandangan mereka bertaut.

'Kita tengok berapa lama dia nak merajuk.' detik hati kecilnya.

Selesai majlis di hotel, mereka pulang semula ke rumah keluarga Imani untuk mengambil pakaian.

Setelah berpamitan, mereka meneruskan perjalanan menuju ke rumah Aydin. Sebuah rumah semi-D satu tingkat tidak berapa jauh dari rumah Encik Suffian dan Mem Lea.

Sebaik melangkah masuk ke rumah itu, Imani terus menjelajah ke setiap sudut. Bibirnya terukir tersenyum ceria. Interior berkonsep Scandinavian menjadi pilihan Aydin. Sememangnya konsep yang selalu diimpikan Imani jika ada rezekinya untuk memiliki rumah sendiri kelak.

Imani berhenti di dapur, membuka peti ais dan kabinet mencari sesuatu untuk dimakan namun hampa. Semuanya kosong. Dia mengatur langkah mencari Aydin di bilik utama. Lelaki itu sedang memasukkan bajunya ke dalam almari. Tapi beg Imani tiada di situ.

"Err... mana beg saya?"

"Bilik sebelah." jawabnya dingin.

Imani gigit bibir. 'Ala kenapa dia tak nak duduk sebilik...' Wajahnya ditundukkan sedikit. "Err... saya laparlah."

Aydin mengeluh menyebabkan Imani sedikit terasa hati. "Abaikan jelah. Saya masuk tidur dulu ya? Mengantuk pulak. Good night." Cepat-cepat Imani masuk ke biliknya.

Sempat dia mengagumi susun atur di bilik itu. Rasa seperti di showroom Ikea pula. Beg dibuka. Imani mengganti ke pakaian yang lebih selesa untuk tidur. Pakaian kegemarannya iaitu sehelai t-shirt besar bersaiz XXL dan seluar pendek yang maha pendek.

"Aduh... belum cuci muka. Tapi tadi dah solat kat rumah abah." Imani termangu seketika. "Ahh... cincailah!" terus tubuhnya direbahkan ke katil. "Aduhh selesanyaaa..." Perut yang minta diisi tadi terus senyap terbawa lena.

Aydin terasa serba-salah dengan responnya tadi lalu dia bingkas mencapai kunci kereta dan memandu ke 7E berhampiran rumah.

Sekembalinya dia di rumah, plastik berisi pelbagai jenis makanan itu diletakkan di kitchen counter sebelum dia menuju ke bilik Imani. Pintu diketuk beberapa kali.

Tiada respon. Tombol dipulas perlahan. Bilik Imani sudah gelap. Hanya samar-samar cahaya bulan dari tingkap yang tidak ditutup langsirnya menyuluh susuk tubuh isterinya di atas katil.

Aydin menghampirinya. Liur ditelan berkali-kali melihat sepasang kaki yang terdedah. Hujung bahu Imani dicuit-cuit sehingga gadis itu terjaga.

"Kenapa?" soal Imani sedikit merengek kerana tidurnya diganggu.

"I bought some food. Tadi kata lapar."

Imani mengangguk dengan mata yang masih terpejam. Melihatkan itu, Aydin akhirnya menarik tangan Imani, membawanya ke dapur.

"Nak hot chocolate?"

Imani angguk malas. Dengan mata yang masih dipejam, tangannya cuba menggapai kerusi. "Counter ni takde kerusi ke?"

"Belum beli." Aydin berkalih selepas siap membancuh dua cawan coklat panas.

Hampir saja terlepas mug di tangan bila melihat Imani yang sudahpun duduk bersila di atas kitchen counter. Begitu bersahaja lagaknya langsung tak peduli tentang Aydin yang sudah mula berperang dengan perasaan.

Maggi yang sudah kembang itu disuap ke mulut. Aydin hanya memerhati gadis di hadapannya makan.

"If you don't mind, I can do some grocery shopping tomorrow."

Aydin diam.

"Of course you don't have to come along. Saya boleh naik Grab je. Tapi tu la... nak duit sikit boleh?" Imani ketawa. "I don't have money. I'm young, dumb and broke."

"Lepas tu, saya ingat nak sambung master la. Sementara tunggu intake, saya boleh kerja kat mana-mana." bibirnya yang sudah kemerahan kerana kepedasan dilap dengan tisu. "I'm applying for scholarship, don't worry. Gosh, this is too spicy. Ada air sejuk tak?" Imani lunjurkan kaki mahu turun tapi dihalang Aydin.

Dia membawa keluar sebotol kecil air sejuk dari dalam peti ais lalu dihulurkan pada Imani.

"You don't have to wait for me. Just go to bed." kata Imani selepas meneguk air. "Awak kat sini pun saya still cakap sorang-sorang."

Aydin terpempan.

"Mak oii pedas bukan kaleng-kaleng ni. Mengalir air mata hah!"

Ceh, pandailah cover. Padahal mengalir air mata sebab sedih suami bagi silent treatment kat dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience