d.u.a.p.u.l.u.h.t.u.j.u.h

Romance Completed 7788

Sejak pulang dari rumah Mem Lea, macam-macam perkara yang Imani buat untuk tarik perhatian Aydin. Kadang manjanya Ya Allahhh... macam kucing!

Pintu bilik Aydin terbuka tiba-tiba sebelum wajah isterinya terjengul di muka pintu. "Busy ke?"

"Ada kerja sikit."

Tanpa segan silu Imani memanjat naik ke katil lalu merebahkan kepala ke bahunya, melihat ke arah skrin laptop.

"Apa tu?"

"Kerja."

"Bukan tengah cuti kahwin ke?"

"Hm."

"Penting ke?"

"Hm."

"Jom dinner. Iman dah siap masak."

"Masak apa?"

"Maggi."

"Maggi lagi?"

"Tu je yang ada. Sayang tak bagi duit macam mana Iman nak pergi beli barang dapur."

"Pardon?" Aydin menoleh. 'Silap dengar ke tadi? Dia panggil aku sayang kan?'

"Nak ke tak? Orang lapar dah ni..." Imani merengek perlahan. Seketika kemudian, Aydin letak laptop ke tepi lalu berdiri. Belum sempat melangkah, Imani cepat-cepat melompat ke atas belakang lelaki itu.

"Piggy back ride! Let's goooo!"

"Oih!" Hampir tercekik Aydin dibuatnya. Tapi tetap dilayankan saja. "Heavy."

"Eleh, tak fit la tu."

Aydin buat tak dengar. Langkah diatur menuju ke ruang tamu.

"Ready?"

"Hah? Ap---" tak sempat habiskan ayat, Aydin rebahkan tubuh ke sofa, menghimpit Imani di belakangnya.

"Weh! Berat! Get off!" Imani pukul-pukul belakang Aydin yang sedang ketawa sakan.

"Tak fit la tu." sindirnya kembali.

'Haa laa awak tu saiz gajah!' Imani mencebik. Pinggan berisi maggi goreng disua ke hadapan Aydin. "Kita makan sambil layan Netflix, okay?" Imani capai remote tv lalu memilih siri Love Alarm.

"Satu pinggan je? Awak tak makan?"

Mati sengih di bibir Imani. "Share la. Kan sweet makan satu pinggan macam ni."

'Aduhai... aku terkam jugak dia ni karang.' Aydin tahan senyum. Garpu yang dihulur Imani dibiar tidak bersambut.

"Suaplah. Baru sweet." Aydin ketawa. Pinggan ditolak semula ke hadapan Imani. Sudahnya Imani yang kena suap.

"Cerita lain tak ada ke?"

Imani geleng. Cepat-cepat remote televisyen disorokkan di belakangnya. "Cerita ni best!"

"Cerita pasal apa ni?"

"Pasal alarm."

"Alarm?"

"Ala tengok je la. Jangan banyak soal. Orang nak fokus ni."

Akhirnya Aydin yang menyuap sebab kalau tunggu Imani, entah bila makanan tu nak sampai ke mulut. Sampai tumbuh kulat pun masih tak dapat makan, agaknya.

Selesai makan, Imani mengekori Aydin yang ke dapur untuk mencuci pinggan. Mulutnya terus-menerus menyanyi OST drama Korea tadi.

"Can I fall in love again? Baby you're the one I needed to take it all away... this pain. Ya Allah sedapnya suara aku!" Imani ketawa sendiri sambil tangannya membancuh milo.

Aydin curi-curi senyum melihat keletah isterinya.

"Baby saiyanggg... esok please buy coffee. Milo is too mainstream for an adult."

Aydin angguk.

"Lepas tu beli sayur banyak-banyak..."

Angguk.

"Chocolate banyak-banyak..."

Angguk.

"Buah banyak-banyak..."

Angguk.

"I love you banyak-banyak..."

Angguk.

Eh? Apa?

Aydin toleh belakang tapi Imani dah melenggang berjalan kembali ke ruang tamu. 'Silap dengar ke tadi?'

Usai urusannya di dapur, dia menyambung kerjanya di bilik. Lebih kurang dua jam kemudian dia menjenguk ke ruang tamu dan melihat Imani sudahpun hanyut dibuai mimpi.

Tubuh itu dicempung. Langkahnya terhenti di hadapan pintu kamar. 'Nak letak mana ni? Bilik aku ke... bilik dia?' Akhirnya dia melangkah masuk ke bilik Imani, meletakkan gadis itu di atas katil. Anehnya, lengan Imani masih setia melingkar di tengkuk Aydin.

"You're not sleeping, aren't you?"

Imani ketawa. Leher baju Aydin ditarik kuat. "Temankan tidur boleh?" Imani nekad. Jiwa dan raga Aydin harus ditawan!

"Why? Love Alarm tu cerita hantu ke?"

"I don't want to feel so single after watching a love story." Leher Aydin dirangkul erat.

"You do realize what you're asking, right?"

Imani angguk. Satu ciuman melekat lama di leher lelaki itu hingga meninggalkan bekas.

"You dare to touch me, AGAIN, that's gonna be the end of everything - what happen to that?" Aydin merenung tepat ke dalam anak mata Imani dalam samar-samar cahaya bilik itu.

"Itu dah tak valid la. Kan kita dah halal." Wajahnya terasa berbahang direnung begitu. "Tak nak sudah. Dah, pergi main jauh-jauh." Rangkulan dilepaskan namun Aydin kaku tak berganjak.

Imani sempat melihat sengih nakal Aydin sebelum bibirnya disambar. "I won't hold back any longer." Aydin berbisik.

"Don't." balas Imani sambil tangannya mula menjalar ke tubuh Aydin.

Kucupan-kucupan yang singgah terasa begitu menyesakkan dada. Jantung pula bagai mahu meletup dengan setiap sentuhan jari lelaki itu. Benar, itu bukan yang pertama kali buat mereka tapi kali ini dia seratus peratus sedar! Bukan di bawah pengaruh pil khayal seperti dulu.

"Are you okay?" soal Aydin, lembut.

Imani menggeleng. "Tak okay."

Tangan Aydin terhenti dari terus meneroka. "Why?"

"This is so memalukan." Imani tutup muka dengan tangan.

"Should I turn on the light?" usiknya.

"No! Please, don't!"

"Should I stop now?"

"Nooo... stupid!" Imani merengek, geram.

Aydin ketawa. Rambut Imani dibelai seketika sebelum bibirnya kembali 'bekerja'. Desahan Imani betul-betul boleh buat dia hilang pedoman!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience