e.n.a.m

Romance Completed 7788

Imani termenung. Entah macam mana sudahnya dia boleh berada di Tesco bersama Aydin. Asalnya dia berdua bersama Mem Lea. Tapi belum sempat beli apa-apa, Encik Sufian, suami Mem Lea call ajak dia lunch sama-sama.

Mem Lea cuma meninggalkan pesan supaya membeli barang-barang yang telah disenaraikan dan supaya Imani menunggu di Secret Recipe sehingga Aydin datang. Puas ditolak tapi Mem Lea tetap berkeras mahu Aydin menemaninya.

Dan selepas 30 minit, lelaki itu muncul. Berkemeja putih, berseluar slack. Rambut yang mencecah bahu diikat. Lengan baju digulung hingga ke siku. Sumpah, Imani cair!

'Ehh macam tak logik ni. Dahlah rasa lain macam je bila dengan mamat ni.' Imani masih termenung melihat ikan salmon yang kaku tak bernyawa di hadapannya.

"Berapa lama nak tenung ikan tu?" soal Aydin, melabuhkan lengan di pemegang troli.

Imani tersedar. "Dah, dah habis tenung. Hensem ikan ni!" balas Imani sambil tersengih.

Imani kembali fokus mencari barang-barang yang dipesan Mem Lea dan Aydin setia menolak troli mengekorinya dari belakang.

"Mama nak masak apa?"

"Mama kata nak buat nasi minyak, ayam---" Imani terdiam, menyedari keterlanjurannya menyebut 'mama'.

'Eh macam laki bini pulak!' Imani ketawa dalam hati.

"Ayam masak merah, masak kurma, dalca.." sambungnya sambil menjengketkan kaki cuba mencapai rempah kurma di rak atas.

"Apa kejam sangat pergi letak tinggi-tinggi ni?" rungutnya perlahan. 'Aih baju nak terselak ni. Free je dia dapat tengok perut aku nanti.'

Imani berpusing. "Boleh tolong---" hidungnya berlaga dengan dada Aydin. Pantas dia mendongak dan pandangan mereka bertemu.

Imani merenung mata Aydin. Lebih tepat lagi, merenung warna anak mata lelaki itu. Seingatnya sewaktu mereka bermain bola keranjang bersama dulu, anak mata kanan Aydin berwarna coklat dan yang kiri seakan coklat tapi sedikit kehijauan. Sangkanya contact lens.

Tapi apa kejadahnya lelaki nak pakai contact lens sebelah warna lain, sebelah lagi warna lain?

'Warna coklat gelap... ahh..aku silap pandang agaknya hari tu.'

"Nak yang ni ke?" soal Aydin sambil menjarakkan tubuh.

Imani angguk kepala.

**********

Mem Lea sibuk melayan tetamu. Jamuan ulangtahun perkahwinannya diadakan secara bersederhana. Jemputannya hanyalah saudara-saudara dan kenalan rapat.

Imani melihat jam yang sudah beranjak ke angka 10. Ikutkan hati mahu saja dia pulang awal tapi menyedari statusnya sebagai orang gaji, terus dibatalkan niat itu. Yelah, nanti siapa nak urus makanan dan basuh pinggan mangkuk kotor.

Satu keluhan dilepaskan. 'Ahh.. nanti minta Shauki jemput. Dah malam ni susah nak dapat bas.'

Imani melangkah ke dapur. Bulat matanya melihat Aydin sedang berpelukan dengan seorang gadis. Gadis itu ketawa manja sambil merangkul leher Aydin. Aydin hanya berdiri kaku.

Menyedari kehadiran seseorang, Aydin pantas menoleh. Wajahnya serius.

"Oppss! Sorry..." Imani berpusing mahu segera beredar. Hatinya sedikit bungkam. Baru menapak beberapa langkah, lengannya ditarik kasar.

"Oih, sakit laa!" Imani terjerit sedikit.

Aydin menariknya masuk ke bilik stor lalu mengunci pintu.

Imani berdebar, cuba berlagak tenang. "Sumpah tak kelakar, encik. Main kunci-kunci pintu macam ni."

Aydin bersandar di pintu.

"It's not what you think---"

"Saya takkan bagitahu sesiapa. Sumpah!" Imani angkat tangan kanan, berikrar.

Perlahan Aydin mendekat. Dia tahu gadis itu sedang panik tapi cuba berlagak tenang. Makin tenang reaksi yang diberi, makin berkobar-kobar perasaan Aydin mahu menyakat.

"Saya ada blackbelt taekwando. Just so you know." Imani cuba menggertak.

"I got judo." Aydin senyum senget menambah getar di dada gadis itu.

"You really shouldn't smile like that," bisik Imani, perlahan tapi cukup jelas menyapa pendengaran Aydin.

"I wonder why..." senyum itu dileretkan lagi. Wajahnya semakin hampir. Wangian tubuhnya juga semakin menyesakkan jiwa.

Tangan sasa itu ditekap ke dinding belakang Imani. Imani berperang dengan diri sendiri. Sungguh dia tergoda.

Matanya.

Senyumannya.

Tubuhnya.

Wangiannya.

Sekarang kau bagitahu, perempuan mana yang tak bergetar hatinya dihampiri lelaki begitu? Lagi-lagi yang imannya goyah seperti Imani.

Imani masih mempamerkan riak tenang. "Encik sangat berani."

Aydin ketawa kecil. "Guess I am. Can I be honest?"

Imani membalas dengan anggukan. Sikit pun tidak terbias panik di wajah. Dalam hati tuhan saja yang tahu betapa laju jantungnya bekerja.

'Tak kau terkam aku, aku terkam kau dulu karang...' Astaghfirullah... mengucap Imani! Dosa!

"I can't ignore your presence," hujung rambut Imani dibawa ke bibir.

"Oh, I wonder why?" tangan Aydin ditepis. "Cukuplah, encik Aydin," tubuh Aydin ditolak. Dia berjalan laju menuju ke pintu. Baru saja tangannya hendak mencapai tombol, terasa pinggangnya pula ditarik. Tubuhnya dipusingkan.

"D--dosa encik. Saya jahil jugak tapi ja--jangan macam ni, en--encik," tergagap dibuatnya. Tadi kemain relax lagi. Lengan kekar yang melingkari pinggang cuba dialihkan namun gagal. Betul ada ilmu judo la kot. Tak gerak sikit pun.

"Please let me go." Imani sudah tak mampu berlagak tenang. Tegak bulu romanya dirangkul sebegitu.

Perlahan Aydin melepaskan Imani pergi meninggalkannya yang masih berdebat dengan hati. 'Apa aku buat tadi tu? Kenapa aku tarik dia?'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience