d.u.a.p.u.l.u.h.t.i.g.a

Romance Completed 7788

"Abah, saya nak minta izin lepas semuanya selesai, saya nak bawa Imani tinggal dengan saya." ucap Aydin tiba-tiba.

Imani yang sedang menghirup kopi, tersedak. Tahir ketawa.

"Kau kenapa, Iman?" Tahir melihat Aydin mengusap lembut belakang Imani. "Bawa je lah. Dia kan isteri kau sekarang. Tapi abah minta sangat, jagalah dia elok-elok. Iman pun. Jaga Aydin baik-baik. Dengar cakap suami."

Imani mencebik. "Dia yang nak sangat kahwin dengan Iman. Dia la kena jaga Iman elok-elok."

Aydin sengih nakal. Tangannya diletakkan di atas peha Imani. "I will." jawabnya ringkas.

Meremang terus tengkuk Imani.

"Elok sangatlah kalau macam tu. Bukan apa, mak pun dah tak larat nak kawal si Imani ni." Harlina cuba meracun.

"Harlina." Tahir bersuara tegas. Harlina masam muka. Imani buat pekak. Dah biasa dengan mulut ibu tirinya itu yang sentiasa mahu memburuk-burukkannya. Ada saja cerita rekaan yang dicipta. Boleh sangat dah kalau jadi penulis novel atau skrip.

"Emm... abang Aydin, jemputlah rasa puding jagung tu." sampuk Shakila tiba-tiba. Semua mata tertumpu padanya. Pelik dengan suara lembut yang dibuat-buat.

'Eyy budak bawah umur ni! Merenyam betul! Kau nak suruh laki aku masuk penjara ke apa?'

Aydin hanya mengangguk , langsung tidak menunjukkan minat mahu menjamah kuih itu.

"Abah, jap lagi Iman nak pinjam motor nak pergi dusun Pak Anjang Samad boleh? Dia kata manggis dah berbuah."

"Kenapa tanya abah? Tanyalah Aydin."

"Eh, lupa dah kahwin." Imani menoleh ke arah Aydin. "Boleh tak?"

Aydin mengangguk.

"Haa cantik! Saya pergi sekaranglah kalau macam tu." Imani bergegas ke bilik, melilit sehelai selendang di kepala. Ya, Imani mahu belajar bertudung.

Keluar saja dari bilik, kelibat Aydin tidak kelihatan di ruang tamu. Rupanya Aydin dah standby tunggu di luar rumah. Dia sedikit terkejut dengan penampilan Imani. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyum.

"Eh, baby saiyang nak ikut ke?" Imani mengusik. Aydin membuka pintu kereta.

"Eh, takkan nak naik kereta masuk dusun? Kita naik motor abah la. Nah kunci." Kunci Yamaha SSTwo Tahir dihulur.

Aydin tidak menyambut huluran itu. "I don't ride---"

"Seriuslah? Takpe, saya bawa awak. Jom!"

Imani terus memanjat naik dan menghidupkan enjin. "Hop on!"

Aydin sedikit teragak-agak namun akhirnya menurut. "Pegang kuat-kuat, okay!" kata isterinya penuh gembira. Dia tak sedar yang dia baru buka peluang untuk Aydin memeluknya.

Tanpa berlengah, pinggangnya terus dirangkul erat.

"Weh! Jauhlah sikit!"

Aydin meletakkan dagu di bahunya lalu menggeleng laju. "Takut jatuh. Jalanlah cepat."

"Pantang dapat peluang." rungut gadis itu.

Aydin senyum. "Takpe, isteri sendiri. Tak dosa pun."

Haa, setepek kau kena.

Setibanya di dusun, Imani terus berhentikan motor di sebelah Pak Anjang yang sedang mengumpul buah manggis di dalam bakul.

"Assalamualaikum Pak Anjang. Eh, turunlah! Dah sampai ni," Imani mencuit peha suaminya itu. 'Kemain ambil kesempatan lagi dia yeee...'

"Wa'alaikumsalam." Pak Anjang menyambut huluran tangan Aydin. "Ni Pak Anjang dah kutipkan bahagian kau. Makanlah puas-puas."

Imani tersengih penuh gembira sebab manggis memang buah kegemarannya. "Terima kasih banyak, Pak Anjang."

Terus saja dia melabuhkan punggung di atas sebatang pokok kelapa yang telah tumbang. Bersinar-sinar matanya seperti anak kecil yang baru diberikan hadiah. Manggis terus dijamah.

"Ayah, ni last pulasan yang tinggal." Satu suara menerpa pendengaran. Imani tak angkat wajah. Dia kenal benar siapa pemilik suara itu.

"Letak tepi tu. Nanti senang nak agih-agihkan." balas Pak Anjang sebelum berlalu ke pokok rambutan di hujung sana.

Ashraff menghulur tangan ke arah Aydin. "Saya Ashraff."

"Aydin." balasnya dengan senyuman nipis. Ada sesuatu yang tak kena dengan cara pandangan Ashraff terhadap Imani.

"Hai, Iman."

Barulah Imani angkat wajah. Sapaan itu dibalas dengan senyuman. "Cuti panjang ke?" soalnya, berbasa-basi.

Ashraff angguk. "2 minggu." Matanya hanya mampu memandang sayu melihat Imani menyuap manggis ke mulut Aydin.

"Kawan sekolah ke?" soal Aydin pula.

"Bukan. Ex-boyfriend." balas Imani selamba. Hampir tersedak Aydin dibuatnya.

Ashraff senyum kelat. "Emm... makanlah. Saya nak pergi tolong ayah jap."

Sebaik kelibat lelaki itu menjauh, Aydin pandang muka Imani. Tajam menikam ke dasar hati. Haaa cenggituuu.

"Sebab dia ke awak beriya nak datang sini?"

Imani kehairanan. "Apa pasal pulak? Tolong sikit eh. Saya beriya ke sini sebab manggis-manggis ni. Dalam kampung ni, dusun Pak Anjang je yang ada manggis banyak macam ni. Free pulak tu." Imani sua lagi isi manggis ke mulut Aydin.

Kali ini sengaja Aydin menggigit jarinya. Imani kaget.

"Apa gigit-gigit ni?"

"You sure he's not the reason?"

"100% sure. 100% positive. 100% guaranteed. Come on... saya dah move on lama dah."

"But the way he looked at you... tak nampak macam dia dah move on pun?"

"Dia tak move on, dia punya pasal. Yang penting, I'm done with him. No more feelings attached."

**********

Imani sengaja berlengah-lengah membasuh pinggan mangkuk di dapur. Aydin sudah menghilang ke bilik usai makan malam.

Tahir dan Shauki sedang menonton perlawanan bola sepak. Harlina sedang sibuk menggubah jambangan bunga hiasan. Anak kesayangannya pula sedang sibuk ber'tiktok'.

'Aduh... nak tengok tv, tak minat bola. Tolong Cik Na gubah bunga? Mau kena perli. Takkan nak join si terencat tu main tiktok pulak?'

Sudahnya Imani melangkah longlai menuju ke biliknya. Pintu diketuk beberapa kali sebelum tombol dipulas. Aydin berbaring malas di tengah-tengah katil.

"Wah, conquer habis. Tidur bawah sana. Tu ada toto dengan comforter." Imani cuba berlagak tenang.

Aydin celik mata mendengar suara Imani. Lantas dia baring mengiring sambil menongkat kepala, merenung Imani.

"Kenapa saya kena tidur bawah pulak?"

"Habis tu takkan nak tidur sama-sama?" Imani gigit bibir. 'Ala tak bijaknya soalan kau, Imani oiii.'

"Tak boleh ke? Are you scared?" Aydin memprovok.

"Scared of what? You?" Imani gelak sinis.

Aydin jungkit bahu. "Well, it's clear you can't resist me. Mungkin awak takut awak terkam saya dulu?"

"Wah! So yakin!" Imani mendengus geram. "Tepi! Awak ingat awak tu Tom Cruise ke yang saya cannot resist sangat?"

Aydin enggan berganjak. "Tutuplah lampu. I can't sleep with lights on."

'Urghh! Banyak songeh!' Imani bergerak menuju ke tempat letak suis lampu bersebelahan pintu.

Takk!

Suasana bilik menjadi gelap. Hanya samar-samar lampu jalan yang mencuri masuk, membantu Imani melangkah ke katil.

"Awak jangan macam-macam ye. Saya penat ni. Karang kalau kena karate, jangan mengadu kat abah." Imani memberi amaran sebelum merebahkan tubuh di hujung katil.

"Maksudnya kalau tak penat bolehlah macam-macam?" Aydin mengusik. Namun tiada respon.

Betis Imani dikuis dengan hujung kaki. "Tidur ke?"

'Aik? Baru letak kepala dah gone? Letih benar tu.' Aydin melingkarkan lengan ke pinggang Imani.

Imani sedikit terkejut.

"Eh, ingatkan dah tidur." Tubuh Imani ditarik rapat.

"Jangan kacaulah! I need my beauty sleep. Takut esok muka sembab." tangan Aydin cuba dialihkan.

"I can't sleep without hugging something."

"Allahuakbar... selama hidup ni tidur peluk apa?"

"Bantal."

Imani capai bantal guling di kakinya. "Ambil ni. Pergi tidur hujung sana."

"I don't need bantal anymore. I got you now."

Degup jantung Imani yang memang dah tak keruan jadi makin hilang arah bila bibir Aydin singgah di lehernya.

"Go any further, saya tidur kat luar." ugutnya.

Aydin mengeluh perlahan. Tiada kata-kata balasan darinya. Tangannya dialihkan lalu dia baring membelakangkan Imani.

Merajuk ke tu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience