d.u.a.p.u.l.u.h.l.a.p.a.n

Romance Completed 7788

[Dua minggu kemudian]

Imani baru pulang dari kerja part time di sebuah kafe milik teman Mem Lea. Jam ketika itu sudahpun menginjak ke angka enam. Sambil menyanyi perlahan, dia membuka pagar rumah.

Kereta Aydin sudahpun terparkir elok di laman. 'Aik? Kata balik lambat hari ni?'

Pintu utama terbuka luas. "Assalamualaikum." Imani melangkah masuk. Aydin sedang duduk di ruang tamu.

"Awal balik?"

Senyap.

Imani kerut dahi. Pelik. Selalunya Aydin akan senyum dan mula menyakat.

"Sayang kenapa? Demam ke? Okay tak?" Imani mahu mendekat tapi langkahnya terhenti bila terpandang sejambak bunga dan sekotak Ferrero Rocher di hujung kaki Aydin.

"Eee bunga! Chocolate pun ada!" tanpa ragu dia mengambilnya. Senyuman manis mekar di bibir. "Sempena apa ni?"

Kuntuman ros itu dicium seketika. Melihatkan kebisuan Aydin, Imani jadi bungkam. "Sayang... kenapa ni?"

Sekeping kad kecil dicampak ke atas meja. Pantas Imani ambil dan baca.

[My precious Imani, thank you for being such a wonderful lover. I love you. - Your sweetheart.]

Imani sengih lebar. "Sweet nya suami Iman ni."

"These are not from me." kata Aydin. Tajam matanya merenung Imani.

"Hah? Habis tu dari siapa?" soal Imani, hairan.

"You tell me." Wajah diraup kasar, berkali-kali. Jelas Aydin sedang menahan marah. "You're cheating behind my back?"

"What? No!" spontan bunga tadi dilempar ke lantai.

"Then what's with all these shits?!" Aydin menengking kuat menyebabkan Imani terkedu. Kali pertama seumur hidupnya dia ditengking sekuat itu. Mak tiri dia pernah juga menengking tapi tidak sehebat ini.

"Iman tak tahu---"

"Stop lying!"

"I am not!" Imani menahan air mata dari menitis. "Ya Allah... siapa yang tabur fitnah macam ni sekali..." rintihnya.

"Tak payah nak act innocent, Imani." Aydin senyum sinis. "Dari dulu lagi memang tak cukup dengan sorang lelaki, kan?"

"Aydin! Saya tak pernah curang! Demi Allah, Aydin! Sejak kita kenal, sejak kita sah jadi suami isteri, tak pernah ada lelaki lain dalam hati saya selain awak!"

Aydin ketawa sinis. "Fucking shit!" Handphone di tangan direjam tepat ke skrin tv. Terpacak kat situ.

Aduhai... agak-agaklah nak marah tu. Jahanam harta benda.

Imani telan liur melihat kemarahan Aydin. Dengan mata yang merah, rahangnya diketap, penumbuk digenggam erat... menakutkan!

Imani kembali berlembut. "Demi Allah, Iman tak curang. Iman tak tahu siapa yang kirim benda ni semua." Tangan Aydin diraih. Pasrah je ni kalau kena penampar sedas dua. Huhu.

"Sayang... please---"

Tangannya ditepis kasar. "Kau dengan si Dina tu sama je! Pandai berlakon! Depan lain, belakang lain!"

'Alahai, Dina mana pulak ni...' Imani tarik nafas perlahan. "Sumpah Iman tak tahu siapa yang bag---"

"Too many boyfriends sampai tak tahu siapa yang bagi?" sinis benar kata-kata itu menghentam gegendang telinga Imani.

"Can you please sit down first? Kita discuss baik-baik, okay?" Imani masih cuba memujuk.

"I have nothing to say to a woman like you!" Jambangan bunga dihujung kaki disepak kasar. Habis berterabur kelopak-kelopaknya.

"Sayang... jangan macam ni..." Imani terus cuba meraih lengan Aydin biarpun ditepis berkali-kali.

Aydin melangkah laju keluar dari rumah.

"Aydin, please!" jerit Imani. Dah tak kisah kalau jiran dengar. Aydin terus masuk ke dalam kereta dan memecut keluar dari perkarangan rumah, meninggalkan isterinya yang sudah terduduk di muka pintu.

"Allah..." Imani mula teresak-esak. Siapa yang cuba merosakkan hubungan mereka? Sedu-sedannya tenggelam dalam bunyi hujan yang kian menggila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience