d.u.a.p.u.l.u.h

Romance Completed 7788

"Siapa kalah belanja McFlurry!" Imani ketawa sambil tangannya lincah menjaringkan bola di sebelah Kimi.

"Dream big, honey!" laju Kimi menjaringkan bola tanpa ada yang tersasar walaupun satu.

Masa tamat. Kimi menang. "Damn, bro. Untung jadi tinggi. Senang nak baling bola."

"Ehh, takde kaitan dengan tinggi rendah. Ni talent. So, where's my McFlurry?" hidung Imani cuba dicuit namun gadis itu lebih pantas mengelak.

"Jom--"

"Imani."

Mati senyuman Imani. Tahu dah siapa yang panggil. Dia menoleh sekilas.

"Let's go home." Jemarinya diraih. Imani telan liur.

"Err... McFlurry esok habis kelas aku belikan, okay?" katanya sambil cuba menarik tangan dari genggaman lelaki itu. Semakin ditarik, semakin kuat genggamannya.

Mata Aydin tak lepas dari merenung Kimi yang sedang tersenyum sinis.

'Ai lain macam pulak cara diorang berpandangan. Datang bulan ke apa mamat dua ekor ni?'

"Err... jomlah. Ada lagi barang kita nak cari, kan?" Imani cepat-cepat sentuh pipi Aydin agar lelaki itu melihat ke arahnya. Cuba memujuk.

"Kimi, kitorang gerak dulu." lengan Aydin dipaut kemas.

Kimi hanya mampu menghantar dengan pandangan. Panas juga hatinya dengan sikap Aydin yang agak possessive itu. Seketika kemudian telefon bimbitnya berdering.

Husna di talian.

"Hello."

"Kimi kat mana? Ada nampak abang Aydin tak? Kak Ngah keluar je dari toilet, dia hilang dah."

"Diorang dah balik."

"What?!" Husna terjerit kecil. Sakit hatinya ditinggalkan sebegitu. Apa yang bagusnya Imani tu sehingga Aydin berhenti mengejar dirinya?

Imani berlari anak mengejar langkah Aydin. 'Mentanglah kaki kau panjang. Laju je kau berjalan ye.' omelnya dalam hati.

"You really can't stop flirting, huh?" soal Aydin sebaik saja Imani menutup pintu kereta. Tangannya kejap di stereng kereta. Rahangnya diketap menahan cemburu yang meracun hati.

Imani bulat mata. "What?"

"Pantang ada chance. Terus melekat kat lelaki lain."

Imani picit dahi. "He's just a friend! Awak yang tinggalkan saya tadi kan? Lupa ke?"

"And you just went missing with another man, right?"

"What did you expect me to do? Stand still like an idiot? Dia sedap-sedap menggatal dengan betina lain, nak tuduh kita pulak yang merenyam dengan jantan!"

Aydin bingkas menoleh. "Words, Imani!"

Imani ketawa menyindir. "Sayang betul kat Husna. Tak boleh panggil betina."

Aydin menarik Imani. Entah kenapa mudah benar dia panas hati dengan kata-kata gadis itu. Setiap ayat yang meluncur keluar dari bibir Imani selalu berjaya menoreh luka pada egonya. Mungkin kerana apa yang dikatakan gadis itu benar belaka?

"I swear if you ever talk to me like this again, i'll make love to you wherever whenever!"

Imani senyum sinis. Leher baju Aydin dicengkam kuat, merapatkan jarak antara mereka sehingga hanya tinggal beberapa inci sahaja. "Go on." Cabarnya.

Aydin ketap rahang. "Do not challenge me." Ucapnya sepatah-sepatah dengan suara bergetar. Menahan marah dan hasutan nafsu.

"One thing you should know, Encik Aydin. You dare to touch me, AGAIN, that's gonna be the end of everything."

Kolar Aydin dilepaskan. Sangkanya Aydin akan menjauh namun lelaki itu tidak berganjak sedikitpun. Rahangnya kelihatan bergerak-gerak menahan rasa. Wajah Imani direnung dalam-dalam sebelum dia berpaling dan melepaskan satu keluhan berat.

"Okay." Aydin kembali menjauh membiarkan Imani dengan debaran yang menggila. Enjin kereta dihidupkan dan mereka pun berlalu dari pusat beli belah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience