l.i.m.a.b.e.l.a.s

Romance Completed 7788

Usai makan malam, keluarga itu menonton televisyen di ruang tamu. Hanya tinggal Imani di dapur mencuci pinggan. Sengaja dia menawarkan diri melakukan tugasan itu dan meminta Mem Lea berehat sahaja.

Fikirannya menerawang jauh hingga tidak sedar Aydin sedang berpeluk tubuh memerhatikannya. Selesai kerja, Imani memusingkan tubuh namun terlanggar Aydin yang berdiri rapat di belakangnya.

"Aduh, hidung aku!" Imani pegang hidung yang terasa sedikit pedih akibat berlaga dengan dada Aydin. Imani pamer wajah geram.

"Punya luas dapur, kenapa sini jugak awak berdiri?"

Aydin angkat bahu. "I can't resist being attracted."

Si gadis menjeling tajam. "Move. Saya jerit nanti." ugutnya.

'Hahhh..comelnya.' getus hati kecil Aydin. Kedua tangannya diletakkan di table top belakang Imani, mengepung tubuh gadis itu. Wajahnya didekatkan.

"Jerit je. Maybe mama akan izinkan kita nikah malam ni jugak."

'Aii bala.. bala..' Imani telan liur berkali-kali. Pandangannya dilarikan. Enggan menatap anak mata Aydin. "Tepilah. Dah la pakai contact lens lain-lain warna. Mengada betul." gumamnya rendah.

"Oi, ni biji mata original colour, okay. Cuba tengok betul-betul."

Imani mengecilkan mata, cuba mengamati mata lelaki itu. 'Nampak macam real la pulak.'

Leka Imani merenung tanpa menyedari yang wajah lelaki itu semakin rapat dengan wajahnya.

"Clear enough?" bisik Aydin, menggoda. Tegak bulu tengkuk Imani. Spontan tangannya naik menutup mulut Aydin.

"Dekat sangat ni. Nak cium saya ke?"

Aydin angguk. "Jom, kahwin." gumamnya di sebalik tapak tangan Imani.

Imani mengeluh. "Ni melibatkan masa depan kita, encik Aydin."

"You are my future, Imani." balasnya selamba. "I think i like you and---"

"You THINK you like me? Seriously?"

'-- i'm falling in love---' kata-katanya mati.

Aydin pamer muka tak bersalah.

"So you're just going to marry any woman you THINK you like?" Hati Imani terasa panas. "Lepas dah tak suka nanti, what're you gonna do? Divorce, is it? Or marry another woman you THINK you like?"

Aydin ketap rahang. Geram rasanya mendengar kata-kata yang meluncur laju dari bibir itu. "I do like you! I'm addicted to you! I want more of you! I want you in my bed!" suaranya ditekan. Merah wajah lelaki itu menahan marah dan malu. Ya, dia malu mengungkapkan perasaannya sendiri.

"You keep messing with my head! You think it's that easy for me to propose a woman to be my wife?"

"Kita pernah terlanjur, Imani. Why on earth, you don't want me to take the responsibility?" Rahangnya bergerak-gerak. Jelas terpampang riak marahnya.

Melihat kebisuan gadis itu, Aydin tarik senyum sinis. "Atau tak nak kahwin sebab tak puas nak tukar-tukar lelaki?"

Imani terkedu mendengar kata-kata kasar Aydin. Air matanya bergenang. "You knew that was my first time." balasnya perlahan.

Tubuh Aydin ditolak sekuat hati agar menjauh. Imani meluru keluar menerusi pintu dapur yang tidak berkunci. Langkah diatur laju menuju ke pagar utama. Kaki yang tidak beralas langsung tidak diendahkan. Sakit di kaki langsung tak dapat menandingi sakit di hatinya saat itu.

Sebaik Imani berjaya melangkah ke luar pagar, tangannya ditarik kuat hingga tubuhnya tersembam ke dalam dakapan Aydin.

Imani diam membisu tapi terus meronta mahu dilepaskan. Kaki Aydin dipijak sekuat hati, berkali-kali namun lelaki itu masih enggan melepaskannya.

"I'm sorry. I'm so sorry." Rangkulannya dikemaskan seerat mungkin, cuba mematikan rontaan Imani.

Imani meraung semahunya. Letih. Letih dengan semua penderaan emosi, dengan semua abusive words yang terpaksa ditelan sejak kecil.

Kenapa orang tak pernah kisah? Imani pun manusia biasa. Ada hati, ada perasaan. Boleh tersinggung, boleh terluka. Tapi orang sekeliling buat dia macam robot yang boleh dihina sesuka hati!

"I'll be good. I'm sorry." Aydin berbisik lembut setelah Imani berhenti meronta. Gadis itu tidak menyahut. Hanya esakan halus yang kedengaran.

Seketika kemudian kedengaran Imani menarik nafas dalam-dalam. Rangkulan Aydin dileraikan. Aydin merenung wajah sayu si gadis.

Hidung dan pipinya kemerahan. Aydin hanyut dalam pemandangan itu. Cantik.

"Pus pus! Meow!"

Aydin tersentak. Pandangannya beralih ke arah yang sedang dilihat Imani. Seekor kucing oren mengiau manja menyahut panggilan Imani.

"Meow.. sini. Pus pus! Meow!"

Aydin menjarakkan diri saat Imani mendukung kucing tersebut. "Put it down!"

Imani kerut wajah. "Dah kenapa?"

"I hate cats!"

Suasana sepi seketika sebelum Imani tayang senyum mengusik. Semakin lama semakin lebar senyumannya melihat reaksi wajah Aydin.

"Alolo ada orang takut kucinggg..." Imani mendekat. Pantas Aydin mengundur ke belakang.

"Nak kahwin tak? Nak kahwin, pegang kucing ni." Imani sengaja mencabar.

Aydin berdiri kaku.

"Tak mau pegang, tak mau kahwin. Dengan kucing pun takut. Macam mana nak protect anak bini?"

"Anak?" ulang Aydin.

'Eh! Eh mulut aku ni! Ala tersasul pulak!' bibirnya diketap kuat.

"Saya pegang kucing tu, kita kahwin. No more excuse!"

Imani mencebik. "Nah la."

Aydin teragak-agak menyahut huluran Imani. Terpamer riak geli dan takut di wajah lelaki itu. Hilang terus Aydin yang dingin dan macho. Jelas kelihatan tegang urat lehernya.

"Meoww!!" kucing oren itu mencakar-cakar lengan Aydin, cuba melepaskan dirinya.

"Urghh!" Aydin menahan pedih namun masih enggan melepaskan kucing itu.

"What are you doing?! Let the cat go!" Imani menjerit. Pantas kucing itu dilepaskan, mencicit lari hilang dalam kegelapan malam.

Merah wajah Aydin menahan pedih.

"Are you stupid?!" lengan Aydin disentuh. Penuh cakaran! "Kenapa tak lepaskan je?!"

"Kita kahwin?" soalnya selamba. Berbunga hati bila Imani membelek lengannya dengan riak risau.

Imani menjeling. "Gila!"

"Gilakan Imani." balasnya dengan senyum segaris.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience