t.i.g.a.p.u.l.u.h

Romance Completed 7788

Suasana pilu menyelubungi rumah arwah Encik Tahir. Arwah sudah selamat dikebumikan awal pagi tadi. Imani masih bisu, tersandar lesu di bahu Mem Lea.

Encik Suffian dan Aydan masing-masing masih cuba menghubungi Aydin. Mujur juga mereka kembar seiras. Tidaklah timbul isu menantu tak balik uruskan jenazah mertua.

Harlina duduk di sudut rumah ditemani Shakila. Sedu-sedannya masih bersisa dengan kesan air mata yang masih jelas di pipi. Hilang sudah tempat dia bergantung selama ini.

"Mem... Iman nak ikut balik, boleh?" soal Imani tanpa mengangkat muka.

"Of course you can, sayang." Bahu gadis itu digosok-gosok perlahan. 'Ya Allah... manalah Aydin ni...' hatinya dijentik rasa geram.

Selesai semua urusan, mereka beransur pulang ke rumah. Seharian itu Mem Lea menemani Imani, cuba menarik perhatiannya dari terus mengelamun sedih. Menjelang malam, Imani minta dihantar pulang ke rumah Aydin.

"Stay sini la sementara ni." Pujuk Mem Lea. "Kalau Aydin belum balik, macam mana? Takkan Iman nak tinggal sorang kat rumah?"

Imani senyum. "Iman nak tunggu Aydin kat rumah."

Mem Lea mengeluh. "Entah ceruk mana la dia pergi sampai call pun tak dapat."

Imani diam tidak menjawab.

Aydan menghantarnya pulang selepas makan malam. Melihat kereta Aydin sudah terparkir di laman, terus saja Imani melompat turun dari Triton Aydan. Dia mahu memeluk suaminya. Dia mahu dipujuk dari beban kesedihan itu.

Pintu rumah dibuka. Aydin yang sedang mencucuk kabel pengecas ke telefon, hanya memandang ke arahnya sekilas. Imani mendekat mahu merangkul tubuh itu namun pertanyaan dari mulut Aydin mematikan pergerakannya.

"Betul kan apa yang saya cakap? One guy is never enough. Saya tak ada kat rumah, awak suka-suka keluar entah dengan siapa. Why don't you invite that guy in?"

Bertambah hancur hati Imani. Tapi entah kenapa air matanya enggan menitis lagi. Dia hanya berdiri kaku memandang belakang tubuh Aydin sebelum melangkah tenang masuk ke bilik.

Terdengar sedikit kekecohan di ruang tamu. Aydan memarahi kembarnya. Rupanya apa yang diperkatakan Aydin pada Imani tadi sempat didengar Aydan yang sudahpun berdiri di muka pintu.

"Wake up, bro! Don't be too paranoid! Semua orang kau nak samakan dengan Dina! Kau tahu tak isteri kau balik dari mana? Bapak dia meninggal, bro. Bapak mertua kau meninggal! Apa useless piece of shit-nya kau ni?"

"Macam nak berlubang phone aku asyik dail nombor kau. Semua ke voicemail. Kau outstation kat hutan mana? Bini kau tu dah macam nak putus nyawa aku tengok. Dahlah tengah tak sihat, ayah meninggal, suami pulak tak guna macam ni."

"Teruskanlah dengan pemikiran 'semua-perempuan-sama-macam-Dina' tu. Kesian Iman dapat suami useless macam kau."

Imani sumbat earphone ke telinga, enggan mendengar butir pertelingkahan di luar lagi.

Goody Grace - Scumbag (ft. blink-182) dipilih dan tidak lama kemudian dia terlena. Terlalu letih rasanya.

Kenapa ibu dengan abah pergi tak bawa Iman sekali?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience