t.i.g.a

Romance Completed 7788

"Imani sure ke nak ulang-alik hari-hari? You can stay here, you know? Ada banyak bilik kat sini." Soal Mem Lea. Pejam celik, pejam celik, sudah hampir dua minggu Imani berkerja dengannya. Dia sangat menyenangi gadis itu.

Imani senyum. "Terima kasih, Mem Lea. Tapi saya tak boleh kalau tak balik rumah. Nanti mak tiri saya meroyan teruk."

Mem Lea menggangguk faham. "Hati-hati balik tu. Esok kita pergi hotel Concorde. Saya nak jumpa someone. Jangan lewat ya."

"Yes, Mem!" Imani sengih lalu meminta diri. Langkahnya dilajukan menuju ke perhentian bas di hujung jalan. Agak jauh juga jarak rumah Mem Lea dengan perhentian bas itu. 'Takpe, excercise!' getus hati kecilnya.

**********

"Awal balik hari ni?" Shauki menyapa. Imani menanggalkan kasut lalu duduk bersila di pangkin sebelah Shauki yang sedang membasuh motor.

"Tak banyak kerja hari ni. Bos bagi balik awal."

"Wuiii, manggis!!" Bulat mata gadis itu bila Shauki menghulur seplastik penuh manggis ke arahnya. Shauki sengih.

"Mak mana? Macam aman je rumah." Soalnya.

"Mak keluar pergi jalan-jalan kat Aeon dengan anak kesayangan dia tu."

Imani membetulkan ikatan rambut sebelum mula menjamah buah kegemarannya itu.

Shauki bukan adik kandungnya. Tapi Shauki tidak pernah menyakitinya. Ayah berkahwin lagi setelah kematian ibu Imani. Ketika itu Imani baru berusia tujuh tahun.

Entah kenapa dalam ramai-ramai perempuan di kampung ni, ayahnya boleh terpikat dengan Harlina si janda anak satu. Sudahlah garang, bengis pula.

Sudahnya setiap hari Imani jadi mangsa. Didera fizikal dan mentalnya sehingga dia menjadi lali dengan semua itu. Ayahnya tak pernah kisah jika dia mengadu. Bahkan, dia akan dikenakan dengan lebih teruk jika Harlina tahu dia mengadu.

Shauki merupakan anak hasil dari perkahwinan Harlina yang pertama. Selepas setahun berkahwin dengan ayahnya, maka lahirlah puteri kesayangan anak emas anak permata anak harapan anak bertuah yang diberi nama Shakila.

"Sedap sangat agaknya manggis tu sampai dibiarnya kita cakap sorang-sorang."

Imani kembali ke alam nyata. "Cakap apa?"

"Aku tanya, kau kerja kat mana sebenarnya."

Jarak usia mereka hanya setahun. Jadi mereka lebih selesa ber-aku engkau saja.

"Adalah. Mana boleh bagitahu. Nanti mak tahu, mampus aku."

"Cuti sem kau bukan dah nak habis ke?"

Imani mengeluh. "Itulah..." Duit tak cukup lagi. Macam mana ni?

"Kau tak penat ke? Belajar lagi... Kerja lagi..."

Imani mengeluh lagi. "Pilihan apa yang aku ada? Orang kaya tak nak pinang aku."

"Apa pulak? Haris tu. Bapak dia tauke lembu. Kaya oii. Kau yang reject dia."

"Yang kaya tu bapak dia. Bapak dia takde pulak kata berkenan nak ambil aku jadi bini ketiga dia."

Pecah ketawa mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience