e.n.a.m.b.e.l.a.s

Romance Completed 7788

Imani berdiri kaku di hujung koridor fakultinya. Liur ditelan berkali-kali. Wani dan Tasya sudah bergerak pergi ke kafe terlebih dahulu.

"Imani? Hello?" Suara Tahir bergema di hujung talian.

"Aaa.. ye, abah."

"Eh budak ni. Abah cakap sorang rupanya dari tadi."

Satu keluhan kecil dilepaskan. "Iman dengar. Abah tolak je la kalau abah rasa belum masanya Iman kahwin."

"Helok semenggah orangnya. Rugi kalau tolak." Tahir senyum. Ada sesuatu yang disembunyikan dari pengetahuan anaknya itu.

Sebenarnya dia sudah mengenali Aydin hampir sebulan lamanya. Aydin juga jujur mengaku sudah jatuh hati pada Imani dan meminta izin untuk masuk meminang.

"Mana abah tahu helok semenggah? Entah-entah kaki pukul. Mana kita tahu kan?" Imani memprovok.

Tahir menggeleng kepala. "Kalau Iman tak nak, pass kat Shakila je la ye? Abah tengok cara dia pandang Aydin pun macam nak dibaham hidup-hidup." Tahir picit kepala.

Pening dengan perangai Shakila. Beriya gadis itu berkurung kedah berkain batik, jalan terkepit-kepit bawa dulang minuman sewaktu rombongan Aydin datang bertandang. Mana pernahnya budak tu berkain batik di rumah! Selalu dok pakai seluar ketat-ketat tu je. Jenuh tegur!

Imani telan liur. '"Eh abah ni pun."

Tahir ketawa kecil. "Abah dah terima. Abah yakin dia boleh jaga anak abah."

"Abah je la kahwin dengan dia."

"Eh budak ni! Kalau boleh, abah pun nak!"

Meletus ketawa dua beranak itu.

"Sekarang Iman dah rasmi jadi tunang dia. Abah minta sangat-sangat, Iman jaga diri, jaga batas. Jangan ulang silap yang sama lagi."

'Silap yang sama?' Imani terkedu. "Ab--abah..." 'Abah tahu ke pasal aku dengan Aydin?'

Terdengar keluhan kecil dari mulut Tahir. "Abah tahu. Aydin dah cerita semuanya. Mula-mula tu memang abah marah, abah kecewa. Tapi abah tak boleh nak salahkan Imani 100%. Imani dianiaya."

Nafas ditarik dalam. "Aydin pulak... dia mengaku dia salah sebab tak dapat nak tepis godaan nafsu. Dia kata pada abah, dia sedia bertanggungjawab."

Air mata Imani mula bertakung. "Abah.. Iman minta maaf, abah!"

"Takpelah. Benda dah jadi. Tapi abah minta sangat, jaga diri tu. Tak semua kawan boleh dipercayai. Jangan kecewakan abah lagi."

Imani sudah teresak-esak.

"Lah... sudahlah tu. Lagipun abah sempat jugak tampar Aydin hari tu."

Bulat mata Imani. Terhambur tawanya. "Kuat tak?"

"Merah jugaklah pipi dia tu. Nampak bekas tapak tangan abah."

"Lepas tu? Apa jadi?" soal Imani, ingin tahu.

"Dia tunduk diam je. Pasrah je dengar abah marah dia sebab dia tahu dia salah."

"Bila dia cerita benda ni pada abah? Masa datang meminang ke?"

"Gila ke? Kalau dia cerita masa bawa rombongan tu, habis malu kita semua." Tahir mengeluh kecil.

"Tapi... bila dia jumpa abah cerita pasal apa yang jadi kat... Pangkor?" 'Aku baru balik dari Pangkor 5 hari lepas.' Imani mula mencongak-congak.

"Sehari lepas korang balik dari Pangkor. Iman masuk hospital tak bagitau abah pun abah tahu."

Imani telan liur yang terasa berpasir.

"Abah sebenarnya dah kenal dengan Aydin tu masa Iman kerja kat rumah dia lagi."

"Hah?!" Jaw drop.

"Free nanti balik rumah. Ambil cincin Aydin bagi." Tahir cuba menukar topik perbualan.

"Cincin? Cincin apa?"

Tahir tepuk dahi. "Cincin tunang la Imani oiii!"

**********

Imani terkebil-kebil di hadapan ballroom itu sehinggalah pinggangnya terasa disentuh. Dia sedikit kaget. Aydin yang segak bersut hitam menghadiahkan senyuman kepadanya. Entah kenapa murah pula dia dengan senyuman malam ni.

"Come."

Imani menurut. Entah kenapa dia rasa seperti sedang mencuri perhatian tetamu-tetamu lain. 'Aku lawa sangat ke? Atau Aydin terlalu hensem?'

"Kenapa orang macam tengok-tengok kita ek? Something on my face?" Imani sentuh lengan Aydin mengisyaratkan agar lelaki itu berhenti berjalan.

Aydin menunduk sedikit. "Nothing's wrong. You're just too pretty tonight." Jawabnya tenang dan lembut. Ketar lutut Imani menahan debar di hati.

"Err... over sangat ke?" Imani cepat-cepat kalih pandangan, melihat kebaya yang membaluti tubuh sebelum tangannya menyentuh sekuntum ros di sanggul rambut.

Aydin ketawa perlahan menampakkan lesung pipit. Imani telan liur. "Astaghfirullahalazim..." ucapnya tanpa sedar.

"Kenapa?" soal Aydin, hairan.

Imani mengilas tangan di hadapan wajah. "Syaitan banyak!"

Aydin senyum senget.

"Aydin!" Firdaus melambai dari meja berdekatan. "Sini!" jarinya menunding ke arah dua kerusi kosong di sebelahnya.

Lengan Imani ditarik perlahan. Sebaik melabuhkan punggung, Imani baru perasan dengan kewujudan Husna yang tidak lepas dari meniliknya. Imani sekadar mengangguk dan tersenyum nipis.

'Rasa macam pernah nampak dia ni. Kat mana ek?' hatinya berbisik sendiri.

"Aduuhh... diam-diam ada tunang dah!" Firdaus mula mengusik.

Aydin angkat kening. "Lawa kan?"

"Ni bukan awek Pangkor yang power main bola tampar tu ke?" soal seorang lagi rakan Aydin, Zahid.

Aydin tayang senyum bangga bila teman-teman semejanya bersorak kuat.

Firdaus angkat double thumbs up. "Aku ingat kau minat dekat Husna. Tup tup bertunang dengan orang lain." Firdaus mengerling pada Husna yang duduk bertentangan mereka. Gadis itu hanya membalas dengan senyuman.

Betullah tu. Sebelum bertemu dengan Imani, Aydin memang ada sedikit perasaan suka pada Husna. Orangnya lemah-lembut, sopan-santun, manis senyuman.

Imani mencuit pinggangnya. "Serius aahh?" bisik si gadis.

"Serius aahh. Tapi jual mahal sangat. Bosan." balas Aydin perlahan di telinganya.

Imani telan liur. 'Habis, aku ni jualan murah ke macam mana?'

Imani menebarkan pandangan ke seluruh hall. Malas melayan fikiran sendiri. Annual dinner syarikat tempat Aydin bekerja itu bertemakan 'Retro Klasik'. Sebab itu dia berkebaya. Nasib baik masih muat baju raya dua tahun lepas tu dipakai.

Kalau tak muat tadi, mahu saja dia berkurung kedah dan berkain batik. Biar padan muka Aydin. Ada ke patut lagi 3 jam event nak start, baru bagitahu suruh ikut dia!

Acara dimulakan dengan ucapan dan bacaan doa, diikuti dengan penghargaan untuk pekerja-pekerja yang telah berkhidmat bertahun lamanya. Seterusnya ada beberapa persembahan dan diakhir majlis nanti akan ada sesi cabutan bertuah.

Dan Imani tak hirau semua tu. Yang dia nampak cuma makanan.

Aydin menolak kerusi ke belakang, ingin bangun. Husna juga begitu.

"You wait here okay?"

Imani tarik muncung sambil tayang muka comel, dia kata "Ala Dindiinn nak pergi manaa?" sengaja dimanjakan suaranya agar Husna cemburu.

'Dindin?' Aydin tak dapat tahan dari tersenyum melihat tingkah tunangnya itu. "Dindin nak pergi jumpa orang kejap. Manman duduk sini makan dulu, ye?"

'Manman? Eee orang tua ni!' Imani masih buat muka sedih. 'Kau sampai hati tinggalkan aku sorang-sorang ke?'

Helaian rambut Imani yang jatuh ke dahi, diselak ke tepi. Imani sempat melihat reaksi menyampah Husna yang sudah berpeluk tubuh.

"Cepatlah, Aydin." seru si gadis, meluat melihat adegan mesra itu.

**********

Imani menuju ke meja buffet. Sesekali dia mengerling ke arah Aydin yang masih leka berbual dengan sekumpulan lelaki. Husna di sebelah pula seperti sengaja berdiri rapat-rapat dengannya. Imani mencebik.

"Hai." sapa seseorang. Imani berpaling. Senyuman spontan terukir melihat manisnya wajah lelaki yang menegur.

Amboi, Imani. Boleh tahan merenyam juga kau ye.

"Ya?"

"Emm... Mikhail." Tangan dihulur. Imani kalih pandangan ke kedua tangannya yang sedang memegang pinggan.

"Sorry. Imani." Balasnya penuh sopan.

"Alone?"

"For the time being, yeah."

"Come join me. Takdelah nampak sedih sangat makan sorang-sorang."

Imani ketawa. "Thank you."

Mereka duduk di meja belakang berhampiran meja buffet. Seketika Imani terlupa langsung dengan kewujudan Aydin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience