d.u.a.p.u.l.u.h.s.a.t.u

Romance Completed 7788

Sudah hampir seminggu Aydin menyepi sejak kejadian di parkir mall tempoh hari. Tiada pesanan ringkas mahupun panggilan telefon dari tunangnya itu.

'Jadi kahwin ke tak nanti ni?' soal hati kecilnya. 'Aduh, dah jemput classmates pulak tu. Malunya kalau tak jadi.'

'In case tak jadi kahwin, apa patut aku cakap kat diorang? Bakal laki aku lari? Mati tak bernisan? Hanyut dipukul ombak? Hilang tanpa jejak? Dirampas perempuan lain?'

Dia duduk termenung di bangku berhampiran kawan-kawannya yang sibuk bergambar, mengabadikan kenangan konvokesyen bersama sebelum membawa haluan masing-masing nantinya.

"Man! Sinilah!"

Dengan malas Imani menghampiri. Wajahnya sudah masam mencuka. "Panaslah. Tak cukup lagi ke gambar-gambar tu?" muncung ditarik. Sebelum masuk dewan, ambil gambar. Dalam dewan, ambil gambar. Keluar dewan, puuunnn bergambar lagi.

"Mana cukup! Eh, hello! Ni last tau kita dapat kumpul ramai-ramai. Akan datang jangan haraplah semua boleh lepak sama-sama macam ni." kata Tasya.

"Hauuusss...." rengeknya. Saat itu juga pipinya terasa sejuk disentuh botol air yang dingin. Laju Imani menoleh. Dalam hati sempat berharap encik tunangnya yang muncul. Macam dalam drama-drama korea tu. Hero akan sentiasa muncul pada waktu yang tak dapat dijangka. Hamboi angan-angan!

Kimi sengih. "Minumlah ni. Aku terbeli lebih tadi."

Danial mencebik. "Terbeli konon. Puih! Tak payah berdalih la, Kimi. Baik kau jujur je. Kau suka dia kan?"

Kimi sengih lagi sambil menggaru hujung keningnya. "Suka. Tapi dah terlambat."

Imani kelu.

"Jangan buat hal, Kimi. Dah nak jadi bini orang tu." Wani memberi amaran.

Kimi ketawa. "Itulah. Menyesal aku tak confess awal-awal dulu."

Imani kalih wajah. 'Awkward laa topik ni... aduhai...'

Hari ini merupakan hari terakhir mereka semua di universiti tersebut. Masing-masing sudah berjaya meraih segulung ijazah selepas berhempas-pulas selama 3 tahun.

Fairuz? Entahlah. Sejak kejadian hitam itu, dia tak pernah muncul lagi malah tiada siapa tahu ke mana dia menghilang.

"Iman kahwin Sabtu next week kan?" soal Haziq.

Imani diam tersipu. 'Entah jadi entah tidak.'

"Haihh untunglah jodoh datang awal." Trisya mencebik, sedikit cemburu.

"Kau nak jodoh awal jugak ke? Tu Shafiq ada. Suruh masuk meminang hari ni jugak!" balas Haziq selamba.

"Tak mahulah. Nanti anak-anak i semua kemetot."

"Eh, i pun tak hinginlah! Nanti anak-anak i semua attention seekers!" balas Shafiq sambil mencebik.

"Lepas ni kita pergi makan, nak? Sudah-sudahlah bergambar." pinta Imani.

Imani dan makanan memang sukar dipisahkan.

**********

Keesokan paginya, Imani kelihatan duduk termenung di laman rumah sewanya. Sudah hampir satu jam dia meratapi nasibnya di situ. 'Macam mana nak angkut semua barang ni balik?'

Kepalanya digaru. 'Abah ni pun. Last minute baru nak bagitahu tak dapat datang. Mana aku nak cari kereta?'

Satu keluhan dilepaskan. Tinggal dia sendiri yang belum keluar dari rumah sewa itu. Rakan-rakan yang lain sudahpun berangkat pulang ke kampung masing-masing.

'Takkan nak kena call Aydin? Ahh.. orang tua tu pun satu hal jugak. Tiba-tiba hilang. Kalau tak jadi kahwin bagitahulah awal-awal.'

Rambutnya diikat satu. 'Kalau call Shauki... takkan nak pikul semua ni atas motor pulak.'

Bunyi hon bertalu-talu di luar pagar mematikan lamunannya. Imani angkat wajah. Sebuah Triton hitam menyapa pandangan.

'Siapa tu? Laki-laki kiriman tuhankah?'

Seorang lelaki bercermin mata hitam dengan t-shirt kelabu dan seluar jeans keluar dari kereta itu. Rambut yang mencecah bahu diikat.

'Hidup lagi tunang kesayangan aku ni rupanya ya. Kenapa macam makin hot?' liur ditelan kesat. Hatinya berdebar melihat Aydin semakin menghampiri.

"Semua ni ke?" soalnya dingin.

Imani kerut wajah. "Hah? Apa?" aduh, khayal pula dia tengok kekacakkan Aydin.

Aydin tidak mengulang semula soalan tadi sebaliknya terus mengangkat barang-barang Imani lalu diletakkan di belakang Triton itu.

"Kereta baru ke?" soal Imani cuba meredakan suasana sepi.

Tiada jawapan.

"Macam mana tahu saya nak balik? Abah bagitahu ke?"

Masih tiada jawapan.

Aydin terus memunggah barang-barang tanpa mempedulikan kewujudan Imani.

"Awak nak air?"

Senyap lagi. 'Eyyy orang tua ni dah kenapaaaa...'

Sudahnya Imani pun membisukan diri dan membantu memasukkan barangannya ke dalam kereta. Sewaktu berselisih dengan Aydin, Imani sempat mengelak ke tepi namun lengannya terguris pembaris besi yang terjulur keluar dari beg yang dipegang Aydin.

Imani menyeringai tanpa suara melihat lengan kanannya yang sudah bergaris merah. Aydin hanya memandang sekilas lalu.

'Ala kenapa dia tak peduli?' rajuk hatinya. 'Tak nak kahwin dengan dia baru tahu!' Imani masih berdiri di tempat sama, memerhati Aydin yang langsung tak pedulikannya.

"Ouch, sakitnya tangan..." Imani cuba memancing perhatian.

Masih tiada respon. Lelaki itu masih fokus mengangkat barang.

"Baby saiyyaaangg... look, a scratch!" Imani menunjukkan lengannya yang merah.

Aydin masih pura-pura tak endah. Padahal hatinya berbunga riang dipanggil begitu. Sengaja dia membiarkan egonya berkuasa. Pedih di hati masih belum terubat.

Kenapa?

Kisahnya, Aydin datang majlis konvo Imani hari tu. Tapi tak dimaklumkan terlebih dahulu pada Imani. Konon-konon surprise la kannn. Sekali dia pulak yang ter'surprise' bila tengok Imani mesra-mesra dengan Kimi.

'Terciduk bhai. Apa dia ingat aku tak sayang dia ke? Aku tak cemburu?' satu keluhan dilepaskan.

"So what you want me to do? Cium lengan awak? Boleh, come here."

Terus saja Imani mencicit lari menjauh. Seram pulak tiba-tiba. "Lepas ni kita pergi makan, boleh? Lapar." perutnya ditepuk-tepuk.

Selesai semuanya, Imani berjalan menuju ke rumah tuan rumah yang letaknya selang dua pintu bagi memulangkan kunci.

"Assalamualaikum, abang Ghani." Imani menyapa Ghani yang sedang ralit mengelap Y15 nya.

"Wa'alaikumsalam, Iman." Ghani menghampiri pagar.

"Ni kunci rumah. Semua dah kemas. Terima kasih banyak-banyak ya, abang Ghani. Kami minta maaf kalau sepanjang kami menyewa, ada perbuatan kami yang abang Ghani tak berkenan."

Ghani mengangguk sambil tersenyum. "Abang pun nak ucap terima kasih jugak. Maafkan abang atas segala kekurangan kat rumah tu."

PIINNN!

Imani dan Ghani serentak menoleh. Aydin sudah menanti di dalam kereta.

"Boyfriend ke tu?"

Imani sengih. "Saya minta diri dululah ye. Assalamualaikum."

"Wa'alaikumsalam."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience