t.i.g.a.p.u.l.u.h.e.n.a.m

Romance Completed 7788

Aydan kembali ke hospital membawa beberapa helai pakaian untuk Aydin yang masih lagi setia menanti Imani.

Masih terbayang di matanya bagaimana Fairuz mencengkam leher Imani tanpa belas. Mujur saja mereka dapat mengesan lokasi telefon bimbit Imani dan akhirnya berjaya menyelamatkan gadis itu. Terlambat sedikit, pasti mereka sudah kehilangan Imani.

"Bro, go change your baju," Aydan keluarkan sehelai t-shirt lalu disuakan kepada kembarnya itu.

Senyap.

"Change your shirt. Kotor dah tu." Aydan cuba memujuk Aydin menukar baju yang basah berlumuran darah.

Aydin menurut sambil mengeluh. Luka selaran pisau yang agak dalam dan panjang di dadanya sudahpun dirawat dan dibalut kemas oleh jururawat bertugas.

'Confirm berparut.' Bisik hati kecil Aydan.

Sewaktu Aydin cuba menyelamatkan Imani, Fairuz tiba-tiba mengeluarkan pisau yang disisip di pinggang seluar. Belum sempat Aydan bertindak, pisau itu sudahpun selamat menoreh dada kembarnya. Mujur tidak ditikam. Kalau ditikam, entah apalah nasib Aydin.

Imani masih belum sedarkan diri. Doktor kata keadaannya tidak kritikal namun masih perlu dipantau rapi.

Aydin meraup wajah. Ikutkan hati, mahu saja dia belasah Fairuz sehingga mati. Mujur polis tiba sebelum hal yang lebih buruk berlaku. Fairuz kemudiannya dibawa ke balai untuk tindakan lanjut.

Tangannya mengelus lembut leher Imani yang lebam dek cengkaman kuat Fairuz.

"I'm sorry, sayang. I'm so sorry..." rintihnya sayu.

**********

Imani hanya mampu bersembunyi melihat ibunya dipukul dan dipijak oleh tiga orang perompak. Tubuh kecilnya menggigil hebat menahan tangis.

Tiada apa yang mampu dilakukan oleh anak kecil sepertinya.

Seketika kemudian suasana bertukar sepi. Hilang suara jeritan ibunya. Imani mengumpul sedikit keberanian untuk mengintai.

Bukk!

Ibunya jatuh menggelupur di hadapannya sambil memegang leher yang sudah dikelar tanpa belas oleh si penyamun.

"ARGHHHHH!!!"

**********

Aydin terkejut dengan jeritan Imani. Lantas dia berdiri meraih pipi gadis itu.

"Imani! Imani! Wake up!" dielus-elus pipinya.

Imani terus meraung dan menangis ketakutan dengan mata yang masih terpejam. Tragedi itu memang kerap menghantui ketika tubuhnya dalam keadaan lemah. Tragedi yang takkan dapat dipadamkan dari ingatan sampai bila-bila.

"Sayang! Hey, wake up!"

Mata Imani terbuka luas. Nafasnya turun naik tak terkawal. Tanpa sedar lengan Aydin dicengkam kuat.

"Imani," Aydin memanggil lembut. "Sayang."

Aydin memegang wajah Imani dan melihat jauh ke dalam matanya. "You're safe now."

Imani mula teresak-esak lalu memeluk erat tubuh suaminya.

'Ibu...' hatinya merintih sayu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience