d.u.a.p.u.l.u.h.s.e.m.b.i.l.a.n

Romance Completed 7788

Imani merangkak lesu ke katil usai memuntahkan isi perutnya di bilik air. Wajahnya sembab, matanya pula merah dan bengkak kerana menangis. Sungguh dia terkilan dengan sikap Aydin yang memilih untuk tidak percayakannya.

Mata dipejam dengan harapan apabila dia sedar dari lena nanti, demamnya akan kebah. Puas dipujuk dirinya sendiri supaya tidur namun fikirannya tetap saja mahu mengulangtayang peristiwa dua hari lepas.

Entah ke mana suaminya menghilang. Nak dihubungi, sah-sah takkan dapat sebab telefon bimbit lelaki itu masih terpacak elok pada skrin tv. Nak bertanya pada keluarga mertua, bimbang nanti hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

Imani mengeluh. Comforter dipeluk erat. "Ibu... Iman rindu." Esaknya kembali lagi. "Iman tak salah, ibu..." Akhirnya dia tewas dek keletihan menangis.

Deringan telefon bimbit mengganggu lenanya. Nama pemanggil dilihat sekilas. Butang hijau ditekan. "Shauki."

"Iman, abah... abah dah tak ada."

"Em? Abah pergi mana?" Mata yang kelat digosok perlahan.

"Abah accident... on the way balik kerja tadi."

"Hah?" Imani bingkas duduk. "Tak kelakar, Shauki!" herdiknya, geram.

"Aku tak buat lawak pun!" Suara Shauki turut sama naik.

Ya Allah... abah...

"Kau kat mana?" tangisan Imani makin hilang kawalan.

"Hospital."

Imani melihat jam di dinding. Lagi 15 minit menginjak 12 malam. 'Ya Allah... abah...'

Imani gagahkan diri menukar pakaian. Mana pulak nak dapat teksi malam-malam macam ni?

Air mata dikesat. Wajah Aydan menerpa di minda. Nasib baik Imani ada simpan nombor telefon lelaki itu. Sekali lagi butang hijau ditekan. Imani gelisah menanti panggilan bersambung.

"Yes, sisturrr?" sapa Aydan di hujung talian. Dia yang sedang mengambil angin malam di anjung dengan papanya sedikit kehairanan bila menerima panggilan itu.

"Aydan, I need to go to the hospital! Right now!" katanya dalam esakan yang makin menggila.

"Hey, hey! Chill! Kenapa ni?"

"Abah accident! Please! I need your help!"

Aydan terdiam. "Ok--- okay okay! Where's Aydin?"

Hah? Mana Aydin? Nak jawab apa? "Aydin outstation... Please Aydan! Please---"

"On my way!"

Talian dimatikan. Imani menanti Aydan di luar rumah. Tangisannya masih belum reda. "Abaahhh... kenapa buat Iman macam ni..." teriaknya. Tak dihirau lagi jika ada jiran tetangga yang hairan melihatnya menangis di luar rumah tengah-tengah malam. Jiwanya berantakan, remuk... hancur.

Lebih kurang 10 minit kemudian, sebuah Triton hitam berhenti tepat di hadapannya. Habis laju dah Aydan bawa kereta. Semua bonggol dirempuh saja. Sepanjang perjalanan, Aydan tak pernah berhenti dari cuba menghubungi Aydin.

"Iman, masuk!" Encik Suffian menegur Imani yang sudah seperti orang hilang arah dari tempat duduk sebelah pemandu. Gadis itu angkat wajah seketika sebelum cepat-cepat meloloskan diri ke tempat duduk belakang.

Masing-masing senyap. Cuma tangisan Imani yang kedengaran. "Abahhh... abahhh... Ya Allah..."

Sampai saja di hospital, Imani terus mencari kelibat Shauki. Tubuhnya terasa lemah namun tetap juga digagahi. Doa tak putus-putus mengharapkan semua itu cuma gurauan bodoh dari Shauki.

Imani lihat Shauki sedang berjalan mengekori seorang jururawat yang menolak sebuah stroller diiringi dua pegawai polis.

"Sh--- Shauki..." Imani bertatih lambat-lambat ke arah mereka. Encik Suffian berdiri rapat memaut lengan menantunya itu. Bimbang jika gadis itu terjatuh tiba-tiba.

"Iman... abah..." Shauki melihat ke arah sekujur tubuh yang sudah ditutupi kain. Pantas Imani menarik kain itu.

"Abahhh!" Imani meraung semahunya. Hancur hati melihat abah kesayangan sudah terbujur kaku tidak bernyawa. "Kenapa tinggalkan Iman?! Abah kenapa tinggalkan Iman?! Abah memang tak sayang Iman! Bangun abah! Abah!!"

"Iman! Istighfar, Iman!" Encik Suffian menarik gadis itu dari terus menggoncang tubuh arwah.

"Kenapa abah tinggalkan Iman?! Iman nak ikut abah!" Imani terduduk lemah melihat jenazah Encik Tahir dibawa pergi.

"Abaaahhhh!"

Sehabis tenaga dia meraung hingga dunianya jadi kelam tiba-tiba. Yang terakhir didengar adalah suara Encik Suffian menyuruh Aydan memanggil jururawat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience