d.u.a.p.u.l.u.h.e.n.a.m

Romance Completed 7788

Keesokan harinya Aydin membawa Imani pulang ke rumah Encik Suffian kerana Mem Lea mengajak mereka makan tengahari bersama.

Selesai makan tengahari, Imani melilau mencari Aydan. Ada sesuatu yang ingin ditanyakan pada kembar suaminya itu. Kebetulan pula Aydin tiada kerana Mem Lea minta bawa dia ke kedai.

Aydan sedang duduk membelek kamera di hadapan kolam renang. "Yo, sis! Can I help you?" soalnya sebaik menyedari kehadiran Imani.

Imani melabuhkan punggung di sebelahnya. Berjarak. Bimbang disalahtafsir oleh mata yang melihat. "I have a few questions." Jujurnya.

"Shoot."

Sesekali Imani mengerling ke arah lelaki itu. Wajahnya sama seperti Aydin. Cuma rambutnya pendek dan anak matanya berwarna coklat.

"Kenapa Aydin macam dingin-dingin, tak banyak cakap and... at one point dia macam possessive?" soalnya terus-terang tanpa dalih.

Aydan senyum. "Mana dia?"

"Keluar dengan Mem."

"Okay, good." buatnya dia dengar apa yang mereka bualkan, haru oi! "I'll cut to the chase. Dulu dia tak macam tu. Macam mana Iman nampak personaliti saya, macam tu jugaklah personaliti Aydin. Tidaklah 100% sama tapi lebih kurang." Aydan sengih.

"Then, he fell in love. Madly in love with this one girl. Dari sekolah menengah sampailah final year kat uni. Almost 4 to 5 years together."

Aydan letak kamera ke bawah. Kakinya dilunjurkan ke dalam kolam. "First semester in final year, the girl ajak bertunang. So they did. Mama memang reluctant sangat-sangat masa tu. Dia minta both of them habiskan study dulu tapi the girl insisted."

Aydan pandang Imani yang begitu khusyuk mendengar. "After four months, the girl ajak Aydin kahwin. Of course mama dengan papa tak bagi. Kerja pun belum macam mana nak tanggung anak orang."

Nafas dihela.

"Aydin pun fikir benda sama. So dia minta the girl sabar dulu, bagi dia grad and get a job first. Lepas dipujuk, the girl pun setuju untuk tunggu dulu, no rush. Tapi lama-lama relationship diorang jadi relationshit la." Aydan ketawa. "Asyik gaduh. Benda kecik pun jadi gaduh."

Imani mendengar penuh tekun.

"Lepas grad, dapat tahu yang sebenarnya the girl dah pun kahwin few days before graduation. Can you imagine that?"

Imani terkedu.

"Dia boleh tibai kahwin dengan orang lain sedangkan masa tu dia tunang Aydin. Can you imagine betapa bullshit-nya benda yang Aydin kena lalui?" kakinya menguis-nguis air di kolam.

"Masa tu Aydin memang heartbroken gila babi. Lama jugak baru dia boleh move on. Tapi tu la. Dia upgrade jadi Aydin Max Pro pulak."

Pecah tawa mereka.

"Dia jadi kurang nak bercakap. Muka annoying, ya Rabbi... macam minta penampar!"

Imani termangu. Jarinya memintal hujung tudung. "What... should I do to win his heart?" malu sebenarnya nak tanya... tapi... ahh! Lantak sana! Malu, rugi!

Aydan ketawa. "You already won his heart! Kalau tak, takkanlah dia beriya ajak Iman kahwin?"

Wajah Imani berkerut penuh bingung.

"Sejak mama hire Iman kerja, dia rajin balik rumah ni. Sebelum tu memang susah nak nampak batang hidung dia kat sini."

"Seriuslah?"

Aydan angguk. "Dia siap cari tahu your house, your parents. And dia cakap kat mama and papa yang dia nak kahwin dengan Iman. Masa tu we all rasa mamat ni dah gila." Aydan ketawa. "Mama kata kalau Iman sudi, why not?"

"Turns out, dia berjaya dapat Imani. And here you're now. A part of our family." katanya berserta senyuman manis. "Thank you, Iman." ucapnya ikhlas.

"Tapi kenapa dia macam dingin je dengan Iman? Iman tak tahu apa salah Iman."

Aydan mengeluh perlahan. "Entahlah. Mungkin dia masih malu-malu nak expose his feelings. Atau dia masih trauma lagi dengan kisah lama." Aydan diam seketika. "Or maybe Iman ada buat dia cemburu?"

"Hah?" Imani mula berfikir.

"Dia tu pemalu. Memang susah nak teka apa yang dia rasa. Cemburu pun boleh tahan jugak tu. Lagi-lagi bini lawo cenggini."

Ketawa.

"Anyways, Iman pujuklah dia sampai dia reveal perasaan dia. Perempuan kan pandai memujuk."

Imani mencebik. Semua kata-kata Aydan berlegar-legar di mindanya.

'So, aku memang dah dapat cinta dia? Dah tu kenapa dia buat perangai budak tadika macam tu?'

"Thanks ya." Imani berdiri, mahu masuk ke dalam rumah.

"Iman," panggilnya. Gadis itu menoleh. "Good luck!" sebelah mata dikenyit.

Bunyi enjin kereta mematikan perbualan itu. Imani cepat-cepat pergi mendapatkan Mem Lea.

"Mem beli apa?" soalnya sambil menjeling beg plastik yang dijinjit Aydin.

"Santan dengan jagung. Mama nak buat lepat jagung." balas Mem Lea dengan senyuman.

Imani beralih pula ke Aydin. Lengan lelaki itu dipaut. "Anything for me?"

Aydin berhenti melangkah. Beg plastik dibuka menunjukkan isi di dalam. Plastik Kinder Bueno white chocolate dibawa keluar. Memang dia beli untuk isterinya pun.

Lebar sengih gadis itu. Imani mengisyaratkan agar Aydin tunduk, seperti mahu berbisik sesuatu ke telinganya. Sebaik Aydin tunduk...

"Muahh!" Imani mengucup pipi kanan Aydin sebelum cepat-cepat berlalu pergi mendapatkan Mem Lea di dapur.

Aydin? Debooorrr jantung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience