d.u.a.b.e.l.a.s

Romance Completed 7788

Seperti yang sudah Imani jangka, dirinya dihujani dengan pelbagai soalan.

"Apasal mamat tu ajak kau kahwin?"

"Itu boyfriend kau ke?"

"Kau ada boyfriend ke selama ni?"

"Kenapa kau acah-acah tak kenal dia awal-awal tadi? Gaduh ke?"

"Kau tak nak kat dia ke? Kalau tak nak, boleh pass kat aku tak?"

"Macam mana kau boleh kenal dia?"

"Eh, dia anak dato' ke?"

Imani hanya mampu sengih sebelum menyembamkan wajahnya ke meja. Bibirnya melepas keluhan berat.

"Mana nasi akuuu..... aku laparrr....." rengeknya tiba-tiba, mematikan semua bicara. Wani tahan ketawa. Faham benar dengan respon Imani. Itu tandanya, takkan ada jawapan untuk semua soalan tadi.

Imani angkat wajah. "Bang, nasi saya mana?" soalnya pada pelayan yang sedang mengambil pesanan di meja berhampiran. Pelayan itu mengangkat tangan memintanya untuk bersabar seketika.

"Kusut aku tengok kau. Betulkan rambut tu!" arah si Tasya. Imani hanya membalas dengan pandangan kosong. Kusut yang Tasya rasa takkan sama dengan kusut yang sedang melanda jiwanya.

"Iman! Iman! Iman!"

Imani panggung wajah mendengar namanya disorak pelajar lelaki. Imani tayang muka blur. "Apahal korang ni?" soalnya, hairan.

Kimi menghampiri. Hujung lengan sweater gadis itu ditarik agar bangun mengikutinya. Dengan malas dia mengekor.

"Iman, tolong aku Man!" Harith separuh berbisik.

"Aku takde duit." balasnya laju.

"Eh kau ni! Bukan nak pinjam duit. Kau nampak awek tu?" Tubuh Imani dipusingkan ke satu arah. "Tu yang tudung hijau tu." Kata Harith sambil memuncungkan bibirnya.

"Alaaaa...." Imani merengek. Dah tahu sebab dia diseru ke pentas tu. "Takde mood laaa...."

"Pleaseeee, please Iman!" Harith buat muka sedih. "Satu lagu je! Aku janji!"

Kimi hulur sepasang drumstick kepada Imani. Gadis itu merenung tajam ke arahnya. "Aku lapar ni, Kimi. Kau sengih-sengih, silap-silap kau yang aku telan dulu."

Makin lebar senyuman Kimi. 'Untuk kau, aku sanggup ditelan berkali-kali, Iman.' getus hati kecilnya.

Sejujurnya, Imani agak terkenal dan sering menjadi perhatian pelajar lelaki. Cuma gadis itu yang tak tahu dirinya selalu menjadi bualan.

Suasana restoran itu hingar seketika dengan sorakan dari rakan sekelas mereka sebaik drumstick bertukar tangan. Imani tarik muka. "Aku lapar tahu?" omelnya sendiri.

"Iyaaa, iyaaa... nanti aku belanja makan lagi, ok?" Harith memujuk.

"You better keep you promise, bro." Imani melabuhkan punggung di belakang set drum. "Main lagu apa ni?" soalnya, tenang.

"Drugs and candy."

Imani angkat kening. "Takpe ke lagu macam tu?"

"Cincai!" balas Harith selamba.

Di satu sudut dalam keramaian pelanggan restoran itu, Aydin tak kalih pandangan dari memerhati tingkah Imani.

She really is something!

**********

"Kau la cakap!" Wani tolak Tasya.

"Eh, apa aku pulak? Kau la!" Tasya tolak Wani pula. Hampir 15 minit mereka begitu hingga akhirnya Aydin yang buka mulut dulu.

"Can I help you, ladies?" soalnya dengan senyuman segaris.

"Encik ni boyfriend Imani kan?" soal Wani. Aydin tidak mengangguk, tidak juga menggeleng.

"Ada apa ya?"

"Imani demam. Kitorang nak checkout tengahari ni. Balik pulak naik bas."

Aydin mendengar penuh minat. "So?" Tangannya disilangkan.

"So... we're thinking if you can bring her back home. Kesian pulak kalau biar dia naik bas demam-demam macam tu. Tak selesa."

"Lagipun dia kalau tak sihat, dia senang muntah. Kalau dia muntah dalam bas, habislah."

"Saya masih ada program. Petang ni baru check out." Aydin seluk saku jeansnya. "Ni access card my room. Suruh dia tunggu saya kat situ la."

Tasya dan Wani mengangguk beberapa kali.

"Wait, dia tahu ke you guys suruh dia balik dengan saya? Dia tengah merajuk tu, karang mogok tak nak balik susah pulak."

"Akan diuruskan!" balas Wani laju.

**********

"Iman..." Tasya memanggil dari luar pintu bilik air yang tertutup rapat. "Kau ok tak?" Wani rasa nak ketuk kepala sendiri dengan soalan bodohnya. Dah jelas-jelas orang tu demam muntah-muntah lagi mau tanya ke?

"Tak nak balik naik basssss...." Imani merengek. Pintu dibuka. Wajah tak bermaya Imani terjengul. Imani jarang-jarang tak sihat. Tapi bila tak sihat, memang teruk sampai muntah-muntah. Sebab tu dia sebolehnya tak nak naik bas bila tak sihat. Risau nanti termuntah, harum semerbaklah bas tu nanti.

Wani cepat-cepat papah Imani duduk di birai katil. "Takpe beb! Kitorang dah tolong fikir macam mana kau boleh balik tanpa perlu naik bas."

**********

Imani termangu sendirian di dalam bilik Aydin. Hatinya menyumpah geram. Ini rupanya cara yang diorang fikirkan supaya dia tidak perlu pulang menaiki bas.

Tubuhnya direbahkan ke katil. Sebelah tangan diangkat lalu diletakkan ke dahi. Nafasnya terasa panas membahang. Panadol di genggaman tangan kanan sekadar direnung sepi. Dia terlalu lemah untuk bangun mencari air.

"Ahh.. biarlah. Tidurlah kejap. Bangun nanti baru makan ubat." ujarnya perlahan sambil membungkus tubuhnya dengan comforter.

'Em..ada bau dia...'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience