t.u.j.u.h

Romance Completed 7788

Cuti semester sudah habis. Imani kembali sibuk dengan kuliahnya di semester akhir. Dia juga sudah tidak bekerja dengan Mem Lea lagi kerana faktor jarak dan batasan waktu.

Dan sudah lama juga dia tidak melihat Aydin. Lelaki yang pernah membuat jiwanya bergetar hebat.

"Imaann..." Fairuz meleretkan suara. "Nah, chocolate hazelnut."

'Ahh.. rezeki.' Imani senyum. "Thanks."

"So... Iman join tak trip kelas yang diorang sembang dalam whatsapp tu?"

Imani garu kepala. "Redang ke Pangkor yang menang vote?"

"Pangkor menang sebab dekat sikit. Join?"

"Of course la."

"Iman, jom tengok wayang malam ni." Fairuz mengajak, penuh harapan. "Spiderman far from home. Nak?"

Bulat mata Imani. "Nak! Kau ni memang best!" Imani senyum gembira. "Malam nanti ambil aku kat rumah sewa."

Imani tahu Fairuz meminatinya. Biarpun lelaki itu tidak pernah menyuarakan isi hati, namun gerak geri dan percakapannya sudah jelas mempamerkan perasaannya terhadap Imani. Mereka sudah berkawan sejak semester satu lagi. Waktu itu Fairuz bukanlah seperti Fairuz yang sekarang. Dulu dia gemuk, kulitnya gelap. Sunburn.

Hanya Imani yang tidak segan untuk berkawan dengannya. Selepas beberapa ketika, Fairuz nekad mahu berubah. Dan sekarang dia berada dalam senarai 'cute boys' para siswi.

Tapi dia masih tiada keyakinan untuk meluahkan isi hatinya pada Imani.

"Menung jauh tu. Sampai Selat Melaka dah ke?" soal Imani, menyentak lamunan Fairuz.

**********

Tepat jam 8.15 malam, Fairuz tiba di hadapan rumah sewa Imani. Mendengar deruman enjin Duke itu, cepat-cepat dia keluar. Fairuz menghulur topi keledar kepadanya.

"Nah, pakai beg galas aku ni," Imani mengarah. Fairuz julingkan mata. Faham sangat dah. Kalau bawa Imani naik motor, memang Imani akan memintanya menggalas beg.

"Kasi chance la." Fairuz mengusik.

"Jangan nak mengadalah! Nanti free-free je kau rasa benda yang tak sepatutnya." Imani menyilangkan tangan rapat ke dada. Takkanlah nak biar dadanya terkena tubuh lelaki itu kan?

Imani paut bahu Fairuz dan memanjat naik ke atas motor. "Jangan laju-laju. Aku tak kahwin lagi ni," pesannya.

Fairuz sengih.

**********

Mereka berjalan beriringan masuk ke perkarangan TGV di Central i-City. Sedang mereka leka berbual dan bergelak ketawa, Imani terlanggar seseorang. Cepat-cepat Imani menoleh.

Popcorn lelaki itu sudah bersepah di lantai.

"Sorry, sorry! Saya tak sengaja!"

Lelaki itu garu kening. Sekumpulan lagi lelaki yang berada dengannya bersorak nakal.

"Jodohkah?" usik temannya.

"Tunggu jap eh. Saya pergi beli yang baru." Imani mahu ke kaunter makanan namun dihalang lelaki itu.

"It's okay. Dah tak nak makan pun. Kitorang pun dah nak balik."

"Oh." Imani mengangguk.

"Josh." Lelaki itu menghulurkan tangan memperkenalkan diri.

"Iman." Balasnya, menyahut huluran tangan lelaki itu. Tanpa sengaja Imani terpandang ke arah salah seorang teman Josh.

Imani terkaku. Aydin?

"Iman, let's go!" Fairuz segera menarik lengan Imani, mengajaknya beredar.

Imani tertoleh-toleh melihat ke arah Aydin yang masih merenungnya tajam. Imani yakin itu Aydin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience