s.e.b.e.l.a.s

Romance Completed 7788

Wani dan Tasya hanya memerhati gelagat Imani yang lebih banyak termenung itu. Entah apa yang difikirkan. Sudah ditanya berulang-kali namun gadis itu enggan bercerita.

'What if you got pregnant?' kata-kata itu terus menghantui Imani.

'What if you got pregnant?' Imani meraup wajah. Kepalanya terasa berdenyut.

'What if you---'

"Iman!" Wani menjerit nyaring.

Imani angkat muka dan terkaku melihat sebiji bola yang menuju laju ke arahnya. Cepat-cepat dia pejam mata dan memalingkan muka.

Sedetik.

Dua detik.

'Eh? Mana bolanya?' Imani buka mata. Aydin sedang berdiri tegak di hadapannya bersama bola yang tersasar tadi. "Sorry." Aydin ukir senyum segaris sebelum berlalu pergi mendapatkan teman-temannya.

"Weh, weh, weh! Ya Allah! Hensemnya!" Wani berbisik sambil menepuk-nepuk bahu Tasya.

"Weh... aku pun sanggup kena bola tu." balas Tasya tidak menghiraukan bahunya yang pedih ditampar Wani.

"Kau okay ke Iman? Aku dah cuba selamatkan kau. Aku panggil kau banyak kali. Nak tolong tangkap bola tu memang sorry la. Tak larat aku nak berlari." jelas Wani.

Imani mengangguk. "Aku okay." matanya memerhati Aydin dan rakan-rakannya yang kembali bermain bola tampar tidak jauh dari tempat Imani dan yang lain-lain sedang menikmati angin petang.

Lama sangat Imani hanyut melayan perasaan hingga tidak sedar kehadiran Aydin di situ. Sedar-sedar saja sudah riuh.

"Kau tak nak try mamat tadi tu? Sumpah cool dia berlari nak tangkap bola dari terkena muka Iman!" Tasya mencuit bahu Trisya yang memang terkenal dengan kepantangannya melihat lelaki kacak.

"Tu la weh! Aduhhh... i rasa i dah jatuh cinta!" balas Trisy. Tanpa berlengah, Trisy menghampiri kumpulan Aydin.

Tasya dan Wani tercengang melihat keberanian gadis itu. Berani atau tidak tahu malu? Hmm...

Entah apa yang dikatakan oleh Trisy hingga sesekali Aydin menoleh ke arah Imani yang masih leka memerhatinya.

'Lelaki hensem ajak kahwin. Kau tak nak ke? Betul tak nak?' soal hati kecilnya.

'It's not about rupa lah!' balas hatinya.

'Yeeeelah tu.' hatinya seakan mentertawakan dirinya sendiri.

"Korang!" Trisy berlari penuh sopan ke arah mereka.

"Macam tengok intro Baywatch." bisik Wani perlahan. Tasya tahan ketawa.

"Those guys ajak friendly match!"

Wani angkat tangan, surrender. "Mintak hampun, hakak tak reti. Pergi ajak budak laki sana."

Trisya mencebik lalu pergi mengumpulkan beberapa pelajar lelaki kelas mereka. Hanya Kimi, Harith, Taha, Pian dan Naim yang mahu turut serta manakala yang lain masih sibuk dgn snorkelling.

"Imaaaaniiii...." Trisya meleretkan suara. "You kan minat sukan-sukan ni. Jomlah kejap."

Ah, sudah.

"Kau yang beriya tadi kan? Kau je la yang main!" Ujar Tasya sedikit jengkel.

"Ala... i baru buat kuku. Nanti rosak." Trisya menggoyangkan jemarinya. "Jomlah Iman. Daripada duduk termenung takde arah macam ni, baik you pergi keluarkan peluh. Betul tak?"

Imani diam. Kepalanya digaru kasar. Fikiran berserabut! 'Aaaarghh! Letih otak! Kejap lagi la fikir nak kahwin ke tak.'

"Okay." Imani membetulkan rambut yang sudah kucar-kacir. Diikat lalu disanggul tinggi. Dia melangkah seiring dengan Taha dan Kimi. Manakala yang lain sudah pun berada di hadapan. Sesekali pandangan matanya bertemu dengan Aydin namun Imani terus berlagak tenang.

Perlawanan bermula. Masing-masing mula menunjukkan kehandalan. Yang paling menjadi perhatian tentulah Imani kerana hanya dia satu-satunya perempuan di dalam pasukan lelaki yang juga menentang pasukan lelaki.

Rakan-rakan mereka galak bersorak di luar gelanggang. Seketika, Imani terlupa langsung tentang masalahnya. Dia mampu senyum dan ketawa seperti biasa, mengundang getar di hati Aydin. Perwatakan bersahaja gadis itulah yang pernah mencuri hatinya dulu.

Hampir 40 minit berlalu, ramai ahli pasukan Aydin yang angkat tangan, menyerah kalah. "Tak laratlah, oii! Abam-abam ni dah three series. Ada yang four series. Mana mampu nak lawan stamina remaja muda belia macam korang." kata salah seorang rakan Aydin.

"Alamak... seri ni macam mana nak kasi settle?" balas Harith sambil ketawa.

"Alahh... kira korang jelah menang!" balas rakan Aydin yang lainnya. "Jom, aku belanja korang semua coconut milkshake kat sana tu!" tambahnya lagi.

Maka bersorak gembiralah semua teman sekelas Imani bila 'dipayung' benda free. Siapa tak suka, ye tak?

Imani melepaskan ikatan rambutnya, dibiar terbuai ditiup angin. Peluh di dahi diseka beberapa kali.

"So?" soal Aydin tiba-tiba. Imani sedikit terkejut. Entah bila Aydin berdiri di sebelahnya.

"Apa?" soalnya kembali dengan kerutan di dahi.

"Marry me?" balas Aydin selamba, di hadapan teman-teman Imani.

"Whatt?!!" Tasya, Wani dan Trisy jatuh rahang.

Imani? Jadi udang rebus. Merah muka menahan malu! Cepat-cepat Imani melarikan diri. 'Habislah aku kena soal macam-macam nanti ni!!'

Aydin setia mengekor di belakang. Berjalan santai dengan kedua tangan di dalam poket seluar. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Seronok sekali dapat mengusik gadis itu!

"Stop it, will you?!" Imani memusing tubuh tiba-tiba menyebabkan Aydin terlanggar dirinya.

Aydin undur setapak. "Stop what?"

"This 'marry me' thing!"

"Tak nak."

"Kenapa?"

"Saja tak nak. I'll do what i want."

Imani cebik. "Encik dah gila ke?"

Aydin angkat bahu. "Emm... maayybee."

Imani mati kata. Wajahnya diraup kasar beberapa kali. "Kenapa encik merumitkan keadaan?"

"I'm not. You are." Aydin maju setapak membuatkan Imani spontan terundur. "You just have to say yes to my proposal." Aydin maju lagi setapak. "But, you're playing hard to get."

Imani ketap rahang. "I am not playing hard to get and for god sake, i don't want to marry you. Isn't that clear enough?" tuturnya sepatah-sepatah. 'Apa masalah dia ni? Berapa kali dah aku cakap tak nak! Sedap je kata aku jual mahal!'

"Awak sure?" Jarinya diangkat tepat ke arah perut Imani. "Kalau 'benih' malam tadi jadi baby, how?" Aydin terus memprovok. 'Aahhh! I want this girl badly!'

"Okay, okay! Kita kahwin!" Imani merengus kasar. Aydin sorok senyum gembira dengan jawapan itu.

"Good choice." balasnya ringkas. "I'll call you later to arrange things," Aydin tunduk, sedikit berbisik, "Until then, please take care and be careful not to get tricked again. Macam malam tadi." Juntaian rambut di dahi Imani dikuis dengan hujung telunjuk.

"Kalau saya tak mengandung?" Imani tepis tangan Aydin.

'Then, i shall make you mengandung!' balas hatinya, nakal. Aydin cuma melemparkan senyum dan berpaling pergi. "See ya."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience