"Lya I nak tanya you something boleh tak?" Soal Heriqh pada Lya semasa mereka berdua berada di dalam kereta. Sekadar ingin memecahkan tembok kesunyian antara mereka.
"Tanya je lah." Balas Lya. Dia masih marah kerana dia telah dipaksa terima ajakan Heriqh untuk keluar bersama oleh mamanya!
"Mana ayah you? I tak nampak pun dekat rumah tadi?" Soal Heriqh dengan berhati-hati pada Lya. Takut sekiranya dia terlepas cakap.
Lya terkejut mendengar soalan itu. "Actually I anak yatim piatu, mama ambil I sebagai anak angkat kebetulan mama kawan baik arwah mummy."
"Oh, sorry." Baru Heriqh tahu Lya adalah seorang anak yatim piatu. "Suraya pula? Dia adik kandung ke atau adik angkat?" Soal Heriqh lagi.
"Su anak mama dengan arwah suami mama. I tak tahu siapa suami mama dulu sebab mama ambil I sebagai anak angkat masa umur I 10 tahun dan suami mama pula dah meninggal dunia masa tu." Jawab Lya lagi.
Heriqh menganggukkan kepala tanda faham. "So, you takde saudara mara yang lain? Mak cik you ke."
"Arwah mummy dan papa I dibesarkan di rumah anak yatim piatu juga. So, memang takde lah jawabnya."
"You pula?" Soal Lya pula pada Heriqh. Dia tak berminat pun nak ambil tahu tentang hidup Heriqh cuma dia tertanya-tanya. Tu je!
"Sama dengan you. Anak yatim piatu. Arwah abah I meninggal dunia sebab accident dengan lori dan arwah ibu I pula meninggal dunia lepas lahirkan I. Yang besarkan I adalah wanita yang I paling sayang dalam dunia. Nenek I." Jawab Heriqh sambil tersenyum mengenangkan neneknya yang dia sangat rindu!
"Kita nak pergi mana sebenarnya?" Akhirnya, soalan itu keluar juga dari mulut Lya setelah lama berada di dalam kereta Heriqh.
"Adalah, rahsia." Jawab Heriqh bersama ketawa kecil.
Lya menjeling tajam pada Heriqh selepas mendengar jawapan yang keluar dari mulut Heriqh.
"KITA dekat mana ni?" Soal Lya yang baru sahaja terjaga dari lena. Matanya meliar memerhatikan kawasan sekeliling. Banyak tumbuhan hijau di sekelilingnya dan sebuah rumah berada di hadapan mereka sekarang.
"Ni kampung I." Jawab Heriqh bersama senyuman. Berjaya juga dia bawa Lya jumpa neneknya. Dia sudah berjanji dengan dengan neneknya untuk membawa seorang perempuan yang akan menjadi bakal isterinya. Itu adalah sebuah impiannya. Mungkin belum jadi bakal isteri tapi tak lama lagi jadi lah tu!
"Kampung you?" Lya terkejut. Jam tangan dikerling sekilas. 10:00 pagi. Patutlah Heriqh beritahu mamanya akan hantar dia balik rumah petang.
"Jom masuk, jumpa wanita yang I paling sayang dalam dunia ni." Ajak Heriqh masih bersama senyuman. Pintu kereta dibuka dan dia melangkah keluar dari perut kereta.
Lya menelan air liur sekejap. Takut pula dia nak jumpa dengan nenek Heriqh yang Heriqh ni pun satu kenapa tiba-tiba bawa dia?
"Assalamualaikum, nek!" Heriqh memberi salam sebaik sahaja sampai di hadapan rumah. Pintu rumah neneknya sentiasa dibuka luas dari pagi hinggalah masuk maghrib baru ditutup.
"Waalaikumussalam!" Kedengaran suara tua seorang wanita menyambut salam. Halina berjalan perlahan menuju ke arah pintu hadapan.
Heriqh tersenyum mendengar suara neneknya. Dari luar dia sudah terhidu bau kari ayam yang dimasak oleh neneknya. Mesti sedap!
"Eh, Riqh?" Halina terkejut. Dia segera memeluk Heriqh. Rindunya pada Heriqh tak terhitung. "Kenapa tak bagitau nenek nak datang?" Laju tapak tangan Halina naik menampar perlahan bahu Heriqh.
"Saja, nak surprise kan nenek!" Heriqh mengalihkan pula pandangannya ke arah kereta. Nampaknya, Lya masih belum keluar. "Sekejap ya nek." Heriqh berjalan mendekati Lya yang masih berada di dalam kereta. "Lya keluar lah."
"I takut lah! Nanti nenek you marah I!" Balas Lya sambil sesekali matanya melirik ke arah nenek Heriqh.
"Kenapa pula nenek I nak marah you? Marilah, atau you nak duduk je dalam kereta ni sampai balik?" Soal Heriqh pula. Lya ni belum apa-apa dah fikir macam-macam!
"Okay fine. I keluar." Heriqh undur setapak ke belakang bagi memudahkan Lya melangkah keluar dari perut kereta. Pintu kereta ditutup. Terasa segar udara di sini. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup menyapa tubuh badan mereka.
Sementara itu, di dalam rumah Halina tersenyum melihat Lya yang baru sahaja keluar dari perut kereta. Dia dapat mengagak apa yang bakal Heriqh katakan sebentar lagi.
"Jom." Heriqh mengajak Lya untuk berjumpa dengan neneknya.
Lya mengikuti langkah kaki Heriqh ke depan pintu rumah.
"Nek, perkenalkan Lya Sarah bakal isteri Riqh." Heriqh memperkenalkan Lya pada Halina.
Bulat mata Lya mendengar kata-kata Heriqh. Berkerut seribu dahi Lya sambil matanya tajam merenung Heriqh yang masih dengan riak selambanya.
"Opss!" Heriqh ketawa kecil saat melihat renungan tajam dari Lya. "Maksud, Riqh belum jadi bakal isteri tapi tak lama lagi jadilah tu!" Sambung Heriqh pada Halina.
Halina ketawa kecil. Ni mesti kes Heriqh belum dapat pujuk Lya yang telah Heriqh kenalkan padanya tadi. "Mari masuk Lya, Riqh." Pelawa Halina pada Lya dan Heriqh.
"ASSALAMUALAIKUM." Ezzan mengetuk pintu bilik seraya memberi salam.
Dina terkejut saat mendengar suara garau Ezzan dan ketukan di pintu. Jantungnya berdegup kencang.
"Saya masuk." Tangan Ezzan naik memulas tombol pintu seraya melangkah masuk ke dalam bilik Dina. Pagi tadi mereka berdua telah diijabkabulkan dan dengan sekali lafaz Dina Sofea sah menjadi miliknya insya-Allah akan kekal selamanya.
Dina menelan air liur saat melihat Ezzan telah masuk ke dalam bilik. Terasa janggal hanya mereka berdua sahaja yang berada di dalam bilik walaupun baru sahaja menikah.
Ezzan menghampiri katil untuk membaringkan tubuh badan. Kepalanya tiba-tiba berasa sakit pula.
"Err, Ezzan." Dina berjalan ke arah Ezzan yang terhenti tepat di tepi katil saat mendengar dia memanggil.
"Ya?" Ezzan menunggu bicara dari Dina.
"Awak... arr!" Secara tidak sengaja Dina tersandung kakinya sendiri apabila jari kaki kanan Dina terlanggar tumit kaki kirinya dan dia hilang keseimbangan. Akibat itu Dina terlanggar badan Ezzan dan mereka berdua jatuh ke atas katil.
Ezzan terkejut. Jantungnya berdegup laju. Dina betul-betul berada di atas badannya tika ini.
"Dina...!" Deelah yang ingin berjumpa dengan Dina terus sahaja menceroboh masuk ke dalam bilik Dina dan terlupa tentang Ezzan. "Astaghfirullah hal 'azim! Sorry!" Deelah yang telah separuh langkah masuk ke dalam bilik telah salah faham melihat keadaan Dina dan Ezzan itu keluar semula dan menutup pintu.
Ezzan dan Dina terkejut saat melihat Deelah masuk ke dalam bilik. Habis merah wajah Dina saat ini. Dina cuba untuk bangun dari terus berada di atas badan Ezzan namun kain pengantinnya pula menghalang.
Ezzan yang melihat Dina seperti susah untuk bangun segera melingkari pinggang Dina dengan tangannya dan mengubah kedudukan mereka. Kini Ezzan berada di atas badan Dina.
"Apa yang a...awak nak buat ni?" Dina terkejut dengan tindakan Ezzan.
Ezzan diam tidak menjawab kemudian dia segera bangun dan turun dari katil. "Saya keluar dulu." Balas Ezzan seraya melangkah keluar dari bilik.
Enjoy Happy reading Sorry lambat (:
Share this novel