5 - Crush

Romance Series 12467

"Ermm, sedapnya!" Puji Lya pada Suraya. Suraya kalau bab memasak memang pandai! Kalau ikut tadi Lya memang nak terus tidur tapi perutnya tiba-tiba merasa lapar dan tepat pada masanya Suraya baru panaskan ayam masak merah untuk dia. "Su tak makan ke?"

"Tak lah, kak. Su dah kenyang." Jawab Suraya. Dia tersenyum melihat Lya yang makan dengan lahap.

"Untung siapa dapat Su. Dah lah cantik lepastu pandai masak pula tu!" Puji Lya bersama nasi yang masih dalam mulut.

Suraya ketawa kecil mendengar bicara Lya. Sampai sekarang dia masih belum ada hati dengan mana-mana lelaki kerana hanya ada seorang lelaki yang bertakhta di hatinya. Dari dulu sehingga lah sekarang.

"Su belum jumpa ke dengan lelaki idaman Su tu? Yang Su cakap dari sekolah menengah kan Su suka dia?" Soal Lya. Dia selalu dengar Suraya bercerita tentang 'crush' Suraya sejak dari zaman persekolahan.

"Belum." Jawab Suraya dalam nada sedikit kecewa.

"Tak apa. Kalau dah jodoh takkan ke mana Su. Lain kali, Su terus aje confess dengan lelaki tu. Baru tak melepas! Dia pun bukannya tahu Su suka dekat dia. Dia seumur dengan Kak Lya kan?"

"Haah." Suraya mengangguk kepala tanda setuju.

"Apa nama dia?" Dah berbuih dah mulut Lya menyoal nama lelaki itu pada Suraya tapi hampa. Suraya merahsiakannya.

"Adalah, rahsia. Tak boleh tahu."

Kan! Suraya masih merahsiakan nama lelaki itu daripadanya.

"Bagi tahu lah Kak Lya. Mana tau Kak Lya boleh tolong lepas tahu nama dia?" Lya memujuk.

Suraya memikirkan kata-kata Lya. Ada betulnya juga! "Boleh kalau macam tu. Nama dia He..."

"Su? Lya? Belum tidur lagi?" Salimah menghampiri kedua anak perempuannya.

"Haah mama." Jawab Suraya dan terus terlupa ingin memberitahu Lya nama 'crush'nya.

"BUKA PINTU! BUKA PINTU NI SEKARANG!"

Kedua belah tapak tangan Dina naik menekup telinganya. Dina menggigil ketakutan. Di luar rumahnya, ada sekumpulan lelaki datang menagih hutang yang arwah ayahnya belum bayar.

Sebentar tadi, dia telah memanggil kakaknya, Deelah agar segera pulang dan menolongnya.

"KAU SIAPA HAH?" Kedengaran bunyi bergaduh di luar sana.

Dina semakin takut. Dia menangis teresak-esak. Dia takut jika penagih hutang memecahkan pintu dan masuk ke dalam rumah.

"DINA!" Ezzan segera membuka pintu dengan kunci yang telah diberi oleh Deelah agar pergi tolong menyelamatkan Dina.

Dina terkejut. Itu bukan suara Deelah tapi suara lelaki yang dia begitu kenal. Aril Ezzan!

"Dina. Awak okey?" Ezzan menghampiri Dina yang sedang duduk di belakang sofa sambil menekup telinga.

"Kenapa awak yang datang? Kenapa bukan Kak Deelah? Lagi satu, macam mana awak boleh masuk dalam rumah ni?" Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Dina.

"Kak Deelah minta saya tolong awak dan Kak Deelah bagi saya kunci rumah ni." Jawab Ezzan dengan nada rendah dan lembut. Dia tak ingin sakitkan hati Dina lagi setelah apa yang terjadi semalam.

Dina bingkas berdiri. Jarinya naik menyeka air mata yang membasahi pipi dan berlalu pergi dari situ.

"Dina!" Mujur Ezzan sempat sambut Dina yang sedikit lagi hendak jatuh.

Dina terasa pandangannya tiba-tiba gelap dan dia pening.

Tanpa teragak-agak Ezzan mencempung badan Dina dan didudukkan ke atas sofa. "Awak dah makan?" Soal Ezzan kerana setahunya sejak pagi lagi penagih hutang berada di hadapan rumah Deelah.

"Awak balik lah." Lain yang Ezzan tanya, lain yang dijawab oleh Dina.

Ezzan menarik nafas panjang sebelum dihembuskan perlahan. Dah datang perangai degil Dina. "Awak bersiap lah dulu. Saya tunggu dekat sini lepastu kita keluar makan."

"Tak nak. Bukan ke hari ni awak nak balik bandar?" Soal Dina pula geram dengan sikap Ezzan yang suka memaksa.

"Tak jadi." Jawab Ezzan acuh tak acuh. "Dah lah pergi bersiap sekarang."

"Saya tak nak! T.A.K N.A.K! Tak nak!" Tengking Dina sambil mengeja satu-persatu ejaan 'tak nak'.

"Awak jangan degil boleh tak? Awak tahu tak saya belum balik bandar sebab awak?" Nada suara Ezzan mulai tinggi.

Dina tergamam. "Sebab saya? Sebab apa? Sebab awak rasa bersalah?" Dina bernada sarkastik.

"Sebab saya nak awak selamat!" Jawab Ezzan geram.

"Kenapa..."

"Awak nak bersiap sendiri ke atau nak saya yang siapkan awak?" Soal Ezzan memintas percakapan Dina.

Dian tersenyum sinis. "Awak berani ke?"

Ezzan tersenyum nakal. "Try me." Kaki Ezzan melangkah setapak ke hadapan dan setapak lagi sehinggalah betul-betul berdiri di hadapan Dina.

Berdegup kencang jantung Dina saat ini. Hangat terasa nafas Ezzan menampar wajahnya. Takut juga dia kalau Ezzan betul-betul buat seperti yang Ezzan cakap. "A...awak jangan macam-macam! Saya je...jerit baru tahu!" 'Kenapa aku tiba-tiba jadi gagap pula ni?'

"Jerit lah. Saya bukannya kisah pun. Awak kena ingat kita dua je yang ada dekat dalam rumah ni." Ezzan cuba menakutkan Dina. Hakikatnya, dia tak berani pun nak apa-apakan Dina.

"Okey, okey!" Dina mundur setapak ke belakang apabila melihat Ezzan ingin maju lagi. "Saya bersiap! Tapi awak kena tunggu dekat luar!" Dina mengalah akhirnya.

"Okey. Saya tunggu dekat luar awak jangan pula tak datang kalau tak saya..." Ezzan cuba mengugut.

"Saya datang! Saya datang!" Dina telah berlari masuk ke dalam biliknya.

Ezzan ketawa kecil.

SURAYA tersenyum saat melihat bunga mawar berwarna ungu diletakkan di atas kaunter. Dia mendongakkan kepalanya ingin melihat pelanggan yang membelinya dan Suraya tergamam. Jantungnya berdegup kencang. Dia berdiri kaku. Wajah itu! Wajah seorang lelaki yang dia cari selama ini, yang dia jatuh hati, yang dia pendam perasaan selama lapan tahun!

"Tolong bungkuskan." Pinta Heriqh pada juruwang bertudung yang sedang kaku memandangnya. Heriqh tersenyum teringat tentang Lya. Dia tak sabar ingin melihat riaksi Lya saat menerima bunga mawar berwarna ungu ini atau lebih tepat lagi bermaksud cinta pandang pertama.

"Hah?" Suraya tersedar.

"Tolong bungkuskan." Pinta Heriqh sekali lagi apabila Suraya seperti tidak dengar dengan apa yang dia katakan.

"Oh, ya." Teringin sekali Suraya tanya pada siapa Heriqh ingin beri bunga ini. Bukan dia tak tahu bunga mawar berwarna ungu ini bermaksud cinta pandang pertama. 'Kau kena sedar diri Su. Sayang dan cinta kau pada dia hanya sekadar bertepuk sebelah tangan.' "Untuk girlfriend ke?" Suraya bertanya pada Heriqh seperti 'juruwang peramah' namun hakikatnya allah sahaja yang tahu tika ini. Jantungnya seakan ingin pecah! Tapi walau macam mana pun dia perlu juga bertanya.

"Tak."

Huh! Suraya lega mendengar jawapan yang keluar dari mulut Heriqh. Suraya tersenyum lebar.

"Tapi untuk seorang perempuan yang istimewa dalam hati I." Sambung Heriqh sambil tersenyum.

Jantung Suraya seakan berhenti mendengar sambungan jawapan yang keluar dari mulut Heriqh. Fikirnya tadi dia masih berpeluang menghuni hati Heriqh tetapi dalam sesaat yang lalu peluang itu hancur berkecai seperti hatinya saat ini.

"BELUM baik lagi tangan awak?" Soal Ezzan pada Dina saat ternampak garis merah di kedua belah pergelangan tangan Dina semasa mereka dalam perjalanan ke gerai makan yang terkenal di kampung. Rasa bersalah mencengkam hati Ezzan. Dia sedar dia tak patut berkasar dengan Dina.

"Haah." Jawab Dina pendek. Semalam dia dah nekad untuk tak nak bercakap lagi dengan Ezzan setelah hal yang berlaku. Tapi lain pula yang jadi pada hari ini.

Ezzan menghentikan kereta. Dia menghembuskan nafas perlahan.

"Kenapa stop? Kita dah sampai ke?" Tanya Dina hairan. Matanya meliar memerhatikan kawasan sekeliling. Takde pun gerai mahupun orang jual makanan. Hanya jalan di kampung sahaja. "Kenapa stop? Kereta rosak ke?" Tanya Dina lagi seraya mengalihkan pandangan tepat pada Ezzan.

"Sorry." Serba salah betul riaksi wajah Ezzan saat ini. "Saya tak sengaja sakitkan awak. Saya sedar saya salah sebab dah lukakan hati awak dan dah sakitkan awak." Kini kedua belah tangan Dina ditarik. Sepasang mata milik Ezzan tepat menatap wajah Dina.

"Tak apa. Awak tak salah pun. Saya yang salah sebab tak terima kenyataan." Dina menarik kembali kedua belah tangannya.

"Mungkin lambat laun saya dapat terima awak. Awak jangan risau, okey?" Ezzan tersenyum tawar memandang Dina.

Dina tidak menjawab sebaliknya dia menyandarkan badan ke kerusi dan pandangannya dialihkan ke luar cermin kereta.

"Saya harap kita masih dapat berkawan macam biasa." Kata Ezzan sebelum dia menghidupkan enjin kereta dan meneruskan perjalanan.

Enjoy^-^ Happy reading (:

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience