21 - Pujuk

Romance Series 12467

"You nak apa Heriqh?" soal Lya malas. Dia baru sahaja ingin melelapkan mata dan... seperti biasa Heriqh akan mengganggu proses tidurnya. Tak boleh ke satu malam je Heriqh beri dia ketenangan untuk melelapkan mata?

"Takde apa. Cuma I rindu dia. Nak dengar suara dia. Rindu." jawab Heriqh dengan nada gula yang terlebih gula!

"I nak tidur Heriqh. Dah malam dah ni." balas Lya pula geram. Dia masih cuba menahan rasa marah di dada. Harap tak meletup lah. Dia malas nak nak lancarkan bom malam-malam.

"Tidurlah. Ke nak I dodoi kan?" Heriqh ketawa kecil di hujung ayatnya. Sengaja mengusik Lya. Bukan Heriqh Sufian namanya kalau tak kuat mengusik.

Mungkin bagi Heriqh ianya sebuah usikan tapi bagi Lya pula ianya sangattt ANNOYING! Lya menghela nafas panjang. Udara di sedut dalam-dalam agar bertenang. Jangan panggil singa betina yang dah nak melelapkan mata. "You... ARR!" Lya terkejut. Niatnya ingin memarahi Heriqh terbantut. Nafasnya mulai tidak teratur. Dadanya berombak kencang. Jantungnya berdegup laju. Dia takut! Air mata bertakung di kelopak mata. Hanya menunggu untuk jatuh.

"Lya! Lya you kenapa ni?" Nada suara Heriqh di dalam talian semakin risau. "Dia! Dia! Dia! Lya! Lya Sarah! Cik Dagu Dua Alam!" Sengaja dia memanggil begitu untuk memancing Lya. Tapi hampa. Tiada balasan.

"Heriqh..." Terdengar esak tangis Lya.

"Lya kenapa ni? Jangan buat I takut!" Heriqh menjerit sekali lagi. Hatinya diragut kerisauan.

"Hujan dekat luar. I takut kilat dan guruh. Takut sangat." jawab Lya bersama tangisannya. Tak jadi terus nak 'baham' Heriqh dengan suara dan nadanya. Nasib baik berpihak pada Heriqh kali ini.

"You cakap you ngantuk kan tadi? Okey macam ni. You ada earphone?..." Heriqh memberi arahan dan Lya melakukan seperti yang disuruh. "You dah baring?"

"D...dah." Tersekat-sekat suara Lya menjawab. Ketakutannya masih bersisa.

"Close your eyes, dia." arah Heriqh lembut.

Lya memejamkan matanya. Akur seperti yang di arahkan.

"Malam..."

~Malam bantu aku 'tuk luluhkan dia.
Bintang bantu aku 'tuk tenangkan dia
Dari rasa cemburu, dari rasa curiga
Kar'na hati ini kusimpan hanya untukmu

Tenangkan dirimu, kau terlalu jauh
Sebenarnya aku tak seburuk itu
Semua perjuanganku di belakang dirimu
Semata kar'na ku tak mampu hidup tanpamu~

Heriqh menyanyikan lirik lagu Semata Karenamu nyanyian asal Mario G Klau dalam slow version dan berhenti setelah mendengar dengkuran halus di sebalik talian. Dia tersenyum.

"ANJE, Fea ada nak tanya sikit ni." Setelah selesai solat subuh, Dina menarik tangan Ezzan dan mereka duduk bersama di birai katil.

Gulp! Liur ditelan untuk menghilangkan rasa gusar di hati. 'Fea tahu ke yang aku keluar dengan Lya kelmarin? Bukan pergi bengkel.'

"Betul ke anje pergi bengkel kelmarin?" soal Fea. Mata Ezzan dia tenung dalam-dalam. Cuba mencari kebenaran di sebalik sepasang mata hitam milik Ezzan.

Ezzan terkejut. Soalan yang dia takut akan timbul akhirnya muncul. Terasa tersekat mulutnya untuk menjawab soalan Dina.

"Fea nampak anje di mall dengan perempuan lain kelmarin. Siapa dia tu?"

•

"ASTAGHFIRULLAH HAL 'AZIM!" Ezzan terkejut. Degupan jantungnya saat ini seperti dia baru sahaja selesai membuat larian pecut. 'Kenapa aku mimpi Fea tahu pasal aku keluar dengan Lya kelmarin? Ke memang Fea tahu hal sebenar? Mungkin aku terlampau fikir kot sebab tulah sampai termimpi-mimpi.' Ezzan cuba menyedapkan hati sendiri.

"Anje dah bangun?" Dina melabuhkan punggung di sebelah Ezzan yang masih baring. "Fea baru teringat nak kejutkan."

Ezzan tidak menjawab sebaliknya dia hanya merenung wajah manis Dina. 'Betul ke Fea tahu hal sebenar?'

"Fea tahulah Fea makin cantik, makin comel tapi tak payahlah nak tenung sampai macam tu!" Dina ketawa kecil. "Dah nak masuk subuh ni. Anje pergilah mandi." sambung Dina lagi.

Ezzan sudah dalam posisi duduk. Dia bersandar di kepala katil. "Jom teman anje mandi."

"Fea dah mandi dan dah ada wuduk." balas Dina bersama senyuman mengejek.

Ezzan tidak membalas. Dia hanya menatap wajah manis Dina. 'Aku ni jahat ke sebab masih tak dapat lupakan Lya dan sanggup tipu isteri aku sendiri?'

ESOKNYA,

Heriqh menapak ke ruang tamu. Susuk tubuh seseorang dicari. Meliar matanya ke sekeliling rumah. Tiada. Di bilik dan tandas pun tiada. Mahupun di dapur. 'Habis tu, dekat mana lagi?'

"Abang Riqh cari nenek ke?" soal Suraya lebih kepada meneka apabila melihat Heriqh seolah mencari seseorang.

"Haah. Nenek pergi mana?" soal Heriqh pula. Dia melangkah ke arah Suraya yang sedang duduk di sofa sambil menonton televisyen. Memang itu adalah hobi kegemaran Suraya jika balik kampung.

"Nenek keluar jumpa Nek Sumi. Nenek pesan dekat abang Riqh ada mee goreng udang, favorite abang Riqh dekat atas meja. Nanti abang Riqh makanlah." balas Suraya. Lega hatinya setelah selamat menyampaikan pesanan nenek. Dia kalau bab-bab amanah ni, seriau sikit!

Heriqh mengangguk-angguk kepala tanda faham. Dia baru sahaja memusingkan badan ke belakang untuk melangkah ke arah dapur tapi terhenti apabila otaknya tiba-tiba menghantar idea yang bernas! Bukan juga bernas... cuma hanya idea untuk mengenakan adik tak diiktirafnya.

"Kenapa abang?" soal Suraya pelik apabila melihat Heriqh memusingkan badannya kembali dan tersenyum nakal padanya. Mesti nak kenakan orang ni!

"Jadi maksudnya cuma kita berdua jelah dalam rumah ni?" Senyuman mengejek lebar menghiasi bibirnya.

"Abang Riqh jangan macam-macam! Aya tahulah kita dah lama tak gaduh tapi time sekarang ni JANGAN cari gaduh dengan Aya! Benda-benda macam ni kita tak boleh buat main. Aya tak nak kena kahwin paksa dengan abang Riqh." tegas Suraya dan baru tersedar sesuatu. 'Aya tak nak kena kahwin paksa dengan abang Riqh. Betul ke?'

"Siapa cakap abang Riqh nak kahwin paksa dengan Aya? Tak payah paksa, abang Riqh rela jabat tangan dengan tok kadi!" balas Heriqh pula. Sekadar bergurau. Dia anggap Aya tak lebih dari seorang adik. Seorang. Adik.

Semakin meruntun jiwa Suraya mendengar gurauan Heriqh. Ya. Dia tahu Heriqh hanya bergurau. Dia kenal Heriqh sudah lama. Heriqh seorang yang kuat bergurau, sampai kadang-kadang nak je dia humban Heriqh ke dalam laut, biar kena makan dengan ikan jerung. Selalu bergurau tak kena tempat! "Habis tu, Kak Lya?" Sepasang mata Suraya tajam merenung wajah Heriqh. Menanti jawapan.

"Kak Lya sentiasa di hati. Dia jadilah madu Aya. Amacam? Aya sudi?" Heriqh menyambung gurauannya. Suka benar dia mengusik dan bergurau-senda dengan Suraya. Sementelah mereka telah lama tidak bertemu dan bila berjumpa semula, dialah manusia paling happy di muka bumi ini!

Suraya gelak. Dia sepatutnya tahu Lya akan sentiasa kekal di hati Heriqh. Dia bukan yang pertama mahupun yang terakhir di hati Heriqh. Dia patut sedar kedudukannya dengan Lya. Jauh seperti langit dan bumi.

"Aya takde suka sesiapa ke?" Kali ini Heriqh bernada serius. Matanya juga tepat memandang wajah Suraya. Menanti jawapan.

"Ada." Suraya membalas pandangan Heriqh. "Tapi dia suka orang lain." Satu keluhan berat terlepas dari mulutnya tanpa sengaja. Wajahnya tunduk memandang jari-jemarinya. Terbang impiannya untuk melihat Heriqh menyarungkan cincin nikah mereka pada jari manisnya.

"Aya betul-betul suka dia ke?" Heriqh menyoal lagi. Tiba-tiba dia teringat kisah dulu di mana dia pernah menolak perasaan suka Suraya padanya atau lebih dikenali sebagai reject pada zaman sekarang. Perit weyh!

Suraya angguk. Bukan setakat suka je, tapi dah sayang. Cinta? Mungkin. Lapan tahun kot dia simpan perasaan ni. Dia simpan erat-erat dalam hati dan tak pernah bagi lepas. Cuma sekarang ini...lebih baik dia lepaskan. Untuk kebaikan dirinya juga.

"Tapi dia suka orang lain?" Heriqh mengulangi jawapan Suraya. Jari telunjuk dan ibu jarinya naik menyentuh dagu persis seorang detektif. Sangat! "Aya dah try confess?"

"Dah. Tak jalan juga." Haah. Dia pernah luahkan perasaannya pada Heriqh dan ditolak mentah-mentah oleh Heriqh. Akibat dari kejadian itu, dia trauma untuk meluahkan perasaan suka lagi pada seseorang selepas ini.

"Jadi Aya nak buat apa sekarang?"

"Move on. Itu jelah jalannya." Berat hatinya ingin terima perkataan 'move on'. Kerana ia tak semudah seperti yang disebut. Move. On.

"Ngam lah tu. Try to say goodbye to who not yours. That's good." balas Heriqh mengeyakan.

Alhamdulillah, Done update! Happy reading ^~^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience