"Jadi, Lya ni anak angkat Salimah ke?" Soal Halina terkejut setelah Lya menceritakan kisah hidupnya padanya.
"Haah, nenek kenal mama ke?" Soal Lya pula turut sama terkejut.
"Nenek kenal mama kamu. Lain kali, kalau datang sini lagi ajak lah mama dan adik sekali ya. Rindu nenek dekat dia orang!" Balas Halina teruja.
"Okey, nek. Insya-Allah." Balas Lya.
"Teh tarik dah sampai!" Heriqh menapak ke arah ruang tamu sambil menatang dulang berisi beberapa gelas dan teko teh tarik.
"Dah lama dah nenek tak rasa teh tarik Riqh! Terima kasih Riqh sudi buatkan nenek teh tarik lagi." Ucap Halina tulus dari hatinya.
"Takde apalah nek! Sampai bila-bila Riqh akan selalu buatkan nenek teh tarik!" Balas Heriqh pula bersama senyuman manis.
"THANK you." Ucap Lya pada Heriqh sebelum melangkah keluar dari perut kereta.
"Sama-sama." Balas Heriqh pula bersama senyuman manis.
•
"Assalamualaikum." Lya memberi salam seraya mengetuk pintu rumah.
"Waalaikumussalam." Kedengaran suara Suraya menjawab salam dan membuka pintu rumah dari dalam. "Kak." Suraya tersenyum sebaik sahaja wajah Lya menyapa pandangannya. Namun, senyumannya mati selepas melihat Heriqh yang baru sahaja turun dari kereta dan berjalan mendekati mereka.
"Eh, you tak balik lagi?" Soal Lya terkejut melihat Heriqh yang tiba-tiba sahaja berdiri di tepinya.
"I nak jumpa bakal mak mentua I sekejap." Jawab Heriqh mengusik Lya.
Lya menahan senyumannya. 'Tadi kenalkan aku dekat nenek sebagai bakal isteri sekarang nak cop mama sebagai bakal mentua pula?'
"Are you blushing?" Heriqh tersenyum melihat pipi Lya yang dah serupa macam warna tomato.
"Tak lah!" Bantah Lya. Matanya tepat menatap wajah Heriqh.
Buat seketika mata Heriqh dan Lya bertembung membuatkan jantung mereka berdegup laju.
'Mata dia. Hidung dia, bibir dia, senyumannya, kata-katanya, wajahnya, sikapnya. Semua tu yang buat aku jatuh hati pada dia.' Getus Heriqh dalam hati. Matanya menilik wajah Lya.
'Kalau difikirkan balik Heriqh ni comel juga!' Puji Lya dalam hati setelah menilik wajah Heriqh.
Suraya yang melihat kejadian itu menggenggam kuat bawah bajunya. Air mata mulai bergenang di tubir mata. Tidak betah dia berdiri lama-lama melihat kejadian itu, dia melangkah pergi dari situ.
"Su siapa yang datang?" Soal Salimah pada Suraya yang baru sahaja ingin melangkah ke tangga.
"Hah?" Suraya terkejut saat melihat Salimah telah berdiri di hadapannya.
"Su... kenapa ni?" Salimah mulai risau melihat mata Suraya yang berkaca-kaca.
"Eh takde apalah ma! Su selesema, sebab tu mata berair." Jawab Suraya seraya menukar riak wajahnya. "Apa mama tanya tadi?"
"Oh." Lega hati Salimah mendengar jawapan daripada Suraya. "Mama tanya siapa yang datang?" Salimah mengulangi soalannya.
"Abang Heriqh dengan Kak Lya." Jawab Suraya sekali lagi.
"Mana dia orang? Kenapa tak masuk?" Soal Salimah lagi.
"Biasalah ma, orang muda-muda baru bercinta! Tak tahu apa yang dia orang buat dekat luar tu." Suraya ketawa kecil seakan bergurau. "Su naik atas dulu ya, ma." Pinta Suraya seraya melangkah pergi.
Salimah menganggukkan kepala sambil melangkah menuju ke arah pintu rumah dan dia tersenyum melihat Lya dan Heriqh yang sedang berada di hadapan pintu rumah. "Ehem!" Salimah berdehem menyentakan renungan antara Heriqh dan Lya.
"Eh, ma?" Lya mengalihkan pandangannya ke hadapan dan terkejut melihat kini Salimah yang berada di hadapan pintu rumah.
"Sampai bila nak tenung satu sama lain? Tak nak masuk ke?" Soal Salimah bersama ketawa kecil.
"Tak apalah, aunty. Lagipun, Heriqh datang ni cuma nak beritahu next week aunty, Lya dan Suraya bersiap lepastu Heriqh bawa kau orang pergi jumpa nenek Heriqh." Balas Heriqh bersama senyuman.
"Nak masuk meminang ke?" Soal Salimah pula terkejut.
"Ma!" Lya membantah. Ada sampai ke situ pula mamanya fikir!
"Ehh, tak lah! Nenek cakap nenek kenal aunty. Ni pun nenek yang suruh sampaikan dekat aunty. Nenek jemput kau orang tidur dekat rumah." Jawab Heriqh membetulkan.
"Siapa nenek kamu?" Berkerut seribu dahi Salimah.
"Halina."
"Hah? Halina? Patutlah!" Salimah sudah tersenyum lebar. "Okey, macam ni minggu depan kalau kami semua dah ready aunty suruh Lya call Heriqh ambil kami, okey?" Salimah meminta kepastian.
"Okey, boleh." Balas Heriqh bersama senyuman.
"Ni Heriqh tak nak masuk ke?" Soal Salimah lagi bersama ketawa kecil.
"Tak lah. Heriqh datang ni pun cuma nak bagitau yang nenek jemput aunty sekeluarga pergi rumah minggu depan je. Okey lah aunty. Heriqh balik dulu. Assalamualaikum, bye."
Salimah hanya menganggukkan kepala membalas kata-kata Heriqh.
"Bye future wife." Sempat lagi Heriqh melirik dan menegur Lya.
Lya hanya terpinga-pinga malu mendengar kata-kata Heriqh.
"Ada orang dah jatuh hati ke tu?" Usik Salimah melihat Lya yang terpinga-pinga malu.
"Hah? Tak lah! Kami kawan je lah, ma. Heriqh tu yang lebih-lebih." Bantah Lya.
"Yelah tu! Percayalah cakap mama, Lya dah jatuh hati dekat Heriqh dah sekarang ni cuma Lya belum sedar je." Balas Salimah kemudian melangkah pergi meninggalkan Lya yang sekali lagi terpinga-pinga di situ.
Lya terdiam. Kata-kata Salimah terngiang-ngiang di telinganya.
"ASSALAMUALAIKUM, Mak Lina." Tangan Salimah naik menyalami tangan Halina.
"Waalaikumussalam." Halina tersenyum melihat Salimah kemudian matanya meliar mencari seseorang. "Mana Aya?" Soalnya pada Salimah.
Heriqh tersentak. Dahinya berkerut seribu. Sudah lama nama itu tidak singgah di pendengarannya.
"Nek." Suara lunak seorang perempuan menyapa pendengaran Halina. Dia kenal suara itu.
"Assalamualaikum, nek." Giliran tangan Suraya pula naik menyalami tangan Halina. Rindu sangat dia pada Halina.
"Aya ke?" Halina meminta kepastian. Sungguh dia ingin sahaja memeluk perempuan di hadapannya saat ini jika benar perempuan di hadapannya ini adalah Suraya.
"Haah nek." Balas Suraya seraya segera memeluk Halina. Dia ingin meluahkan segalanya pada Halina saat ini. Hanya Halina sahaja yang faham isi hatinya tika ini.
"Aya!" Halina mengeratkan lagi pelukan mereka berdua.
Heriqh terkejut mendengar jawapan Suraya. Patutlah pertama kali lihat Suraya macam kenal. 'Rupanya-rupanya, Aya!' Heriqh melangkah mendekati Suraya dan Halina. "Dah besar dah Aya rupanya. Patutlah abang Heriqh tak kenal."
Suraya hanya tersenyum tawar. Kini dia hanya memikirkan ingin membuang perasaan sukanya pada Heriqh. Nak buat macam mana cinta bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi...
"Su kenal nenek ke?" Soal Lya pula terkejut. Terpinga-pinga dia di situ.
"Haah masa mama pergi jumpa Kak Lya, Su tinggal dengan nenek." Jawab Suraya.
"Dah lah, mari kita makan." Pelawa Halina pada mereka semua.
"AYA makin cantik nenek tengok. Mesti dah ada yang punya kan?" Usik Halina pada Suraya. Saat ini mereka sedang bersantai sambil minum petang di pondok. Manakala, Salimah pula meminta izin untuk berehat dalam bilik.
Suraya tersenyum pahit mendengar usikan Halina. "Mana ada lah nek. Siapa je yang nak Aya ni?" Soalan dibalas soalan. Mata Suraya terhenti pada Heriqh dan Lya yang baru sahaja keluar dari rumah dan berjalan pergi. Jalan-jalan lah tu agaknya.
"Ke Aya masih ada perasaan dekat yang lama?" Soal Halina pula apabila melihat ke mana arah anak mata Suraya.
Suraya segera mengalihkan pandangannya pada Halina. Air mula bergenang di tubir matanya.
"Sini!" Halina berniat memujuk dengan mendepakan tangannya untuk Suraya masuk ke dalam pelukannya. "Shh...shh." Halina menenangkan Suraya yang sedang menangis di dalam pelukannya.
Hati Suraya sakit. Dia boleh terima jika wanita yang dicintai Heriqh adalah bukan sesiapa yang dia kenal. Tapi lain pula yang jadi. Kakak angkatnya sendiri yang dia telah anggap seperti kakak kandung pula menjadi pujaan hati Heriqh.
Enjoy Happy reading (:
Share this novel