Enjin kereta dimatikan. Dia menarik nafas panjang sebelum dihembuskan perlahan. Debaran hatinya kian terasa. Pintu kereta dibuka perlahan dan kakinya dibawa melangkah keluar. Pintu kereta ditutup sambil anak matanya merenung tepat ke arah rumah yang berada di hadapannya.
Segala kenangan manis mahupun pahit terlayar kembali di matanya.
Namun, nafasnya kembali sesak apabila matanya bertembung dengan mata seorang lelaki yang baru sahaja melangkah keluar dari rumah.
Wajahnya segera ditundukkan dari terus bertembung mata dengan lelaki itu. Jantungnya semakin berdebar tatkala lelaki itu berjalan berhampiran dengannya.
Kedengaran bunyi enjin kereta dihidupkan dan tidak lama kemudian, kereta milik lelaki itu keluar dari perkarangan rumah.
Satu persatu air mata dia gugur. Terasa berat kakinya ingin melangkah masuk ke dalam rumah. Hatinya sakit.
"Lya..."
Mendengar namanya dipanggil dia segera mendongakkan kepalanya dan jarinya naik menyeka air mata yang mengalir di pipi. "Mama..."
Enjoy (: Happy reading :)
Share this novel