"Aduh! Tak akan tak sampai lagi?" Tasya mengeluh. Tulah rendah sangat! 'Dah pakai heels pun still tak dapat lagi. Haih!' Dia membebel di dalam hati. Susu kotak perisa kurma dipandang. Bibirnya mencebik. "Try sekali lagi lah." Kakinya dijengketkan sekali lagi sambil tangannya naik ke atas untuk mencapai susu kotak itu. Tapi, hampa. Susu kotak itu masih kekal berada di atas.
Tasya memusingkan badan ke belakang. Fikirnya lebih baik meminta tolong pekerja di kedai itu.
"Nah."
Tasya terkejut. Entah dari mana lelaki di hadapannya ini datang, tiba-tiba sahaja menghulurkan susu kotak berperisa kurma yang dia nak sangat tadi?
"Ambil lah. Tadi saya nampak awak struggle nak ambil susu kotak ni. Jadi, saya tolong ambilkan." Jelas lelaki itu.
Tasya senyum lebar mendengar penjelasan lelaki tersebut. Bersinar-sinar matanya menatap susu kotak yang berada di genggaman lelaki itu. "Terima kasih." Susu kotak bertukar tangan.
"Sama-sama." Lelaki itu turut tersenyum sama dan menampakkan 'senyuman matanya'.
'Comel!' Tasya memuji di dalam hati.
"ANJE! Siapa yang patut marah sekarang ni? Anje ke Fea? Anje yang salah bukan Fea." Dina pandang Ezzan yang berdiri di hadapannya.
"Anje penat. Anje nak naik atas." Laju kakinya melangkah untuk naik ke bilik. Lebih baik dia mengelak dari bergaduh dengan Dina sebelum perkara sebenar terbongkar.
"Tunggu." Tangan Dina naik menyambar tangan Ezzan sekaligus menghentikan langkah Ezzan. "Anje ada hati dekat Lya ke?" soal Fea perlahan menanti jawapan Ezzan. Entah kenapa persoalan itu selalu muncul di benaknya. Seakan-akan itulah jawapan yang sebenar.
"Haah!" Kedua tangan Ezzan naik mencengkam kedua bahu Dina. Tajam matanya menikam sepasang mata milik Dina. "Dari dulu sampai sekarang saya sayangkan Lya! Saya masih tak dapat lupakan Lya walaupun saya dah jadi suami awak. Saya minta maaf." Perlahan kata maaf dilontarkan pada Dina. Dia sedar semua ini berpunca daripada dirinya sendiri.
Dina terkedu. Terasa longlai kakinya. Hatinya bagai direntap kasar. Sepasang mata Ezzan ditatap ingin mencari kepastian. Habis tu siapa dia pada Ezzan? "Jadi sebab apa awak setuju kahwin dengan saya?"
"Sebab...saya kesian tengok awak. Saya fikir lepas saya dah kahwin dengan awak, saya akan dapat lupakan Lya. Tapi saya silap. Saya tetap tak dapat lupakan Lya." jawab Ezzan lagi.
Dina melepaskan diri dari cengkaman Ezzan. "Sebab kesian? Jadi sekarang ni lepaskanlah saya. Awak masih tak dapat lupakan Lya walaupun dah kahwin dengan saya. Jadi lepaskanlah saya!" Naik seoktaf suara Dina. Air mata bergenang di kelopak matanya. Wajah Ezzan ditatap dalam-dalam. Tidak percaya dengan kenyataan yang didengarnya.
"Fea..." Ezzan cuba untuk meraih lengan Dina namun Dina lebih cepat mengelak. "Saya minta maaf. Saya tak boleh lepaskan awak. Kita baru je kahwin. Nanti apa pula orang cakap?" Wajah Dina yang telah basah dengan air mata menyapa pandangan.
"Kalau macam tu kita tunggu beberapa bulan. Atau setahun ke? Then kita cerai. Full stop." Jarinya naik mengelap air mata yang jatuh di pipi.
"Saya tak boleh. Awak isteri saya, Dina Sofea." Tegas nada suara Ezzan.
"Habis tu, siapa yang awak nak sekarang ni? Saya atau Lya?!" Bergema suara Dina menyoal Ezzan. Keliru dia dengan sikap Ezzan. Sekejap, nak Lya. Sekejap, nak dia.
"Awak. Saya nak awak. Saya yakin awak boleh buat saya lupakan Lya walaupun susah." Perlahan sahaja ayat terakhir itu keluar dari mulutnya. Dia perlukan Dina dalam hidupnya.
"Bukan saya yang tak dapat buat awak lupakan Lya. Tapi awak yang tak nak lepaskan Lya dari hati. Saya dah buat macam-macam. Apa lagi yang awak nak? Apa lagi cara untuk saya buat awak jatuh hati pada saya? Untuk jadi isteri yang paling terbaik dalam hidup awak?" Lirih suara Dina berkata.
Ezzan diam. Betul, Dina sudah buat macam-macam. Cuma dia yang buta. Masih tak dapat lupakan Lya. Atau lebih tepatnya dia sendiri yang tak nak lepaskan Lya.
"Saya menyerah. Saya memang tak akan pernah dapat ambil hati awak. Terima kasih untuk status isteri ni, Aril Ezzan." Usai berkata sedemikian, kakinya melangkah pergi dari situ meninggalkan Ezzan. Hatinya perlu dipujuk. Sekali lagi dia sakit kerana lelaki bernama Aril Ezzan.
"KALAU dah sampai bagitahu nenek." Pesan Halina pada Heriqh dan Suraya yang sedang berada di dalam kereta. Mereka berdua dalam perjalanan untuk pulang.
"Okey nek. Bye!" Balas Suraya. Mesti lepas ni dia akan rindukan Halina lagi.
"Jangan lupa makan karipap yang nenek buatkan tu." Tambah Halina lagi. Awal pagi lagi dia sudah berada di dapur untuk menyiapkan kuih karipap kegemaran Heriqh dan Suraya. Suka benar mereka berdua kalau dia yang masak.
"Okey nek, love you! Bye." Giliran Heriqh pula menjawab bagi pihak mereka berdua.
"SUAP abang." Arah Heriqh pada Suraya yang sedang khusyuk menyuapkan karipap ke dalam mulutnya sendiri. Terlalu khusyuk sehingga tinggal tiga biji karipap sahaja dia dalam bekal.
"Nah." Bekal berisi karipap dihulurkan di hadapan Heriqh. Tak kuasa dia nak layan perangai manja Heriqh.
"Suap lah. Abang Riqh kan tengah drive." Arah Heriqh sekali lagi. Sengaja dia hendak mengusik Suraya.
"Eii! Sudahlah paksa orang duduk depan. Lepastu, paksa orang suap dia lagi." Bebel Suraya, geram. Kalau bukan kerana Heriqh bersungguh-sungguh memintanya supaya duduk di hadapan, memang tidak lah dia kena hadap sikap kuat mengusik Heriqh!
"Cepatlah. Aya boleh practice macam mana nak suapkan bakal suami Aya nanti." balas Heriqh pula.
Suraya diam. Bakal suami dia dah sayang orang lain. Siapalah dia ni?
"Aya!!!" Kuat suara Heriqh menyedarkan Suraya kembali.
"Eii, yalah. Nah." Sebiji karipap diambil dan disuapkan ke dalam mulut Heriqh.
"Ermmm, sedap! Patutlah gelojoh Aya makan." Heriqh ketawa di hujung ayatnya.
"Ish! Nah lah. Aya dah kenyang." Bekal diletakkan di atas riba Heriqh. Ikutkan hati nak ja dia hempuk kepala Heriqh dengan bekal itu.
"Abang Riqh gurau jelah. Aya nak balik rumah terus ke? Tak nak singgah mana-mana?" soal Heriqh.
Suraya geleng kepala bagi menjawab soalan Heriqh.
Heriqh senyum lebar melihat gelengan Suraya. "Kalau macam tu kita pergi dating nak tak?" soal Heriqh lagi sambil sebiji karipap disuapkan ke dalam mulutnya.
Suraya terkejut. Laju kepalanya dialihkan memandang Heriqh. Dia salah dengar ke? "Dating?"
"Ya, dating."
"Abang Riqh tak risau ke kalau Kak Lya tahu pasal hal ni?" Duga Suraya. Direnung wajah Heriqh. Kadang-kadang Heriqh seperti bermain dengan hatinya.
"Tak. Sebab kita hanya dating sebagai abang dan adik. Tak lebih dari itu." jawab Heriqh lagi bersama ketawa kecil. Perasaan dia pada Suraya tak lebih dari seorang abang.
Jawapan Heriqh mematikan senyuman Suraya. Dia kembali memandang ke hadapan. 'Abang? Adik? Haih!'
"ABANG Riqh nak bawa Aya pergi mana?" soal Suraya pada Heriqh setelah Heriqh selesai memakirkan kereta di bahagian luar Starlight Mall.
"Aya rabun ke? Kenapa tak pakai cermin mata?" Heriqh bernada sarkastik. Yelah, mana tahu Suraya rabun ke kan? Sampai pusat beli belah sebesar alam ni pun tak nampak.
"Buat apa pergi mall besar-besar ni? Kita nak dating dekat sini ke?" soal Suraya lagi sambil menekan perkataan 'dating'.
"Abang Riqh nak belanja Aya hari ni. Kita kan dah lama tak jumpa. Cepatlah turun." balas Heriqh dan segera melangkah keluar dari perut kereta.
'Aku tak faham betul lah dengan abang Riqh ni. Tak suka, tapi bawa dating, belanja bagai. Oh ya, lupa pula. Bawa dating sebagai abang dan adik.' Suraya membebel dalam hati.
"AYANG... cepatlah." Gesa Heriqh lagi sambil sengaja memanggil Suraya dengan panggilan 'ayang'.
Suraya pula? Apalagi, terkejut lah dia dengan panggilan Heriqh sebentar tadi. Macam nak ketuk-ketuk ja kepala Heriqh dengan batu, biar dia sedar diri sikit. Suka hati ja nak 'ayangkan' orang. Dasar pemberi harapan palsu!
Alhamdulillah, done update Happy reading Selamat Berpuasa semua (:
Share this novel