"Ezzan, dekat rumah Kak Deelah dengan rumah mak dulu awak tidur atas lantai juga. Takkan dekat rumah sendiri pun awak nak tidur atas lantai lagi?" Soal Dina pada Ezzan yang telah membentangkan tilam di tepi bawah katil. Mereka baru sahaja sampai di rumah Ezzan pada malam itu. Masing-masing, pun dah mengantuk sangat. Jadi, terus je masuk bilik untuk merehatkan badan setelah perjalanan yang mengambil masa selama 2 jam lebih itu.
"Tak apa." Balas Ezzan seraya membaringkan badannya ke atas tilam. Rasa penat menghantui dirinya.
"Saya okey je kalau awak nak tidur atas katil."
"..."
"Ezzan?" Dina bangun dari pembaringan dan menundukkan badan sedikit ke bawah katil melihat Ezzan. "Lahh, dah tidur ke?" Dina mengeluh. Badannya dibaringkan semula ke atas tilam. Mata dipejam rapat.
"HI, Heriqh."
"Yes? You nak apa?" Soal Heriqh pada gerangan yang memanggilnya melalui panggilan telefon.
"I nak ajak you makan."
"Sekarang ke?"
"Haah. Dah lama I tak jumpa you. Rasa rindu pula."
Heriqh menjulingkan matanya ke atas. Dah mula dah...
"Lepastu, kita pergi shopping nak?"
"Sorry Tasya. I banyak kerja. Next time, okay?" Heriqh merendahkan nadanya. Dia cuba memujuk Tasya. Bukan nak mengelak tapi memang benar. Berlambak kerja menantinya.
"Cakap jelah yang you nak mengelak. Kita dah nak kahwin dah pun!" Sengaja suaranya ditinggikan.
"Tasya! You tak faham bahasa ke? I cakap I tak nak kahwin dengan you. Kita kan dah bincang pasal hal ni? Can you just move on?" Heriqh mulai bengang dengan sikap Tasya.
"I don't care! I tetap nak kahwin dengan you!" Jerit Tasya di talian.
TUT! Heriqh memutuskan panggilan antara mereka. "Dasar perempuan gila!" Heriqh melepaskan nafas kasar. Boleh sakit jiwa dia kalau hari-hari diganggu oleh Tasya.
PELUKAN pada bantal peluk dieratkan lagi. 'Hmm, wanginya.' Tapi kenapa bantal peluk dia ni macam lain. Ehh, kejap! Seingatnya dia tak bawa bantal peluknya tidur sekali. Habis tu, apa yang dia tengah peluk sekarang ni? Laju mata Ezzan dibuka. "Di...Dina?" Ezzan terkejut saat melihat bukan bantal peluk yang dia tengah peluk...tapi Dina, isterinya. 'Dina turun tidur sini ke?' Dia tak ingat pula kalau malam semalam dia ada ajak Dina tidur di bawah sekali dengan dia. Jam yang tergantung di dinding dilirik dengan mata. 8.00 pagi. "Dina, Dina." Badan Dina digoncang sedikit.
"Hmm..." Dina merengek kecil. Terasa seakan tidurnya diganggu.
"Dina, bangun. Dah pukul lapan dah. Dina, bangun." Badan Dina digoncang sedikit kuat.
"Tak nak..." Dina menjawab dalam keadaan mamai.
"Dina Sofea, bangun. Kita terlepas subuh dah ni. Bangun!" Ezzan meninggikan sedikit suaranya.
"..." Dina diam tidak berkutik. Mungkin dah tertidur semula.
"Kalau awak tak bangun juga saya cium awak." Ugut Ezzan yang telah bangun dari pembaringan.
"Hmm..." Dina merengek sekali lagi apabila terasa seperti tiada lagi yang memeluknya. Dari baring mengiring kini Dina terlentang. Selimut ditarik bagi menutupi badannya yang kesejukan.
"Dina saya cakap saya buat. Sebelum saya cium awak betul-betul baik awak bangun." Kali ini nada suaranya dikeraskan. Berharap agar Dina bangun. Dia dah lapar sangat dah ni. Nak suruh Dina masak lah tu.
"Saya ngantuk lah..." Dina kembali merengek. Pagi-pagi lagi dah ganggu dia tidur.
"Okay, fine. Awak nak sangat kan?" Ezzan bernada serius.
CUP! Satu ciuman singgah di dahi Dina. Namun, tetap sahaja tindakan itu tidak membuatkan Dina bangun.
CUP! Ciuman kedua mendarat di pipi belah kanan Dina.
CUP! Ciuman ketiga mendarat di pipi belah kiri Dina setelah melihat Dina masih tidak bangun dari tidur.
"Dina saya serius ni. Awak tahu kan saya akan cium dekat mana lepasni? Awak nak bangun ke tak?" Ezzan cuba mengugut Dina sekali lagi. "Baik saya teruskan." CUP! Perlahan sahaja bibir Ezzan melabuhkan ciuman di sepasang mata Dina.
"Yelah saya bangun." Dina akhirnya membuka mata dan beralih ke posisi duduk. "Kenapa awak kejut saya awal-awal pagi ni?" Soal Dina pada Ezzan dengan mata yang kuyu.
"Saya lapar. Masak untuk saya please?" nada suara sengaja dileretkan.
Dina tersentak. Dia terlupa bahawa sekarang ini dia adalah isteri orang. Isteri Aril Ezzan. Mengapa dia boleh lupa akan hakikat ini? Dia punya tanggungjawab sebagai seorang isteri yang dilaksanakan. 'Ya Allah, ampuni aku kerana lupa akan tanggungjawab aku sendiri sebagai seorang isteri.' Dia membiarkan sahaja suaminya kelaparan. "Sorry." Laju ucapan itu keluar dari mulut Dina.
"Kenapa pula?" Ezzan terkejut. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba sahaja ucapan maaf dilontarkan oleh Dina? Ke dia yang tak perasan kalau Dina ada buat salah?
"Sebab lupa yang saya ni isteri awak. Saya dah buat awak tertunggu-tunggu saya masak. Sepatutnya sebagai seorang isteri saya bangun awal. Saya masak untuk awak. Siapkan pakaian untuk awak." Kedua belah tangan Ezzan ditarik dan tanpa teragak-agak bibirnya hinggap di kedua belah belakang tangan Ezzan.
Ezzan terpana. Sisi Dina yang dia tak pernah nampak selama menjadi kawan. Mengaku kesalahan tanpa paksaan mahupun teragak-agak. Mungkin selepas ini banyak lagi sisi Dina yang akan dia tahu.
"HI!" Sapa Heriqh riang pada Lya yang tengah berjoging. Kini dia telah berada di sebelah Lya. Sehingga sekarang Heriqh masih memikat Lya. Masih cuba mencairkan hati Lya yang keras seperti ais atau lebih tepat seperti... batu. Fikirnya Lya akan cair jika dia luangkan masa dengan Lya saat di kampung. Tapi hampa. Lya Sarah hatinya keras. Dia juga ada berfikir mungkin hati Lya ini diperbuat daripada besi.
Lya hanya menghiraukan sahaja Heriqh yang sedang berjoging di sebelahnya dengan senyuman manis tahap potong kaki! Kalau wanita lain mungkin dah cari tapi dia? Never. Takkan sesekali!
"I tak sangka ada juga perempuan macam you ni. Perempuan yang awal pagi lagi dah keluar berjoging. Tak sejuk ke?" Heriqh cuba mencari topik untuk berbual dengan Lya.
Lya mengerutkan dahinya. Cara Heriqh bercakap macam tak pernah berjumpa dengan wanita yang awal pagi lagi keluar untuk berjoging. "Pelik ke kalau perempuan keluar awal pagi untuk berjoging?" Sengaja soalan itu dilontarkan pada Heriqh.
'Ah sudah!' Soalan yang buat dia mati akal. Tak pelik sebenarnya tapi saja je dia cakap macam tu sebab nak umpan hati Lya. Hehehe. "Takde lah. Cuma... Eh, Lya!" Belum sempat Heriqh menghabiskan ayat Lya terlebih dahulu berjoging laju meninggalkannya.
"EZZAN!" Satu cubitan hinggap di lengan Ezzan.
"Aduh!" Ezzan meringis kesakitan. Tangan je kecik tapi sekali cubit pedih!
"Padan muka! Siapa suruh buka ikatan rambut orang." Jelingan tajam dihadiahkan kepada Ezzan. Dia baru je ikat rambut dan tak semena-mena Ezzan tiba-tiba menarik getah rambutnya sehingga rambutnya jatuh hingga paras bahu.
Ezzan senyum melihat jelingan tajam Dina. "Awak lagi cantik kalau tak ikat rambut." Puji Ezzan ikhlas.
Berkerut dahi Dina mendengar pujian dari Ezzan. Betul ke? Dina pamer riak tidak percaya.
"Tak percaya?"
"Haah."
Ezzan bangun dari duduk dan mendekati Dina. Dia menundukkan sedikit badannya. CUP! CUP! Sepasang mata Dina dikucup lembut.
Dina terkejut. Tak berkelip matanya memandang Ezzan. Rasa tak percaya pun ada. "Ke...kenapa tiba-tiba?"
"Sebab mata ni selalu menangis." Jawab Ezzan bersama senyuman.
"Hah?" Dina pelik bin hairan. "Macam mana awak tahu?"
"Saya tahu lah. Saya kan suami awak."
Bertambah pelik Dina selepas mendengar jawapan Ezzan.
Enjoy Happy reading (:
Share this novel