12 - Imbas Kembali (Ayang)

Romance Series 12467

"Sekejap, Aya." Heriqh mengintai ke dalam sekolah dari luar pagar di sebalik dinding. Dapat dia lihat Iqmal, kawan baiknya sedang bertugas berhampiran pagar sebagai pengawas. "Cantik!" Heriqh lega saat melihat Iqmal yang bertugas. "Ah sudah!" Namun hatinya kembali resah saat terpandangkan guru disiplin yang sedang berdiri di sebelah Iqmal.

"Apa jadi abang Riqh?" Soal Suraya pada Heriqh.

"Kita kena guna jalan belakang." Balas Heriqh seraya tangannya menarik tangan Suraya dan mereka berdua berjalan perlahan-lahan ke pagar belakang.

Suraya terkejut. Berdegup kencang jantungnya saat Heriqh menarik tangannya. Heriqh menggenggam erat pergelangan tangannya. Tanpa sedar Suraya tersenyum dengan tindakan Heriqh. Baru sekolah menengah dah pandai ehh suka-suka?

Heriqh dan Suraya berjalan masuk ke dalam sekolah melalui pintu belakang secara senyap-senyap dan perlahan-lahan kerana mereka akan berjalan berhampiran kawasan guru. "Abang Riqh hantar Aya ke kelas dulu." ujar Heriqh selepas mereka tiba di anak tangga yang pertama.

"O...okey. Tapi abang Riqh pula macam mana?" Soal Suraya. Dia risau jika Heriqh terlambat masuk kelas.

"Tak apa, abang Riqh hantar Aya je dulu." Balas Heriqh bersama senyuman.

Dup! Dap!
Jantung Suraya berdegup laju. Hampir tak dapat dia kawal.
'Aduhai...! Janganlah senyum macam tu! Cair Aya dekat sini kang!'

"Aya?" Heriqh menegur Suraya yang dilihatnya seperti dengan dunia sendiri.

"Hah? Apa?" Suraya kembali ke dunia asal.

"Jom, naik." Heriqh masih menggenggam erat pergelangan tangan Suraya sehinggalah mereka tiba di tepi kelas 3 Anggerik merangkap kelas yang Suraya duduki sekarang. Boleh tahan pandai Suraya ni. Kelas 3 Anggerik adalah kelas yang pertama. Kedua, Bellflower dan yang terakhir adalah Cempaka. "Okey, dah sampai."

'Alahai, tak boleh ke kelas ni jauh lagi? Nanti rindu pula dekat abang Riqh kalau berpisah...' Keluh Suraya dalam hati sedikit gedik!

"Tak nak masuk ke?"

"Hah?" Sekali lagi suara garau Heriqh membawa Suraya ke dunia kembali.

"Tahulah Aya tidur lambat malam semalam. Tapi takkanlah sampai effect tak sedarkan diri?" Heriqh ketawa kecil dihujung ayatnya.

"Kenapa pula abang Riqh cakap macam tu?" Polos Suraya bertanya.

"Sebab abang Riqh tengok Aya ni macam sekejap, sekejap, tak sedarkan diri. Macam hanyut dengan dunia sendiri." Heriqh menjelaskan.

"Oh..." Otak Suraya cuba menafsir ayat-ayat Heriqh sebentar tadi.

"Dahlah masuk cepat. Kang tak pasal-pasal kena denda."

"Ta...tangan."

"Kenapa dengan tangan?" Soal Heriqh cemas saat melihat wajah Suraya yang tampak cuak. Anak matanya dilarikan ke bawah melihat tangan Suraya dan dia malu sendiri. Pergelangan tangan Suraya masih dia genggam erat. Genggam. Erat. Seperti tak akan melepaskan. "Sorry." Heriqh segera melepaskan tangan Suraya.

"Err, Aya masuk dulu." Laju kaki Suraya melangkah masuk ke dalam kelas tanpa menunggu balasan dari Heriqh. Nasib, belum ada cikgu!

WAKTU rehat macam biasa Suraya akan makan di kantin sendirian. Yalah, Nur Suraya. Mana nak bergaul dengan orang atau lebih kepada suka bersendirian. Tapi kalau sekali dah rapat dengan dia, akan sayang sampai bila-bila.

"Hai, Suraya!"

'Alamak! Dah datang dah tiga mangkuk ni. Satu makan kecik, satu mangkuk besar, satu lagi mangkuk terlebih besar!' Bebel Suraya dalam hati. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum dihembuskan perlahan. Dia tahu sekejap lagi dia tak akan kenal erti aman.

"Awak ni saya tengok hari-hari makan seorang-seorang. Tak nak saya teman ke?"

"Haah lah. Muka cantik tapi sombong."

"Kalau makan sama-sama lagi best tau."

Kan! Dia dah tak kenal erti aman. Suara-suara garau itu membingitkan telinga. Ganggu je selera orang nak makan bihun goreng buatan Halina. Pasti sedap!

"Ayang..." Dalam pada ketiga-tiga 'mangkuk' itu mengganggu Suraya tiba-tiba satu suara menyapa gegendang telinga Suraya.

Dia kenal suara itu! Tapi mengapa...?

Heriqh melabuhkan punggung di sebelah Suraya. Dia menghiraukan sahaja renungan tajam lelaki-lelaki yang mengganggu Suraya. Wajahnya dialihkan ke arah Suraya. "Kenapa ayang makan tak tunggu abang?" Sengaja soalan itu dilontarkan pada Suraya dengan menekan perkataan 'ayang'.

DAK! Jantung Suraya seakan ingin gugur. Panggilan Heriqh padanya... Adakah pada dia? Atau pada orang lain? Badannya segera dipusingkan ke belakang. Tiada sesiapa dibelakangnya. Habis tu? Untuk dia kah?

"Ayang? Kau orang dua cou..."

"Haah, kami couple. Kenapa?" Pintas Heriqh tiba-tiba mengaku sesuatu yang diluar jangkaan Suraya atau lebih tepat lagi hampir buat Suraya pitam.

"Aku tak percaya."

"Kau fikir aku kisah ke kalau kau tak percaya sekali pun? Dah blah!" Tegas suara garau Heriqh menghalau ketiga-tiga lelaki tersebut. Tajam renungannya dihantar pada mereka bertiga.

Tidak menunggu lama, ketiga-tiga lelaki tersebut bingkas berdiri dan berlalu pergi dari situ. Gerun mereka melihat renungan tajam Heriqh.

"Selalu ke dia orang kacau ayang? Maksud, abang Riqh Aya?" Soal Heriqh pada Suraya selepas kelibat ketiga-tiga lelaki tersebut hilang dari pandangan.

"Hah? Haah." 'Rupa-rupanya, dia panggil aku ayang sebab nak menyamar je.' Hati bagai dihiris dengan pisau yang tajam. Seketika kecewa. 'Kan bagus kalau satu hari nanti dia panggil aku macam tu sebab sayangkan aku?'

Dah mula dah angan-angan Suraya...

"Tengok tu. Termenung lagi." Tegur Heriqh sekali lagi pada Suraya yang entah buat kali ke berapa.

"Hah? Apa abang Riqh tanya tadi?" Suraya kembali blur.

"Takde apa. Abang Riqh nak teman Aya makan je." Jawab Heriqh. Malas dia nak panjangkan perbualan. Takut nanti tak sempat mereka makan, bunyi loceng menandakan rehat dah habis kedengaran pula!

"AYA tengah masak ke tu?"

"Taklah Aya tengah main bola ni." Suraya bernada sarkastik. Geram dia dengan sikap Heriqh yang suka bertanya walaupun terang-terangan dah nampak.

Heriqh ketawa kecil mendengar jawapan yang keluar dari mulut Suraya. "Mari, abang Riqh tolong Aya masak." Pelawa Heriqh pada Suraya.

"Tak apalah." Suraya menolak dengan baik.

"Alah, bolehlah. Abang Riqh pandai kupas bawang tau."

"Ya ke?" Suraya pamer riaksi tidak percaya.

"Betul." Heriqh menganggukkan kepala tanda mengiyakan.

"Okey, nah. Kupas bawang ni." Beberapa ulas bawang diletakkan di hadapan Heriqh.

"Okey!"

Tidak lama kemudian, Suraya seperti terdengar bunyi hingus disedut. Laju kepalanya dialihkan ke arah Heriqh. "Ya Allah!" Berdekah ketawa Suraya apabila melihat Heriqh yang 'menangis' saat mengupas bawang. Sampai merah-merah hidung! Kata reti!

"Aya ni jahat kan? Boleh pula dia ketawakan abang Riqh?" Wajah masam dipamerkan.

"Dahlah tak payah nak berdrama. Sini, Aya ganti." Balas Suraya yang masih dengan sisa ketawanya.

"SINI abang Riqh tolong Aya basuh pinggan." Pelawa Heriqh sekali lagi pada Suraya yang sedang ralit membasuh pinggan di singki.

"Ehh, tak apalah abang Riqh. Sikit lagi je ni nak siap." Sekali lagi Suraya menolak dengan baik.

"Biarlah, abang Riqh tolong. Aya tolong nenek basuh pinggan, abang Riqh pula tolong Aya basuh pinggan." Pinggan pertama dicapai oleh Heriqh. "Err, Aya." Tidak lama kemudian, Heriqh memanggil nama Suraya.

"Yes?" Sahut Suraya tanpa mengalihkan pandangan. Masih kekal di pinggan.

"Kita pergi beli aiskrim lepas basuh pinggan nak?"

"Boleh juga."

Di balik dinding dapur, Halina hanya memerhatikan sahaja gelagat Heriqh dan Suraya. Dia bersyukur kerana akhirnya Heriqh dapat berbaik dengan Suraya. 'Alhamdulilah.'

"AISKRIM strawberi satu."

"Aik?" Suraya pelik. Laju betul Heriqh memesan. "Abang Riqh punya ke?" Soal Suraya pada Heriqh. Hairan.

"Taklah, abang Riqh tak suka sangat makan aiskrim ni." Balas Heriqh.

"Hah? Biar betul abang Riqh ni?" Patutlah tempoh hari Heriqh tak memesan aiskrim.

"Haah, betul."

"Habis tu, aiskrim tadi tu untuk siapa?"

"Untuk Aya lah!" Balas Heriqh. Sedikit geram dia dengan pertanyaan Suraya.

"Abang Riqh masih ingat yang Aya suka perisa strawberi?" Suraya terkejut bercampur gembira. Bibirnya kini mengukir senyuman lebar.

"Haah, betul. Abang Riqh ingat semua pasal Aya." Jawab Heriqh turut bersama senyuman lebar.

Mendengarkan itu, pipi Suraya mulai kemerah-merahan. Riak wajah malunya berusaha ditahan. Tapi senyuman ni pula makin lama makin lebar!

"Eii, Aya blushing!" Tegur Heriqh seraya ketawa kecil.

"Apalah abang Riqh ni!" wajah merajuk dibuat-buat. Tapi tidak lama. Dia pun turut terketawa.

Happy reading Enjoy (:

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience