19 - Anastasya

Romance Series 12467

"Heriqh!"

Langkahnya tidak berhenti malah semakin laju.

"Heriqh! Tunggu lah I!"

Dihiraukan sahaja suara seseorang yang memanggilnya kerana dia tahu gerangan yang memanggilnya.

"Heriqh Sufian!" Tasya mengejar langkah kaki Heriqh dan kini dia berdiri tepat di hadapan Heriqh. "You nak pergi mana laju-laju ni. You tak dengar ke I panggil?"

"I ada... emergency." jawab Heriqh laju cuba mencari alasan untuk mengelakkan diri dari Tasya.

"Emergency? Emergency apa? You ni kan! Macam I tak tahu you sengaja nak lari dari I. Kan?" Bidas Tasya.

"Yes. Memang betul pun." Tajam anak mata Heriqh menikam wajah Tasya.

"What??? How dare you! I nak kahwin dengan you Heriqh Sufian. I really love you." Pandangan tajam Heriqh dibalas dengan pandangan sayang.

"Tapi I tak suka you. I tak nak kahwin dengan you. How many times I need to tell you?"

"I akan pastikan kita kahwin juga!" tegas Tasya.

"You buat jelah apa yang you nak buat. I don't care." tegas Heriqh dan segera berlalu pergi dari situ.

"ADA apa ni tiba-tiba you nak jumpa I? Ni mimpi ke eh?" soal Heriqh pada Lya sambil melabuhkan punggung di atas kerusi. Meleret senyumannya menatap Lya. Rasa macam mimpi pun ada. "Ni real ke? I tak mimpi?" Wajah Lya ditatap bersama ketawa kecil.

"Tak. Nah." Bakul beg plastik yang berisi sehelai baju diletakkan di atas meja menghadap Heriqh.

"Apa ni? Hadiah ke?" Heriqh tersenyum lebar dan senyumannya mati apabila Lya berkata "Tak. I pulangkan baju yang you bagi."

"By the way, thanks. I dah cuci dah baju tu."

"Pasal ni je?" Heriqh tersenyum hambar. Dia fikir Lya sudah mula menerimanya tapi rupanya...

"Haah. Bye I have to go." balas Lya seraya segera berdiri. Kakinya dibawa melangkah pergi dari situ meninggalkan Heriqh terpinga-pinga sendirian.

Heriqh menghela nafas berat. Macam-macam dia telah lakukan tapi hampa. Hati Lya sekeras batu.

(IMBAS KEMBALI)

"Buat apa tu?"

"Masak."

"Aik? Bukan Aya tengah buat kerja sekolah ke tu?" soal Heriqh lagi. Berkerut dahinya.

"Tahu pun! Dah tahu, dah nampak tanya lagi!" balas Suraya geram. Marah pun ada sebenarnya.

"Kenapa marah-marah ni? Susah ke kerja sekolah tu?" Punggungnya dilabuhkan di sebelah Suraya. Wajahnya ditundukkan memandang buku sekolah Suraya. "Matematik? Patutlah muka macam nenek tua." ujar Heriqh bersama ketawa mengejek.

"Eii! Abang Riqh ni kan! Dah pergilah sana!" Halau Suraya pula.

"Garangnya! Sini tengok. Mana tau abang Riqh boleh tolong." Buku yang berada di hadapan Suraya diseret ke hadapannya.

Suraya hanya melihat buku itu diseret darinya. Macam tak percaya pun ada Heriqh boleh tolong dia.

"Oh..." Heriqh buntu. 'Apa benda ni?' Berkerut-kerut dahi Heriqh buat-buat berfikir.

"Kalau tak tahu tu buat cara tak tahu!" Buku itu kembali diseret ke hadapannya.

"Bukan tak tahu! Cuma soalan ni yang terlampau susah. Bagitau si algebra tu 'ex' dia takkan pernah kembali walaupun berjuta kali dia suruh orang cari." balas Heriqh geram.

"Tak lawak abang!" semakin sebal Suraya dibuatnya. Dia menggigit bibir bawahnya menahan tawa.

"Nak ketawa tu, ketawa jelah!" Heriqh sudah ketawa terbahak-bahak.

"Eii!" Suraya turut ketawa seraya tangannya mencapai bantal di sebelahnya dan dilemparkan ke arah Heriqh.

(IMBAS KEMBALI TAMAT)

"ASSALAMUALAIKUM." Ezzan memberi salam seraya menguak pintu bilik perlahan. Matanya meliar ke sekeliling bilik. Gelap gelita. 'Fea dah tidur kot.' Kakinya dibawa melangkah ke arah meja di sebelah katil dan meletakkan beg kerjanya. Kemudian, dia menapak ke arah bilik air bagi membersihkan diri setelah seharian mencari rezeki.

•

Ezzan bersandar di kepala katil sambil matanya tidak lepas dari menatap wajah Dina yang sedang tidur lena. Bibirnya mendarat perlahan di dahi Dina.

"Bahhhh!"

"Allahuakbar! Astaghfirullah hal 'azim! Fea!" Terkejut Ezzan apabila disergah oleh Dina.

"HAHAHA! Sorry. Fea nak bergurau je." balas Dina bersama sisa ketawanya.

"Dia ni kann!" Laju jari-jemari Ezzan naik menggeletek Dina.

"Arr anje!" Berair mata Dina ketawa dan kerana tidak tahan lagi pantas tangannya naik menolak badan Ezzan ke atas katil. Fikirnya Ezzan akan berhenti namun semakin galak pula jari Ezzan menggeleteknya. "Anje..." Dina sudah terbaring di atas katil.

"Hello?" Tangan Ezzan hanya berhenti 'menari' di perut Dina setelah menjawab panggilan telefon.

Dina mendadak bangun dari pembaringan setelah nama 'Clarice' meluncur keluar dari bibir suaminya. "Clarice ke yang call?" soal Dina dan laju tangannya naik merampas telefon pintar yang berada di dalam genggaman Ezzan dan menelitinya.

"Fea! Kami bincang pasal kerja lah!" Telefon pintar itu bertukar tangan kembali. Berkerut-kerut dahi Ezzan mendengar kata-kata Clarice soal kerja mereka. Kakinya dibawa turun dari katil dan jarinya naik mencubit manja hidung Dina apabila raut wajah masam milik Dina menyapa pandangan.

Dina masih tidak berpuas hati walaupun tentang hal kerja! Dahlah seharian Ezzan di pejabat kini malam mereka pun diganggu? Macam hari esok dah takde je... "Anje..." Dina mendekati Ezzan dan kedua tangannya naik merangkul leher Ezzan. Cup!

Bulat mata Ezzan memandang Dina apabila Dina sengaja mencium seluruh wajahnya.

"Apa?" Dina berpura-pura tidak faham. Kini jarinya pula dibawa menari di leher Ezzan.

Ezzan yang telah 'masak' dengan perangai Dina setelah hidup sebumbung dengan Dina hanya membiarkan sahaja. 'Cemburu lah tu...'

"APA yang you nak sekarang ni?" Lya berterus-terang selepas menjawab panggilan dari Heriqh. Dah lewat malam pun masih je nak ganggu dia. Baru sahaja ingin melelapkan mata, telinganya menangkap bunyi deringan telefon dan dia tahu gerangan yang memanggilnya kerana dia telah meletakkan nada dering khas. Bukan sebab Heriqh istimewa tapi sebab senang untuk dia tak jawab apabila dia naik rimas. Cuma sekarang ini berkali-kali nada dering yang sama berbunyi.

"You dah tidur ke?" soal Heriqh menghiraukan pertanyaan Lya sebentar tadi.

"Kalau takde apa-apa I tutup sekarang."

"No! No! Wait! Please Lya. Bagi I peluang untuk pikat you. Buka sikit pun tak apa hati you tu untuk I. Please..." Meleret suara Heriqh merayu pada Lya.

Lya menghela nafas berat. Kini dia telah berada di posisi duduk. Cuba memikirkan rayuan Heriqh.

"Kalau I gagal, I janji takkan ganggu you lagi dah." ujar Heriqh lagi.

"I..." Lya buntu. Dia takut keputusannya akan memudaratkan dirinya di masa hadapan.

"Please Lya." Rayu Heriqh lagi.

"Okey. Ni peluang pertama dan terakhir yang I bagi you." balas Lya akhirnya.

"Thanks! Thank you so much!" Melebar senyuman Heriqh tika ini.

"Okey. So I tutup?"

"Ehh, no! Jangan! You...you tengah buat apa sekarang ni?" soal Heriqh cuba mencari topik.

"I baru je nak tidur tadi."

"Oh sorry. I ganggu you ke?" Rasa bersalah mula bersarang dalam hatinya.

"No, it's okay. You pula tengah buat apa sekarang ni?" giliran Lya pula menyoal.

"I baru je..."

"Baru apa?"

"Telling."

"Telling? With who?"

"Stars."

"Hah?" Berkerut dahi Lya mendengar jawapan Heriqh. Dahlah sepatah-sepatah!

"I'm telling the stars." jawab Heriqh sengaja digantungkan ayatnya.

"You boleh tak jangan jawab sikit-sikit. Dahlah pelik-pelik jawapan yang you bagi." Marah Lya.

"I'm telling the stars about you."

"Heriqh you buang tabiat ke malam-malam ni?" Pipi Lya mulai memerah.

"Betul lah apa I cakap. I bagitau bintang pasal you."

"Pasal I? Pasal apa?" Menarik jugakan Heriqh ni. Boleh bercakap dengan bintang?

"Pasal you lah. Macam-macam. Bila you senyum, nampak cantik. Bila you marah, nampak comel dan mata you pula selalu buat I tenggelam dalam I tak sedar." balas Heriqh penuh syahdu.

"You demam eh? Ok bye Heriqh. Good night. I ngantuk dah." Laju jari telunjuk Lya mematikan panggilan antara mereka. Tangan kanannya pula naik menyentuh dada kirinya. Dapat dia rasakan debaran yang hebat. Mungkin benar kata Heriqh dia patut beri peluang pada Heriqh.

Done update! Happy reading^~^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience