18 - Pikat

Romance Series 12467

"Kenapa abang Riqh nak jumpa Aya?" soal Suraya pada Heriqh semasa mereka berdua berada di ruang tamu. Tiba-tiba, sahaja Heriqh datang ke rumah untuk bertemu dengannya.

"Saja. Kenapa? Tak boleh ke?" soal Heriqh pula bersama ketawa kecil.

"Takdelah. Bukan macam tu."

"Aya tak kerja ke hari ni?"

"Haah. Aya demam." jawab Suraya. Terasa kekok pun ada berbual dengan Heriqh sementelah mereka berdua telah lama tidak bertemu.

"Nanti Aya balik kampung tak?" soal Heriqh lagi.

"Insyaallah."

"Kalau jadi kita balik sama-samalah. Aya bagitau je abang Riqh."

"Tak apa. Aya tak nak susahkan abang Riqh." tolak Suraya dengan baik. Saat ini dia tak ingin semakin rapat dengan Heriqh. Dia takut jika semakin rapat dengan Heriqh akan menambahkan lagi rasa sayang di hatinya pada Heriqh.

"Apa pula yang susah? Abang Riqh dah anggap Aya macam adik dah."

Suraya tergamam. Kenyataan Heriqh sebentar tadi membuatkan dia kelu seribu bahasa. 'Macam adik?' Pedih hatinya merantai jiwa.

"Oh ya. Aya tak payah lah ambil Kak Lya. Biar abang je yang ambil. Aya kan tak sihat."

"Tak apa, Aya tak nak susahkan abang Riqh. Nanti Kak Lya marah pula kalau abang Riqh yang ambil." balas Suraya. Berkerut dahinya. Tetapi dia sedia maklum akan Heriqh yang telah jatuh hati pada Lya.

"Aya tak nak tolong abang Riqh pikat Kak Lya ke?" raut wajahnya berubah sedih. Sengaja.

"Tak bukan macam tu..."

"So, Aya duduk rumah. Rehat. Biar abang Riqh yang ambil Kak Lya. Okey?" ujar Heriqh lagi memintas percakapan Suraya.

Suraya terdiam. Dah memang takde ruang ke untuk dia di hati Heriqh?

"YOU?"

"Yes, me."

"You buat apa dekat sini?" Naik bengang Lya apabila ternampak Heriqh sebaik sahaja dia keluar dari hotel.

"Soalan ke tu? I datang sini nak ambil you lah." jawab Heriqh selamba bersama senyuman lebar.

Lya ketawa kecil. "Su akan ambil I. Buat penat je you datang sini."

"Aya takkan ambil you." Dengan yakin Heriqh menjawab.

"Kenapa pula?" terangkat sebelah kening Lya mendengar jawapan Heriqh.

"Sebab I suruh. You tak kesian ke dekat Aya tu? Dia dah lah demam. Lepastu, you pula suruh dia ambil you. Kesian dia tau. Demam-demam pun kena suruh."

Gigi diketap kuat. Sakit hatinya dengan kata-kata Heriqh. Heriqh bicara seakan-akan dia sengaja menyusahkan Suraya yang masih dalam keadaan sakit.

"Jom ikut I." ajak Heriqh. Masih belum sedar dia dah terlepas kata.

"You ni memang jenis tak sedar kesalahan sendiri kan? Lepas you dah buat I sakit hati then senang-senang je you nak senyum, buat baik lagi. Bukannya you nak minta maaf ke apa. Dua kali. Dua kali you dah buat I macam ni." balas Lya geram. Sangat geram!

"I..." Kata-kata Heriqh terhenti.

"I apa? Dahlah, lagi bagus I naik grab dari I ikut you. Entah ayat apa lagi yang lepas ni you nak sakitkan hati I."

"Okay fine. I'm sorry." ucap Heriqh dalam keadaan terpaksa. Dia tak rasa apa yang dia katakan salah. Lya je yang tak dapat terima hakikat. Lagipun, dia hanya bergurau.

"Semudah tu je? Macam ni ke you nak pikat I?" reaksi mengejek ditayangkan pada Heriqh.

"I dah minta maaf kan?" berkerut seribu dahi Heriqh.

Lya menggelengkan kepala. Semakin hari, Heriqh semakin melampaui batas! Langkah kakinya mula digerakkan.

"Lya please..." Heriqh telah berdiri di hadapan Lya. Dia tahu dia salah. "I..." Belum sempat Heriqh meneruskan bicara tapak tangan Lya terlebih dahulu dilayangkan ke hadapan wajahnya.

Lya mengeluarkan telefon pintarnya dari beg tangan dan menyambungkan panggilan. "Hello ma. Hah? Betul ke? Okey, kejap lagi Lya sampai sana!"

"Why?" soal Heriqh pada Lya selepas Lya memutuskan panggilan.

"Su pengsan. I kena balik sekarang." jawab Lya seraya kembali meneruskan langkah yang terhenti.

"Lya!" Tangan Heriqh naik menyambar tangan Lya. "Ikut je I. Takkan you nak jalan kaki? Lagi lambat you sampai."

"I naik grab." balas Lya seraya tangannya dilepaskan dari genggaman Heriqh.

"Lya! Jangan degil." Tangan Lya kembali disambar. "I minta maaf okey. Cepatlah, ikut I! Aya pengsan tu!"

"Fine!"

"AYA!" Heriqh berlari anak ke arah Suraya yang sedang lemah bersandar di sofa. "Aya okey tak ni? Mama kata Aya pengsan."

"Haah, tapi syukurlah Aya dapat sedar balik." balas Salimah.

"Aya bersiaplah. Kita pergi klinik." raut wajah Heriqh jelas menunjukkan kerisauan.

"Tak apa. Makan ubat baik lah ni." balas Suraya pula. Keadaannya sangat lemah tika ini.

Lya terpinga-pinga. Satu perkara yang dia sedar Heriqh sangat mengambil berat soal Suraya. Buktinya Heriqh gelisah apabila mendapat berita yang Suraya pengsan.

"Aya betul ke ni? Aya nampak lemah. Kita pergi klinik, okey?" Heriqh cuba memujuk Suraya.

"Aya..." Belum sempat Suraya menghabiskan kata dia pening sekali lagi dan hampir jatuh dari sofa namun Heriqh lebih cepat menyambutnya dan segera mencempungnya keluar dari rumah menuju ke arah kereta.

"RISAU betul kan you kalau pasal Su?" soal Lya pada Heriqh. Mereka berdua sedang duduk di tepi katil Suraya sementara menunggu Suraya sedar.

"Haah. Ehh, kejap!" Kepalanya laju dikalihkan ke kiri memandang Lya. Bibirnya naik mengukir senyuman nakal.

"Kenapa you ni?" berkerut dahi Lya memandang raut wajah Heriqh yang seakan mengejek itu.

"Are you jealous?" ternaik-naik kening Heriqh menanti jawapan daripada Lya.

"Me? No! I'm just asking." bidas Lya.

"Really?" semakin giat Heriqh mengejek Lya.

"Dahlah. Malas I nak cakap dengan you lagi." Lya berpaling dari memandang Heriqh.

"You jangan risau lah. I anggap Aya tu macam adik I dah." ujar Heriqh tanpa dipinta.

"So? I takde sekelumit perasaan sayang pun dekat you. You jangan nak perasan eh." balas Lya pula dengan yakin. Wajahnya dipalingkan semula memandang Heriqh.

"Sekarang ni memang you cakap macam ni. Tapi lepas ni you akan pelan-pelan jatuh hati pada I. Bila I takde you akan rindu. Bila I ada you akan happy." Heriqh turut memberi reaksi yang sama. Yakin. Sangat yakin sebenarnya.

"Jangan mengarut lah! Apa you cakap tu takkan tercapai. Takkan sesekali pernah berlaku."

"One day. Akan berlaku." Semakin manis senyum Heriqh.

"Ehem." Suraya berdehem kecil akibat sudah tidak tahan dengan perbualan Heriqh dan Lya yang amat menikam hatinya.

"Aya dah sedar?" Heriqh lekas bertanya.

"Aya nak rehat. Kau orang dua keluar lah dulu." jawab Suraya dengan mata yang masih terpejam dan badannya mengiring ke sebelah kanan.

"Okey, kalau Su nak apa-apa bagitau je Kak Lya atau abang Riqh tau. Mama dekat rumah on the way datang sini. Mama cakap dia balik rumah sebab nak masak untuk Su. Nanti kalau mama dah sampai Kak Lya bagitau." ujar Lya pula.

"Okey."

Enjoy Happy reading ^~^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience