4 - Stalker

Romance Series 12467

"Ez dah buat keputusan?" Soal Eridah pada satu-satunya anak yang dia ada.

"Dah, Ez minta maaf banyak-banyak kalau keputusan Ez ni menyakitkan hati mak atau buat mak sakit tapi Ez tak dapat paksa hati Ez. Ez tolak." Jawab Ezzan sambil menuturkan ayat dengan lemah lembut agar Eridah tidak tersinggung.

"Tak apa, mak faham." Eridah tersenyum. Dia takkan pernah memaksa anaknya menerima sesuatu yang tak disukainya. "Tadi Ez terus hantar Dina balik rumah ke?"

"Tak, kami jalan asing-asing." Tipu Ezzan. Dia tak tahu pun Dina balik rumah ke tak.

"Tadi Kak Deelah call mama. Dia cakap Dina belum balik rumah, dia risau. Dah malam dah ni. Dia call Dina tapi Dina tak angkat." Jelas Eridah.

Ezzan mengerutkan dahi. Harap Dina tak buat benda yang bukan-bukan!

"Tak apalah, mak tidur dulu. Esok Ez balik bandar jam berapa?"

"Tengoklah macam mana."

"TAK GUNA!" Kaki Lya menendang kuat tayar keretanya. Dia mendengus geram. Masa-masa ni jugalah kereta dia nak rosak! Matanya melirik ke arah jam di tangan. 10 malam. "Apa nak buat sekarang ni? Kenapa masa ni juga kau nak pancit?! Dah lah Ezzan pun takde. Bateri phone pula habis!" Lya membuka pintu kereta dan melabuhkan punggung di kerusi sambil pintu terbuka luas.

"Sejuknya!" Pintu kereta ditutup semula seraya badannya disandarkan ke kerusi kereta. Dia memejamkan matanya. Penat!

TOK! TOK! Cermin kereta Lya diketuk dari luar.

Lya segera membuka mata dan mengalihkan pandangan ke sebelah kanan. "Heriqh?" Berkerut seribu dahi Lya apabila melihat Heriqh di luar keretanya.

Laju jari Lya menurunkan cermin kereta. "You buat apa dekat sini? You stalk I ke?"

"Kereta you rosak?" Soal Heriqh tanpa menjawab soalan Lya.

"Haah."

"Keluar lah, I hantar you balik rumah." Heriqh tersenyum.

"It's okay, tak perlu." Balas Lya. Dia malas nak menyusahkan orang lain dengan masalahnya.

"Tapi I nak. Come on, takkan you nak tidur dekat sini? You tak takut ke kena kacau dengan ghost? I dengar bila malam tempat ni banyak han..."

"Stop it!" Nyaring suara Lya menghentikan bicara Heriqh. "I ikut you." Takut juga dia kalau apa yang Heriqh cakap itu benar.

Heriqh tersenyum puas. Dapat juga dia pancing Lya!

"AWAK boleh tak jangan susahkan orang lain?" Tajam anak mata Ezzan merenung Dina yang sedang duduk di tepi pantai. Ezzan membuat keputusan untuk pergi keluar mencari Dina setelah Dina tidak menjawab panggilan telefonnya beberapa kali.

"Siapa yang nak menyusahkan awak?" Dina bingkas berdiri bersama air mata yang bergenang. "Kalau awak rasa saya ni menyusahkan jadi buat apa datang sini? Sebab Kak Deelah suruh? Atau sebab mak awak suruh?"

"Takde siapa yang suruh saya. Awak ingat awak buat macam ni saya akan terima awak? Macam tu?" Kasar suara garau Ezzan menyapa gegendang telinga Dina.

"Awak..."

"Tolong lah, jadi matang sikit! Awak dari dulu sampai sekarang tak pernah nak matang. Suka buat benda yang tak patut, yang boleh buat orang marah!" Tengking Ezzan memintas percakapan Dina.

Dina tersentak. Jarinya naik menyeka air mata yang mengalir di pipi. Sepasang matanya tajam menikam wajah kacak Ezzan.

"Dah jom balik." Ajak Ezzan pada Dina tapi lebih kepada arahan.

"Awak ingat saya ni apa?!" Kuat kedua-dua belah tapak tangan Dina menolak dada Ezzan sehingga Ezzan terundur ke belakang. "Saya bukan sesiapa pada awak! Awak tak payah nak bagi saya arahan macam awak tu hebat sangat!" Kuat suara Dina menjerit pada Ezzan bersama dengan tangisnya.

"Okay fine, saya minta maaf. Jom balik. Kak Deelah mesti risaukan awak." Nada suara Ezzan berubah lembut.

"Saya tak nak!" Kini kedua-dua belah tangan Dina naik memukul dada Ezzan berkali-kali.

"Jangan degil boleh tak!" Ezzan mencengkam kedua-dua belah tangan Dina dari terus memukul dadanya.

"Lepas lah!" Dina menyeringai kesakitan akibat dari cengkaman Ezzan pada kedua belah tangannya.

Ezzan tidak tunggu lama dia terus sahaja mencempung badan Dina tanpa menghiraukan Dina yang sambung memukul dadanya.

"Saya benci awak! Awak tahu tak! Awak jahat! Lepaskan saya! Lepaskan!" Dina menangis teresak-esak.

"LYA kita dah..." Bicara Heriqh terhenti apabila melihat Lya yang sedang lena tidur. Heriqh tersenyum. Wajah Lya nampak sungguh penat. Heriqh tertanya-tanya pada diri sendiri apa yang berlaku dalam hidup Lya sehingga Lya menjadi seorang perempuan yang bersikap keras?

Pertama kali bertemu Lya dia terpegun dengan keperibadian Lya yang tak suka susahkan orang lain. Entah kenapa tapi rasanya dia telah jatuh hati pada Lya. Sebelum ini, dia tak percaya dengan istilah 'cinta pandang pertama' namun setelah bertemu dengan Lya kepercayaannya berubah seratus peratus.

Baginya, Lya seorang perempuan yang unik.

Senyuman manis Lya mampu mencairkan hati sesiapa yang melihatnya. Lya nampak comel bila marah dan bibir Lya yang selalu keluarkan benda-benda merepek atau menyakitkan hati membuatkan hatinya perlahan-lahan terpaut.

"Kita dah sampai ke?"

"Hah? Haah." Soalan dari Lya yang baru sedar dari tidur mematikan lamunan Heriqh.

"Thanks tolong hantar I balik rumah. Pasal kereta I..."

"Don't worry, I dah minta kawan I tolong uruskan kereta you."

"Thanks." Lya tersenyum pendek. Dia masih dalam keadaan mengantuk.

"No problem." Balas Heriqh juga bersama senyuman.

Lya segera mencapai beg tangannya dan membuka pintu kereta. Dia melangkah keluar dari perut kereta.

"Ermm, Lya." Heriqh memanggil Lya saat Lya baru sahaja ingin menutup semula pintu kereta.

"Yes?" Sungguh Lya malas nak layan Heriqh lagi. Dia mengantuk!

"Bye." Ucap Heriqh pada Lya bersama senyuman lebar.

"Bye." Lya sambung menutup pintu kereta. Sebenarnya, teringin sahaja dia nak menghempaskan pintu kereta Heriqh saat menutupnya. 'Bye? Itu je dia nak cakap? Aku dah lah mengantuk giler masa ni!'

"SINI saya tengok."

"Tak payah!" Dina memberontak.

"Awak cakap tangan awak sakit kan? Sini lah saya nak tengok." Arah Ezzan masih dengan nada suara yang rendah dan lembut.

"Buat apa? Awak bukannya kisah pun pasal saya kan? Hantar lah saya balik cepat. Saya nak balik." Balas Dina geram.

Ezzan menarik nafas panjang sebelum dihembuskan perlahan. Dia perlu kesabaran yang tinggi untuk menghadapi Dina Sofea. "Dina Sofea, boleh tak jangan degil? Saya nak tengok tangan awak. Lagi satu, saya minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat terima awak. Saya tak boleh paksa hati saya untuk terima awak sedangkan saya hanya anggap awak sebagai seorang kawan dah tak lebih dari itu."

Pedih hati Dina mendengar penjelasan yang keluar dari mulut Ezzan. Tangan Dina naik membuka pintu kereta dan melangkah keluar dari perut kereta milik Ezzan dan berlalu pergi.

"Ya Allah!" Ezzan segera keluar dari perut kereta dan mengejar langkah Dina. Tak dia sangka Dina akan keluar begitu sahaja.

"Dina! Dina Sofea!" Ezzan menarik tangan Dina dan memusingkan badan Dina menghadapnya. "Please, jangan degil boleh tak?"

"Saya bukannya nak degil. Saya cuma nak lupakan awak. Saya mengaku saya masih sayangkan awak sampai sekarang. Dah dua kali awak tolak saya. Dulu dan sekarang. Saya janji lepas ni saya takkan muncul depan awak lagi. Saya akan pergi." Balas Dina dah segera melangkah pergi.

Ezzan terdiam. Kali ini dia tak lagi mengikuti Dina.

Enjoy ^_^ Happy reading (:

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience