LIMA TAHUN YANG LALU,
Lya Sarah. Namanya indah seperti empunya badan.
Rambutnya yang ikal separas bahu diikat satu. Anak matanya berwarna hazel pekat, sesiapa yang memandang pasti tertarik. Hidungnya mancung. Terdapat belahan di tengah-tengah bibirnya dan asli berwarna merah jambu, menambahkan lagi kecantikannya. Bulu mata panjang dan melentik. Mempunyai dagu terbelah dan pipi yang kemerah-merahan terserlah bersama kulit putihnya.
Cantik. Itulah perkataan yang pertama akan keluar selepas sesiapa melihatnya.
Lya melangkah keluar dari biliknya dan menuju ke dapur. "Mama, Su." Tegur Lya pada Salimah dan Suraya.
"Mari Lya kita sarapan sama-sama." Ajak Salimah ibu angkat kepada Lya, sementelah Lya sekarang ini sibuk 24 jam di hotel mahupun di rumah. Tidak sempat untuk mereka berbual-bual.
"Haah, Kak." Suraya adik angkatnya yang dua tahun lebih muda darinya menyampuk.
"I'm sorry, tak dapat. Sebab Lya ada meeting pagi ni. But next time I'm promise I will." Balik-balik itulah bajet Lya menenangkan hati Salimah dan Suraya. 'Next time I'm promise I will.'
"Yelah tu, Lya. Dah banyak kali dah Lya janji nak sarapan sama-sama dengan kami tapi sampai sekarang..." Belum sempat lagi Salimah meneruskan kata jari Lya terlebih dahulu menyuapkan separuh kuih karipap ke dalam mulut Salimah.
"Lya!!!" Tangan Salimah naik menampar perlahan lengan Lya apabila kuih karipap tiba-tiba sahaja disuapkan ke dalam mulutnya. Nasib sedap.
Lya hanya ketawa kecil sementara separuh lagi kuih karipap disuapkan ke mulut Suraya bersama senyuman manis.
"Thanks kak."
"You're welcome. Bye mama, Su. Kita jumpa malam nanti." Lantas kakinya dibawa keluar dari rumah dan menuju ke arah keretanya.
"ALAMAK!" Lya berdecit menahan geram. Boleh pula keretanya rosak di tengah jalan. Dahlah dia ada meeting pagi ini. Ini bukan kali pertama keretanya tiba-tiba rosak tapi entah yang ke berapa kali rosak.
Tak nak peningkan kepala dengan memikirkan jalan penyelesaian, Lya segera menyelongkar beg tangannya mengeluarkan telefon pintarnya dan mendail nombor kawan baiknya merangkap mekanik dikala keretanya rosak.
"Hello." Kedengaran suara garau seseorang menjawab panggilan.
"Ezzan..."
"Kereta you rosak lagi ke?" Teka Ezzan sebelum sempat Lya meneruskan kata.
"Haah. Macam mana you tau?" Lya ketawa kecil.
"You akan call I bila kereta you rosak je. Yelah, I kan tak penting. I penting bila kereta you rosak je." Nada sedih sengaja dibuat-buat.
"Jangan merepek lah Ezzan!" Lya sambung ketawa. "Macam biasa you tolong ambil kereta I dekat simpang nak pergi rumah I." Pesan Lya.
"Okay and then you pula macam mana?"
"I takut lambat nak pergi meeting so, I jalan kaki je nanti."
"No, no, you tunggu I. I pick up you." Arah Ezzan.
"Tak perlu. I malas nak susahkan you lagi. I tahu you pun banyak lagi kerja nak dibuat dekat bengkel kan?" Lya menolak dengan baik.
"At least, naik grab Lya." Nada Ezzan mulai bertukar risau. Dia tahu sangat sikap Lya yang suka buat semua benda seorang diri.
"I'm okay, Ezzan. Don't worry. I pun dah nak gerak dah ni." Selepas sebelah tangannya mencapai beg tangannya, pintu kereta dibuka dan Lya melangkah keluar dari perut kereta.
"Fine." Ezzan mengalah. Nak berbalah dengan Lya pun tak guna sebab Lya memang jenis takkan ubah keputusannya. "Take care."
"You too, bye." Lya mematikan panggilan telefon serentak sebelah tangannya menutup pintu kereta dan telefon dimasukkan semula ke dalam beg tangan.
DAHI Heriqh berkerut seribu apabila terpandangkan seorang gadis sedang berjalan di lintasan pejalan kaki dengan cuaca yang amat panas diluar.
PIN! PIN!
Lya hanya mengendahkan sahaja bunyi hon yang dia sendiri pun tidak pasti dari mana datangnya dan meneruskan langkah.
PIN! PIN! Heriqh menekan butang hon sekali lagi sambil sebelah tangannya menurunkan cermin kereta. "Cik! Cik!"
Lya menghentikan langkahnya. Badannya dipusingkan ke tepi apabila terdengar suara seseorang memanggilnya. Tapi mungkin juga bukan. "Yes?" Lya kini pasti bahawa dia yang dipanggil apabila melihat sepasang mata lelaki itu tepat memandang ke arahnya.
"You nak pergi mana I boleh tolong hantarkan. Panas cuaca sekarang ni."
"Tak perlu." Pendek sahaja jawapan yang keluar dari mulut Lya dan dia kembali meneruskan langkahnya yang terhenti.
"What?" Heriqh seakan tidak percaya dengan apa yang didengarnya. 'Boleh tahan sombong perempuan ni.' Omel Heriqh dalam hati. 'Tapi cantik.' Puji Heriqh pula. Heriqh mengekori Lya dari belakang sambil matanya tak lepas dari memandang bentuk wajah bujur sirih milik Lya. Kecantikannya terserlah apabila pipinya semakin kemerah-merahan akibat dari cahaya panas matahari.
BRUSH!
Hujan lebat turun membasahi segala yang berada di bawah langit.
Melihat hujan turun dengan lebat Heriqh segera menghentikan kereta dan segera turun dari kereta. Dia berlari ke arah Lya yang juga terhenti langkahnya kerana hujan.
Tanpa dipinta Heriqh melepaskan kotnya dan dibawa ke atas bagi menutupi kepala Lya dari terkena hujan. "Jom!"
Lya yang terkejut itu tidak memberi riaksi hanya sepasang matanya sahaja tidak berkelip memandang Heriqh.
"What are you waiting for? Come on, fast!" Heriqh terpaksa menaikkan nada suaranya apabila Lya seperti berada dengan dunia sendiri dan bunyi hujan lebat yang agak kuat.
"Oh ya." Lya tersedar dari lamunan dan dia segera mengikuti Heriqh masuk ke dalam perut kereta.
SEKEJAP-SEKEJAP, mata Lya melirik ke arah Heriqh yang sedang memandu kereta di sebelahnya. Dia sebenarnya terpegun dengan wajah kacak Heriqh sejak kali pertama memandangnya dan kali ini matanya terus melekat di wajah Heriqh.
Heriqh mempunyai mata berwarna hitam pekat dan bentuk mata yang bulat. Bulu mata panjang tapi tidak lentik. Hidung mancung. Dan... garis rahang Heriqh yang amat ketara menambahkan lagi kekacakannya.
"Ehem!" Heriqh berdeham kuat apabila terasa seperti dirinya direnung oleh Lya dengan agak lama. 'Tahulah aku handsome tak payah lah nak tenung lama-lama.'
Lya terkejut dengan dehaman Heriqh. Seperti faham dengan dehaman Heriqh, Lya segera melarikan matanya dari terus menatap wajah Heriqh. Panas pipinya apabila kantoi melihat anak bujang orang lama-lama. Lya segera mengiringkan badannya menghadap cermin kereta.
Keadaan hening seketika. Hanya bunyi hujan lebat di luar sahaja yang kedengaran. Rasa kekok pun ada.
"Err... Nama I Heriqh. Nama you apa?" Soal Heriqh cuba menghilangkan rasa kekok di antara mereka berdua.
"Lya Sarah." Jawab Lya sambil matanya masih terpejam rapat. Kepalanya tiba-tiba berasa sakit.
"Oh. You nak pergi mana sebenarnya?" Setelah Lya lama berada di dalam kereta baru, soalan itu keluar dari mulut Heriqh.
"Hotel LS." Jawab Lya lagi masih dengan mata yang terpejam. Kepalanya terasa berdenyut-denyut dan semakin sakit. Jari Lya naik memicit perlahan dahinya. Berkerut dahinya menahan sakit.
"You okay ke?" Tanya Heriqh apabila melihat dahi Lya berkerut dan jari Lya yang memicit dahi.
"I'm okay." Balas Lya pendek.
"But seem like you are not okay. You sakit kepala ke?" Tanya Heriqh lagi.
'Banyak tanya pula mamat handsome ni! Dahlah aku tengah sakit kepala sekarang ni. Aku sumbat mulut tu dengan beg aku ni kang baru tahu!' Marah Lya dalam hati.
Melihat Lya hanya membisu dan tidak menjawab pertanyaannya, Heriqh memberhentikan kereta di bahu jalan seraya memusingkan badannya menghadap Lya yang membelakanginya.
"Dah sampai ke?" Lya bersandar di kerusi kereta. Sakit kepalanya tika ini tak usah dikata, memang sakit!
"You sakit kepala right?" Tapak tangan Heriqh pantas melekap di dahi Lya selepas bibirnya berkata "Sorry." Kerana terpaksa menyentuh dahi Lya memandangkan sikap Lya yang agak degil.
"Apa ni sentuh-sentuh orang?!" Lya merungut serentak dengan tangannya segera menepis tangan Heriqh di dahinya. "Kita dekat mana ni?!" Kuat nada suara Lya menyoal apabila menyedari mereka bukan di hadapan Hotel LS.
"Kita belum sampai. You demam tu. I hantar you ke klinik dulu." Balas Heriqh apabila sebentar tadi merasakan bahang panas di dahi Lya.
"I tak nak! Siapa you nak buat keputusan untuk I? I nak keluar!" Pantas tangan Lya membuka pintu kereta dan melangkah keluar dari perut kereta.
Namun, belum sempat Lya berjalan pergi badannya jatuh ke tanah akibat pening.
"LYA!"
Share this novel