16 - Malu

Romance Series 12467

"Lya wait!" Tangan Heriqh naik menyambar tangan Lya sekaligus menarik Lya hingga terduduk di atas pahanya.

Lya tergamam. Berdebar hebat hatinya tika ini. Terkejut dia dengan tindakan Heriqh yang berada di luar kawalannya. "You...you buat apa ni Heriqh?"

"Ada... Lya wait!" Kali ini Heriqh memaut pinggang Lya dan menarik Lya kembali hingga terduduk semula di atas pahanya.

"Heriqh! You jangan buat gila boleh tak!" Mencerlung anak mata Lya menatap Heriqh.

"Ada something dekat belakang baju you." Heriqh menjelaskan niatnya.

"Hah?" Berkerut seribu dahi Lya. "I tak faham. Something? Something apa?"

"Ada... darah..." jawab Heriqh sambil menundukkan wajahnya.

Lya terkejut dan tergamam. Gilirannya pula menahan malu. Pipinya mulai merah. 'Aduh! Kenapa period ni nak keluar time ni juga?' Hatinya menjerit geram. "Y...you ada baju spare tak?"

"Ada. Nak I ambilkan?"

Lya menganggukkan kepala tanda mengiyakan. Wajahnya dah merah habis.

"Lya..." Heriqh memanggil.

"Yes?"

"Boleh tak you bangun dulu?" soal Heriqh pada Lya dengan berhati-hati. Takut Lya semakin malu.

"Oh, sorry." Lya bingkas bangun dari paha Heriqh. Setelah itu, dia duduk di atas kerusi sambil menunggu Heriqh yang sedang mengambil baju ganti untuknya.

"Nah." Tidak lama kemudian, Heriqh datang bersama baju ditangannya dan baju itu bertukar tangan dengan Lya.

"Thanks." Masalah pertama dah selesai. Tapi ada lagi satu masalah. Macam mana dia nak pergi ke tandas dengan di belakang bajunya sudah ada tompokan darah? Sudahlah pada masa ini ramai orang di kedai.

"Kenapa tak pergi lagi?" Soal Heriqh apabila melihat Lya masih duduk di kerusi. Kang tak pasal-pasal tembus di kerusi pula!

"Macam mana I nak pergi tandas? Baju I kotor." Lya meluahkan rasa risaunya.

"Apa kata macam ni. You ikat baju tu dekat belakang badan you. Then, kita balik rumah. Lepas, sampai rumah you tinggal tukar je. Don't worry. I akan bawa laju."

"Okay."

"THANK you. Lepas I cuci baju ni I bagi you balik." ujar Lya selepas melangkah keluar dari perut kereta dan menutup pintu.

"Tak payah pun tak apa." Heriqh tersenyum.

"Kenapa pula?" Berkerut dahi Lya mendengar balasan dari Heriqh.

"Sebab kalau you rindu I, you boleh peluk baju tu." Semakin lebar senyumannya tika ini.

"Nonsense!" Lya menjulingkan matanya ke atas seraya melangkah masuk ke dalam rumahnya.

"HELLO." Pantas tangan Ezzan menyambungkan panggilan telefon di antara dia dan Clarice. "Okay, don't worry I'll be right there." balas Ezzan pada si pemanggil.

"Kenapa siapa call?" soal Dina pada Ezzan selepas Ezzan memutuskan panggilan dan melihat wajah Ezzan yang tampak bingung itu.

"Clarice."

"Dia nak apa?" Dina menanti jawapan dari Ezzan.

"Ada masalah sikit dekat tempat kerja. Jadi..." Ayatnya dibiarkan tergantung. Takut Dina terasa hati jika dia meneruskan.

"Jadi?"

"Jadi anje tak boleh bawa Fea pergi tempat yang anje cakap tu dan anje kena pergi tempat kerja. Emergency. Sorry." jawab Ezzan dengan berhati-hati.

"Tak apa. Patah balik lah. Hantar Fea balik rumah." Dina mengukirkan senyuman palsu.

"Fea tak marah?"

"Tak. Emergency kan. Nak buat macam mana?"

"I'm really sorry. Next time, kita keluar sampai malam pun tak apa kalau Fea nak." Ezzan cuba memujuk Dina.

Dina hanya menyambut dengan ketawa yang dibuat-buat. "Hahaha."

"PENATNYA!" Lya menghempaskan badannya ke atas tilam. Rasa mengantuk mulai menghantuinya. Seharian dia di hotel menyiapkan kerja yang tertangguh akibat sakit di bahagian buku lalinya.

TOK! TOK! TOK!

Ketukan di pintu menyedarkan Lya yang baru sahaja ingin melelapkan mata. Kepalanya dipalingkan menghadap pintu yang baru sahaja dibuka dan terjengul wajah Salimah.

"Kenapa ma?" Lya menyoal.

"Ni baju Lya ke?" soal Salimah pada Lya sambil berjalan menuju ke arah Lya.

"Tengok sini." Baju itu bertukar tangan dan matanya mengesan baju itu. "Bukan." Setelah pasti bahawa baju tersebut bukan kepunyaannya, dia menyerahkan kembali pada Salimah.

"Habis tu, baju siapa?" Berkerut dahi Salimah mendengar balasan daripada Lya.

"Su kot." Lya menjawab dalam keadaan yang masih mengantuk.

"Tak. Su pun cakap bukan dia punya. Mama lagilah bukan. Dah lah baju ni macam baju lelaki. Pelik!"

'Baju lelaki?' "Mama!" Lya sudah berada di posisi duduk.

"Kenapa?" Terkejut Salimah dengan jeritan Lya sebentar tadi. Macam kena rasuk pun ada.

"Baju tu...baju tu Lya punya." Laju tangannya menarik baju tersebut dari tangan Salimah. 'Macam mana lah aku boleh lupa baju ni Heriqh punya?'

"Okey. Baju baru ke?" soal Salimah lagi.

"Haah." Tipu Lya. Nanti dia akan ceritakan semuanya pada Salimah jika dia mempunyai masa terluang.

Matanya kian berat. Rasa mengantuk mulai menguasai dirinya. 'Ya Allah, mana anje ni?' Jam di dinding dilirik sekali lagi. "Dah jam satu pagi dah. Mana pula lah dia ni? Call tak jawab! Whatsapp tak reply! Takde bagitau apa-apa! Lesap macam tu je!" bebel Dina yang dalam keadaan mengantuk. Perasaannya kini bercampur baur. Marah, mengantuk, geram, sedih.

"Lantak lah!" Badannya dihempaskan ke atas tilam dan dia menangis sepuas-puasnya sehingga terlelap.

"TAHU pula balik rumah?" Dina berjalan menuju ke arah Ezzan yang sedang duduk santai di sofa.

"Fea?" Ezzan terkejut. Nada Dina agak kasar di pendengarannya.

"Seharian tak balik rumah pergi mana? Fea ni tunggu dekat rumah macam orang giler tau tak!" Turun naik nafasnya mengawal marah.

"Fea? Kenapa mata bengkak?" Ezzan bingkas berdiri dan mendekati Dina yang sedang berdiri di hadapannya. Jelas kelihatan sepasang mata Dina yang bengkak.

"Tak payah sentuhlah!" tangan Dina naik menepis jari Ezzan yang baru sahaja menyentuh matanya.

"Kita bincang elok-elok. Duduk dulu. Tadi anje nak jumpa Fea, Fea tengah mandi. Fea dah sarapan? Jom, kita sarapan dulu." ajak Ezzan cuba memujuk dan menenangkan Dina.

"Tak nak! Awak pergi mana semalam sampai tak balik rumah? Kerja ke atau pergi melencong dengan Clarice?" bentak Dina.

"Fea!" nada suara Ezzan naik seoktaf. Tajam matanya membalas tatapan Dina. "Saya tak balik rumah semalam sebab ada emergency dekat office. Saya tengok jam dah lewat sebab tulah saya tak balik rumah. Tak nak kejutkan awak yang tengah tidur semata-mata untuk buka pintu. Puas?"

"Habis tu, kenapa Fea call tak jawab? Whatsapp tak reply?"

"Battery saya habis."

"Alasan! Semua tu alasan je kan sebenarnya? Padahal awal sengaja je nak lama-lama dengan perempuan turki tu dekat office!" Dina masih tidak berpuas hati dengan jawapan daripada Ezzan.

Berkerut dahi Ezzan mendengar kata-kata Dina. "Yang nak jealous sangat ni kenapa?"

"Sebab Fea isteri awak! Kalau awak tak suka cakap. Jangan buat Fea macam ni." Air mata mulai bergenang di tubir matanya. Laju langkah kakinya dibawa naik ke bilik.

"Fea..." Ezzan mengejar langkah Dina.

Happy reading Enjoy (:

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience