26 - Bulan

Romance Series 12467

"Dah malam dah ni, dia tak nak balik?" soal Heriqh. Lya yang sedang termenung jauh di sebelahnya dipandang. "Dia tak kerja ke besok?"

"Tak. Esok I cuti." jawab Lya. Dia memalingkan muka ke arah Heriqh di sebelah. Mereka bertentang mata.

Heriqh berdebar hebat saat mata Lya dan dia bertemu. Dia ingin melarikan mata namun apabila melihat Lya seperti tidak lepas dari bertentang mata dengannya, dia biarkan sahaja niatnya itu. Nak juga bertentang mata dengan Lya. Bukan selalu kan?

Tatapan Lya lain daripada yang lain. Dia seakan-akan mencari kebenaran disebalik sepasang mata milik Heriqh. Benarkah Heriqh ikhlas mencintainya? Ya, dia mengaku, hatinya sedikit cair dengan cara layanan dan perhatian yang Heriqh beri padanya. Cuma dia takut. Takut untuk buka pintu hati buat kali kedua. Dia takut jika sekali lagi dia tersalah buka pintu hati untuk orang yang salah. Dia takut jika dia terluka, tersakiti buat kali kedua. Cukuplah sekali dia terluka. Dia dah serik...

"Dia?" Heriqh memanggil lembut. "Dia okey tak ni? Macam ada masalah je. Ke I yang handsome sangat?" Terangkat-angkat kening Heriqh bertanya. Dia lihat sekarang Lya tak macam selalu. Seperti ada sesuatu yang bermain di minda wanita itu. Cara Lya memandangnya pun agak sedikit lain.

"I okey je." Lya telah berdiri. "Jom balik." ajak Lya dan belum sempat Heriqh membalas, dia terlebih dahulu melangkah pergi.

"Sekejap! Dia!" Heriqh pula tergopoh-gapah dia berdiri dan mengejar langkah Lya.

"ANJE dah banyak dah ni kita beli. Jom balik." ajak Dina pada Ezzan yang sedang berjalan seiring dengannya di sebelah. Beg kertas yang memenuhi kedua-dua belah tangannya dipandang. Ezzan yang memaksa dia beli. Ezzan suruh dia jangan tengok harga dan pilih je apa yang dia minat. Bila tiba masa untuk bayar, dia diarah pula agar menutup mata.

"Fea penat dah ke?" Mata kuyu Dina menyapa pandangan. Kesiannya dengan isterinya yang seorang ni. "Kita pergi makan dulu lepastu baru balik. Okey?" Ezzan senyum memandang wajah Dina. Nampak sangat sedang menahan ngantuk.

Dina hanya mengangguk perlahan. Dia dah mengantuk sangat. Tapi lapar pun ada. Lebih baik makan dahulu sebelum tidur. Diikut sahaja ke mana arah langkah kaki Ezzan.

"DIA nah." Heriqh menghulurkan sehelai kertas kepada Lya. Dia tersenyum lebar. Kali ini gilirannya pula menghulur kertas. "Jangan lupa baca tau." Pesan Heriqh, dia meniru ayat yang Lya gunakan saat memberi dia kertas.

Lya menyambut huluran tersebut bersama senyuman segaris. "Thank you sebab teman I hari ni." ujar Lya sebelum melangkah keluar dari perut kereta.

"Dia tunggu!" Heriqh menghalang Lya dari terus menutup pintu kereta. Lega dia apabila melihat Lya masih belum menutup pintu kereta. "Bye!" Ucap Heriqh bersama senyuman manis.

"Bye." Lya turut membalas bersama senyuman manis. Kemudian, baru dia meneruskan perbuatannya menutup pintu kereta yang tergendala tadi.

"Dia! Dia!"

Lya menoleh ke belakang saat mendengar Heriqh memanggilnya. Ya, dia tahu Heriqh yang memanggilnya. Kerana hanya Heriqh seorang sahaja dia dunia ini yang memanggilnya dengan panggilan 'Dia'. Sedikit rasa senang menyelinap ke dalam hati. "Kenapa?" soalnya pada Heriqh yang telah berada di sebelahnya. Mereka berjalan seiring.

"Alang-alang dah hantar depan rumah, I hantar sekali depan pintu rumahlah." Heriqh menjelaskan niatnya. "Sebelum tidur, mandi dulu. Tak pun cuci kaki." Pesan Heriqh setelah mereka tiba di hadapan pintu.

"You too. Good night."

"Ehh, jangan good night lagi! Baca dulu kertas yang I bagi tu sebelum masuk tidur, then baru good night." Heriqh tersenyum lebar sehingga menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.

Lya tersenyum sama saat melihat Heriqh tersenyum. Dia paling suka apabila melihat Heriqh senyum nampak gigi. Menawan! "Okey lah kalau macam tu. I masuk dulu, bye." Tangannya naik melambai-lambai ke arah Heriqh sambil kaki perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam rumah.

Heriqh turut ikut melambai tangan dan hanya berhenti setelah Lya menutup pintu rumah. Lagi-lagi dia tersenyum! Rasa hatinya bagai berbunga-bunga. Dipandang sesaat pintu rumah yang telah tertutup rapat sebelum kakinya dibawa melangkah ke arah kereta.

"SEDAP?"

Dina mengangguk sambil mengunyah makanan di mulut. Sedap sangat sampai terlupa tentang Ezzan yang berada di hadapannya. "Terima kasih sebab bawa Fea pergi shopping hari ni." ucap Dina setelah selesai menelan makanan. Dia tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

"Sama-sama." Ezzan tersenyum sama. "Happy?" Gembira dia saat melihat Dina menganggukkan kepala. Rasa bahagia menyelinap di hati. "Esok anje tak ada dekat rumah tau." Berhati-hati Ezzan saat menuturkan kata. Takut jika Dina terasa hati. Mereka baru sahaja ingin berbaik semula, tiba-tiba dia perlu pergi sekali lagi.

Laju kepala Dina dongak memandang Ezzan. Dia mencebikkan bibir. "Alaaa, kenapa? Anje pergi mana?" Wajahnya telah bertukar monyok.

"Anje ada kerja. Sorry. Tak boleh bawa Fea, kalau tak anje bawa dah."

"Tak apalah." Dina sambung menyuapkan mee goreng ke dalam mulut. Hatinya kembali sedih. Baru nak seronok Ezzan ada menemani, tup tup, Ezzan akan sibuk lagi. Haih...

USAI mandi Lya melabuhkan punggung di birai katil. Tangannya mencapai kertas yang diberi Heriqh tadi. Perlahan-lahan lipatan kertas itu dibuka. Dia membaca satu-persatu isi tulisan kertas tersebut. Dilihatnya ada tiga isi.

-1. Mandi dulu sebelum tidur.
-2. Jangan lupa makan.
-3. Lepas, makan call I.


-Heriqh Handsome-

Lya ketawa saat membaca tulisan di hujung kertas. 'Heriqh, Heriqh.' Dia menggeleng perlahan. Dalam kertas pun Heriqh boleh angkat bakul sendiri. 'Aku dah mandi, makan belum lagi, biarlah tu.' Dia kalau dah lewat malam, malas nak makan. 'Oh last sekali...' Tidak menunggu lama, Lya pantas mencapai telefon pintarnya dan mendail nombor telefon Heriqh. Kemudian, dada telefonnya dilekapkan ke cuping telinga.

"Assalamualaikum." Suara Heriqh memberi salam kedengaran.

"Waalaikumussalam." Lya menjawab salam.

"Dah mandi?"

"Dah."

"Makan?"

"Belum. I masih kenyang."

"So, dia terus call I lah ni?" Heriqh tersenyum lebar. Lya terus panggil dia, macam tak percaya je.

"Haah. You tengah buat apa?"

"Tengok dia." Heriqh gelak.

"Hah? Tengok I?" Lya hairan dengan jawapan Heriqh.

"I tengah tengok dia sekarang ni." Heriqh beri jawapan yang sama.

"Maksud you? I tak faham. Ke you intip I?" Dia menoleh ke kanan dan kiri. Dahi Lya berkerut menanti jawapan Heriqh.

"Tak lah mana ada. Sekarang ni, I tengok dia, dia tengok I." Sekali lagi Heriqh beri jawapan yang pelik.

"Heriqh I mengantuk dah sekarang ni. Kalau tak ada apa-apa lagi I end call." ugut Lya, geram.

"Bulan. I tengah tengok bulan. Bulan kan sama macam dia. Beautiful, and you know what?"

"What?" Dapat dia rasakan debaran dalam menanti sambungan bicara Heriqh. Bukan Heriqh Sufian lah namanya kalau tak buat dia berdebar.

"I nampak bayang mata dia dalam sinaran bulan. Dia tengah tengok I sekarang." sambung Heriqh dalam nada yang lembut.

"You mengantuk ni, pergi tidur." arah Lya pula. Tak romantik langsung! Lya nak ber-romantik bagai? Memang taklah!

"Dia tidur dulu, baru I tidur." balas Heriqh. "I nak dodoikan dia macam hari tu. Boleh?" Heriqh mendongakkan kepala menatap bulan, seperti sedang menatap wajah Lya.

"Boleh." Lya segera membaringkan tubuh ke atas tilam. Gebar ditarik hingga ke paras dada. "I dah pakai earphone." ujar Lya. Dia kini sedang tersenyum menanti 'didodoikan' oleh Heriqh.

Heriqh tersenyum mendengar jawapan Lya. Jarang-jarang Lya begini. Adakah ini bermakna pintu hati Lya telah terbuka untuknya? "Ready eh, malam..."

~Malam bantu aku 'tuk luluhkan dia.
Bintang bantu aku 'tuk tenangkan dia
Dari rasa cemburu, dari rasa curiga
Kar'na hati ini kusimpan hanya untukmu

Tenangkan dirimu, kau terlalu jauh
Sebenarnya aku tak seburuk itu
Semua perjuanganku di belakang dirimu
Semata kar'na ku tak mampu hidup tanpamu~

Heriqh menyanyikan lirik lagu Semata Karenamu nyanyian asal Mario G Klau dalam slow version buat kali kedua bagi 'mendodoikan' Lya dan berhenti setelah mendengar dengkuran halus di sebalik talian. Dia akan bersama dengan Lya sehingga Lya menutup mata dan memenuhi hari-hari Lya agar rasa kosong di hati Lya hilang. Itu janjinya.

"FEA?" Ezzan yang baru sahaja tiba di anak tangga terakhir menegur Dina yang sedang membelakangnya. Dilihat Dina sedang duduk di kerusi sambil kepalanya tunduk ke bawah. Macam muka monyok je... Dia berjalan menghampiri Dina. Punggung dilabuhkan sebelah Dina. "Kenapa ni Fea sayang?" Tangannya menggerakkan badan Dina supaya menghadapnya. "Tak dapat tidur ke?" Dikerling jam yang bergantung di dinding. Tepat pukul dua pagi.

"Anje pergi lama ke?" soal Dina. Dia tak boleh tidur memikirkan Ezzan akan pergi meninggalkannya. Walaupun atas urusan kerja. Dia tetap tak suka. Belum pernah-pernah Ezzan tinggalkan dia seorang diri di rumah.

Tangan Ezzan turun menggengam tangan Dina. Dia sudah dapat mengagak hal itu yang mengganggu Dina. "Lima hari je. Tak lama pun. Sorry..." Dagu Dina dipagut agar memandangnya. Wajah monyok Dina jelas kelihatan. Macam nak menangis pun ada dia tengok. Tak sampai hati pula dia nak tinggalkan Dina. "Anje ada beli kek red velvet. Fea suka perisa red velvet kan? Jom kita makan sama-sama." ajak Ezzan. Dia bangun dari kerusi dan berjalan pergi. Tidak lama kemudian, Ezzan kembali bersama bekas plastik segi empat yang berisi kek berperisa red velvet. "Jom kita makan." Bekas plastik segi empat dibuka dan kek dicubit sedikit.

Dina membuka mulut saat melihat Ezzan ingin menyuapkan kek.

"Bismillah." Ezzan menyuapkan kek tersebut ke dalam mulut Dina. Dia tersenyum saat melihat wajah Dina telah kembali ceria. Lega sedikit hatinya.

Alhamdulillah, done update. Happy reading, •Thank you•

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience