24 - Madu

Romance Series 12467

"Kita pergi makan lah dulu, boleh? Kalau dah kenyang baru ada semangat nak shopping kan?" ujar Heriqh. Perutnya sudah memanggil-manggil untuk diisi sementelah mereka berdua hanya makan karipap sahaja sejak pagi.

"Boleh je. Aya pun lapar juga ni." jawab Suraya lagi mengiyakan. Dia pun boleh tahan lapar juga.

"Okey, cantikk! Abang Riqh tahu kedai mana yang sedap. Jom!" balas Heriqh bersama senyuman lebar. Terliur dia apabila teringat rasa spagheti bolognese jika masuk di dalam mulut!

"Ehh tunggu lah!" Suraya terpaksa berlari anak mengejar langkah Heriqh yang telah jauh di hadapan. Lapar sangat tu! Mata Suraya meliar ke sekeliling. Starlight Mall ialah salah satu pusat beli belah yang besar dan terkenal selepas Millenix Plaza Mall. Namun, Millenix Plaza Mall sering menjadi pilihan utama pelancong. Tambahan pula, Millenix Plaza Mall terlebih dahulu dibina. Walaupun telah masuk empat tahun pembinaannya, barang-barang masih berkualiti tinggi dan harga pun mampu milik. Jadi, tak hairanlah kalau ianya menjadi tumpuan ramai. Kemudian, barulah Starlight Mall dibina. Starlight Mall pula salah satu kelebihannya adalah mempunyai barang tempatan. "Dreamly's Cafe." Langkah Suraya berhenti tepat di hadapan sebuah kafe. Kafe Dreamly's ialah kafe yang paling terbaik di antara semua kafe di Starlight Mall. Makanan dan minumannya sangat menepati citarasa. Mewah dengan hiasan ala-ala Itali di bahagian luar. Manakala, bahagian dalam pula dicantikkan dengan hiasan ala-ala Korea. 'Ramainya...' Suraya terkejut apabila melihat kafe itu hampir dipenuhi dengan orang ramai.

"Jom masuk. Sedap tau makanan dia!" Ajak Heriqh sambil kakinya laju melangkah masuk ke dalam kafe.

Suraya pula hanya mengikut Heriqh dari belakang. Buka sahaja pintu ada seorang perempuan menyambut mereka dengan senyuman seraya menundukkan kepala pada mereka berdua. Mungkin pekerja di kafe barangkali. Ehh, memanglah pekerja! "Abang Riqh penuh ni." bisik Suraya perlahan pada Heriqh. Dia kurang selesa apabila melihat orang ramai begitu. Lagi, lagi, dengan pakaiannya tika ini yang baginya tak sesuai untuk masuk ke dalam kafe mewah seperti Dreamly's ni.

"Ikut je abang Riqh." balas Heriqh dan segera melangkah ke arah satu sudut yang lebih tersembunyi. Manakala, Suraya hanya mengikuti dari belakang. Itu jelah yang mampu dia lakukan. "Okey tak?" soal Heriqh. Dia memang sedia maklum dengan sikap Suraya yang kurang selesa apabila melihat orang ramai. Sebab itulah dia telah tempah tempat duduk ini lebih awal. Jika tidak melepaslah jawabnya! Dia sudah agak ada ramai pelanggan di Dreamly's Cafe.

"Okey." jawab Suraya bersama anggukkan kepala. Terasa lembut sahaja saat punggungnya menyentuh sofa berwarna kuning cair itu. Tak keras, selesa untuk duduk. Manakala, Heriqh pula duduk di atas kerusi kayu di hadapannya. Matanya turun pula pandang meja. Sesuai untuk dua orang makan. Ada sebuah buku besar diletakkan di atas meja. Dia agak menu barangkali dan sebuah buku kecil bersama sebatang pen diletakkan di sebelahnya.

"Aya nak makan apa?"

"Abang Riqh tolong order kan boleh? Aya first time masuk sini." jawab Suraya. Apabila tengok orang lain makan, macam sedap tapi tak tahulah pula kalau masuk tekak dia. Sudahlah tekak dia ni cerewet sikit. Kalau Heriqh yang tolong pilihkan, pasti okey.

"Okey." Laju tangan Heriqh mencapai buku dan pen di atas meja. Dia menulis apa yang patut. Kemudian, dia berdiri dan berjalan ke arah kaunter.

"Abang Riqh buat apa tadi?" soal Suraya selepas Heriqh datang kembali.

"Abang Riqh tulis order kita. Dekat kafe ni memang kena tulis macam tu. Then, bagi dekat kaunter." jawab Heriqh. Di Dreamly's Cafe pelanggan menulis pesanan sendiri bagi memudahkan pelayan jika terlalu lama. Bukan apa, kadang-kadang ada yang sampai selak buku menu beberapa kali tapi tak pasti lagi nak pesan apa. Yang kesiannya pelayan lah terpaksa menunggu.

MATA Dina perlahan-lahan terbuka. Terasa ada sesuatu yang berat menimpa pinggang. Tangan Ezzan melingkar di pinggangnya. 'Tahu pula ikut orang sampai sini.' Semalam Dina merajuk dan tidur di bilik tetamu tapi dia tak tahu pula kalau Ezzan pun ikut dia tidur sekali sebab dia tak ada ajak. Jam di dinding dijeling. "Masuk subuh dah ni." Gumam Dina perlahan. "Awak. Awak bangun." Kejut Dina sambil tangannya menggoncang perlahan tangan Ezzan.

Sekejap sahaja Dina kejutkan, Ezzan telah sedar. Matanya terbuka luas. Tapi dia tiada niat hendak bangun. Malah, pelukan dieratkan lagi.

"Awak... saya nak subuh ni. Kalau awak tak nak subuh, tak apa. Tapi saya nak subuh." ujar Dina sambil tangannya berusaha menarik tangan Ezzan dari terus memeluknya namun terhenti apabila Ezzan bersuara.

"Anje minta maaf. Anje tahu anje salah. Anje tak patut buat Dina macam tu. Anje memang patut lupakan Lya pun. Semua yang jadi ni salah anje. Anje minta maaf sangat-sangat. Anje harap Fea dapat maafkan anje. Kita start balik?" Ezzan masih cuba memujuk Dina. Kali ini dia tekad mahu berubah!

"Minta maaf, lepastu buat lagi." balas Dina pula. Dia sudah muak dengan permintaan maaf Ezzan. Sebelum mereka nikah lagi, Ezzan selalu sakitkan hati dia. Sekarang ni? Dia tak boleh lari sebab dia ialah isteri Ezzan dan Ezzan ialah suaminya.

"I'm promise this is the last time." balas Ezzan pula. Jika dia berjanji, maka di akan kotakan. Dia tidak pernah mungkir janji.

"Apa lagi pilihan yang saya ada? Mestilah saya kena maafkan juga kan?"

"Percayakan anje, okay?"

"Ya, saya percaya tapi tolong lepaskan saya. Saya nak subuh." Buat kali ketiga Dina pinta pada Ezzan agar melepaskannya.

"Tak nak." Ezzan mula mengusik.

"Awak nak apa?Saya nak subuh ni. Takut terlambat nanti. Awak pun nak pergi kerja kan?" Marah Dina. Kadang-kadang dia geram dengan perangai Ezzan.

"Pusing dulu sini."

Dina akur. Dia memusingkan badannya ke belakang menghadap Ezzan. Mereka bertentang mata. Kening diangkat sebagai tanda tanya.

Ezzan tersenyum. Marah-marah pun Dina masih lagi dengar cakap. "Sini." Jari Ezzan naik menyentuh pipi kirinya. Dia pasti Dina faham maksudnya.

Dina pula dengan muka yang pasrah mulai bangun. CUP! Satu kucupan berlabuh di pipi kiri Ezzan. "Puas?" Dina pandang Ezzan. Mana tahu ada lagi yang hendak disuruh.

Ezzan tidak menjawab sebaliknya dia menarik sedikit kepala Dina supaya dekat dengannya dan satu kucupan hinggap di dahi Dina yang luas. "Thank you Fea."

"ABANG Riqh order kan kita spagheti bolognese. Try lah. Sedap tau." ujar Heriqh pada Suraya. "Air pula abang Riqh order kan Aya sakura strawberry latte. Aya suka strawberi kan?"

Suraya tersenyum lebar. Nampak menyelerakan! Lagi-lagi air strawberi itu. Memang tak silap lah dia minta Heriqh yang pesankan. "Air abang Riqh apa?"

"Oatmilk honey latte. Abang Riqh suka air dia. Aya nak rasa?"

"Tak apa. Aya tak suka madu." balas Suraya pula. Perisa madu lah yang paling dia tidak gemar!

"Perempuan!" Gumam Heriqh perlahan tapi masih dapat didengari Suraya.

Suraya pandang Heriqh. "Bukan madu yang itu! Aya cakap Aya tak suka PERISA MADU." bidas Suraya. Lelaki! Semua fikir pasal 'madu' yang satu tu.

"Dahlah, makan. Jangan banyak cakap. Depan rezeki tak elok bergaduh. Mulut kena diam bila makan." bebel Heriqh. Sengaja.

"Eii, dia yang mulakan! Membebel macam nenek!" Matanya menjeling Heriqh.

"Jeling-jeling, cucuk mata tu kang!"

"Cucuklah!"

Dalam pada mereka berdua berlawan mulut ada seorang perempuan memerhatikan gelagat mereka. 'Tu Heriqh dan Su ke? Dating ke?' Dia melangkah setapak. 'Ehh tak payahlah sibuk.' Dia mengundur ke belakang semula. 'Tapi mesra sangat tu. Heriqh dah suka Su ke? Pergi jelah tengok, bukannya salah pun.' Lya kembali melangkah ke arah meja Heriqh dan Suraya. Bukan kerana cemburu, cuma dia tertanya-tanya. "Su, Heriqh." Lya menegur mereka.

"Cenggeng..." Percakapan Heriqh terhenti apabila ternampak Lya. Terus melekat matanya di wajah Lya. Melepaskan rindu di hati setelah lama dia tidak nampak wajah itu. Wajah yang dia rindukan setiap saat. Setiap minit. Setiap jam. Setiap hari.

Suraya pula hanya diam. Garpu diambil dan dia menyuapkan spaghetti bolognese ke dalam mulutnya. Lebih baik dia makan daripada melihat Heriqh yang tak lepas dari menatap wajah Lya. Ya, dia mengaku. Lya sangat cantik, malah lebih menawan darinya. Jadi, tak hairanlah kalau Heriqh jatuh hati dengan Lya, bukan dengannya.

Alhamdulillah, done update Happy reading semua Selamat berpuasa pada yang beragama Islam (:

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience