17 - Pancit

Romance Series 12467

"Aik? Pancit?" Berkerut seribu dahi Lya apabila melihat tayar keretanya yang tiba-tiba sahaja pancit. "Aku pergi mana semalam sampai tayar pancit? Tapi semalam okey je. Macam mana pula hari ni tiba-tiba boleh pancit?" Lya mendengus geram. Sekarang ni macam mana dia nak pergi kerja?

"Pancit ke?"

"Hoii, mak kau hijau!" pantas tapak tangan Lya naik mengusap-usap dadanya akibat terkejut dengan sergahan daripada Heriqh. "You? You buat apa dekat sini? Sejak bila you ada dekat sini?"

"I memang dari tadi duduk dekat situ." jawab Heriqh sambil jari telunjuknya dituju ke arah bangku yang berdekatan dengan kolam ikan.

"You main terjah je ke masuk rumah I?! You keluar sekarang!" Halau Lya. Tajam sepasang matanya menikam wajah Heriqh.

"Mama yang ajak Heriqh sarapan dekat sini. Tu lah Lya kelam kabut sangat sampai tak perasan Heriqh tengah duduk dekat sana." ujar Salimah yang baru sahaja menghampiri mereka.

"Oh."

"Kenapa pula ni? Pancit ke?" soal Salimah pada Lya sebaik sahaja ternampak tayar kereta Lya.

"Haah. Tak tahu macam mana boleh pancit. Semalam okey je lagi. Dahlah Lya pun tengah lambat." jari Lya naik memicit dahinya. Dia benar-benar pelik tika ini apabila melihat tayar keretanya yang tiba-tiba sahaja pancit tambahan pula dengan keadaannya yang sedang lewat ke kerja.

"Jadi macam mana Lya nak pergi kerja?" soal Salimah lagi.

"Lya terpaksa jalan kaki lah kalau macam ni. Malas nak naik grab. Membazir." Inilah salah satu sikapnya. Tak suka membazir.

"Ehh, kenapa nak susahkan diri jalan kaki? I pun nak pergi kerja juga ni. I boleh tolong hantar you." sampuk Heriqh.

"Tak perlu." tegas Lya membalas.

"Kenapa pula tak perlu? Buat apa Lya nak jalan kaki? Kan Lya cakap Lya dah lambat. Ikut jelah Heriqh. Lagi senang. Tak membazir dan tak susah." tambah Salimah menyokong kata-kata Heriqh.

"Tapi Lya..."

"Kalau you tak nak juga tak apalah. Mama Heriqh pergi dulu tau. Assalamualaikum." balas Heriqh dan melangkah menuju ke arah keretanya.

"Lya! Heriqh dah nak pergi dah tu. Cepatlah kejar!" arah Salimah. Naik geram dia dengan seorang anak dara dia ni.

"Tapi ma..."

"Apa tapi-tapi lagi? Pergi lah cepat! Dah lambat sangat dah ni!" Kini tangan Salimah pula naik menolak badan Lya supaya mengejar Heriqh.

"Okay! Fine!" Lya akhirnya mengalah. Nak tak nak dia terpaksa juga ikut Heriqh.

"He... Heriqh! I...I ikut you." Lya berjalan menghampiri Heriqh.

"Silakan." Bersama senyuman manis di bibir, tangan Heriqh naik membukakan pintu kereta untuk Lya.

Lya turut tersenyum sama sambil kakinya melangkah ke pintu kereta dibelakang dan masuk ke dalam perut kereta setelah dia membuka pintu dengan sendirinya.

Terkesima Heriqh dengan tindakan Lya sebentar tadi. Fikirnya Lya akan masuk ke dalam kereta setelah dia membuka pintu. Rupa-rupanya, sebaliknya yang Lya lakukan.

"Cepatlah. You tunggu apa lagi?" marah Lya dari dalam kereta apabila melihat Heriqh masih tercegat berdiri di luar.

"HARI ni anje balik lewat juga?" soal Dina pada Ezzan semasa sedang mengikat tali leher untuk Ezzan. Semalam dapat juga Ezzan pujuk Dina.

"Maybe. Tapi kalau dah lewat, anje tak balik tau." Pesan Ezzan. Dia tak nak pisang berbuah dua kali.

"Tak boleh! Fea ni semalaman tunggu anje tau. Kalau anje tak balik juga Fea merajuk seminggu." ugut Dina pula.

"Main ugut-ugut pula dia sekarang ni?" Matanya dikecilkan memandang Dina yang semakin berani. Satu-persatu sikap Dina yang tak pernah dia lihat 'terbongkar' selepas mereka nikah.

"Ingat tau! Kalau anje tak balik juga Fea merajuk seminggu!"

"Ya, ya. Anje ingat. Nak anje belikan apa-apa tak sebelum balik nanti?"

"Nak anje balik dengan selamat je. Yang lain tak nak." balas Dina bersama senyuman lebar terukir di bibirnya.

"Thank you." Satu kucupan dilabuhkan ke atas ubun-ubun Dina.

"EHH! Kejap-kejap!"

"Kenapa Lya?"

"Stop!"

Heriqh memberhentikan keretanya di tepi jalan. "Kenapa ni? You ada sakit mana-mana ke?"

Tanpa menghiraukan pertanyaan dari Heriqh laju tangannya naik membuka pintu kereta dan melangkah keluar dari perut kereta.

"Lya! Ya Allah!" Heriqh turut melangkah keluar. Terkejut dia dengan tindakan Lya sebentar tadi. "You nak pergi mana?" Tangannya naik menyambar tangan Lya sekaligus menghentikan langkah Lya.

"Apa you ni!" Tangannya yang digenggam Heriqh ditarik semula. "I nak pergi beli kuih donat yang I suka. Dah lama mak cik ni tak buka gerai dia." jawab Lya dan meneruskan langkahnya yang terhenti.

"Oh." Heriqh mati kata. Kan dah malu sendiri! Dia menghampiri Lya yang sedang membeli donat. "Tak apa. Biar I yang bayar."

"You ni dah kenapa? I yang beli you pula yang bayar?" Naik bengang dia dengan sikap Heriqh. Menjengkelkan!

"Haah. Berapa mak cik?" Wajahnya dialihkan semula ke hadapan.

"Kalau ya pun nak pikat I takde bajet lain ke?" sinis Lya mengeluarkan kata-kata sebelum melangkah pergi selepas Heriqh selesai membayar.

"I bukan nak pikat you. Cuma beg you tertinggal dalam kereta sebab tulah I tolong bayarkan." jawab Heriqh setelah masuk ke dalam perut kereta.

"So you nak I bayar balik ke macam mana?" Riak wajah Lya saat ini jelas menunjukkan bahawa dia geram dan sangattt jengkel dengan sikap Heriqh.

"Tak. I ikhlas."

"Fine!"

"ASSALAMUALAIKUM, Aya sihat?"

"Waalaikumussalam nek. Alhamdulillah, Aya sihat je dekat sini. Nenek pula sihat?" Lapang sedikit hatinya selepas mendengar suara Halina. Mana kan tidak, hari-hari yang dia tempuhi sekarang ini penuh dengan duri.

"Sihat-sihat orang tua je lah."

"Alhamdulillah. Nenek call ni sebab rindu Aya ke?" usik Suraya. Dah lama dia tak mengusik Halina.

"Haah. Tapi bukan sebab tu je tau. Kalau Aya tak sibuk boleh tak nanti bila Aya ada masa datang sini. Teman nenek. Rasa rindu pula dekat Aya. Sebelum ni tak puas nak berborak dengan Aya." ujar Halina meluahkan perasaannya.

"Insyaallah nek. Kalau boleh minta cuti atau ada cuti Aya balik kampung. Aya pun rinduuu sangat dekat nenek."

"Kalau jadi balik Aya ikut abang Riqh je lah eh. Dia pun nak balik kampung tu hujung minggu ni." cadang Halina.

Mati terus senyuman lebar Suraya setelah mendengar cadangan Halina. "Tak apalah nek. Aya boleh naik bas je nanti. Lagipun, Aya dah tak berapa nak selesa lah dengan abang Riqh." Suraya cuba memberi alasan.

"Nenek faham. Aya kena kuat tau. Doa banyak-banyak. Mungkin ada hikmah disebalik semua ni."

"Okey nek."

"Dua bungkus plastik you beli. Tak nak bagi sikit dekat I ke?" usik Heriqh pada Lya yang sedang menikmati kuih donat. Sedap sangat tu gayanya!

"You kan drive mana boleh makan." balas Lya bersahaja. Malas dia nak layan sikap Heriqh lebih-lebih. Kang lain yang jadi!

"Siapa cakap tak boleh?"

"I."

"Boleh kalau you tolong suapkan."

Dah mula! Dah mula perangai gedik dia! "You pernah tak makan tiga biji donat dalam satu masa? Atau lima biji ke?"

"Okay sorry."

•

"Dah sampai. Hari ni you balik jam berapa?"

"Kenapa you tanya?"

"Of course lah sebab I nak ambil you." jawab Heriqh bersama senyuman lebar menghiasi bibirnya.

"Tak perlu susah-susah. I balik dengan Su je nanti."

"Kalau macam tu Aya lah yang susah. Dia dah lah bawa motor je. Barang-barang dia lagi. Lepastu, you? Takut nanti dia tak dapat bawa je." Riaksi mengejek ditayangkan pada Lya.

"You nak cakap I gemuk ke apa ni?" Tajam sepasang matanya menikam wajah Heriqh. Paling pantang dia bila orang sebut pasal berat badan!

"Taklah I gurau je! You tu kurus macam penya..."

KLAK! Sebelum sempat Heriqh menghabiskan ayat Lya terlebih dahulu membuka pintu kereta Heriqh. Dengan kasar. Macam nak tercabut pun ada.

"Lya I gurau je. You tak marah kan?" soal Heriqh. Takut dia melihat wajah serius Lya.

Lya melangkah keluar dari perut kereta Heriqh tanpa menjawab soalan. "Nah. I tak kejam sangat." Sebungkus plastik berisi donat diletakkan di atas kerusi sebelum pintu kereta ditutup dengan kuat. BAM!

"Okay. It's a red flag."

Happy reading Enjoy (:

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience