Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah, Dina melangkah keluar dari kereta Ezzan tanpa sepatah kata dan menutup pintu kereta.
BAM!
"Aduh!" Dina menyeringai kesakitan. Baru sahaja dia ingin melangkah pergi Afiq tiba-tiba muncul di situ dan menolak kuat badannya ke arah pintu kereta.
"Dina!" Ezzan segera keluar dari kereta dan berlari ke arah Dina.
"Apa hubungan kau orang dua?! Saya nak awak Dina. Tolong lah terima saya." Afiq masih marahkan Dina kerana telah tolak pinangannya yang entah buat kali ke berapa.
"Afiq stop! Kau boleh tak terima kenyataan yang Dina tak suka kau?" Naik seoktaf suara Ezzan menengking Afiq kemudian Ezzan menolong Dina berdiri dengan stabil.
"Dina kita kahwin?" Afiq mendekati Dina dan mencengkam kuat tangan Dina.
"Afiq..." Dina menyeringai kesakitan.
"Dah dah lah tu!" Ezzan menolak badan Afiq hingga terdorong ke belakang dan menumbuk muka Afiq berkali-kali.
"Ezzan! Dah! Stop!" Dina terduduk. Dia memeluk kuat lututnya rapat ke dada. Dia berasa takut melihat Ezzan yang menumbuk wajah Afiq berkali-kali.
"Aku janji aku tak kacau Dina lagi!" Afiq cuba menghalang Ezzan dari terus menerus menumbuk wajahnya.
"Sekali lagi aku nampak kau kacau Dina siap kau!" Keras suara Ezzan memberi amaran.
Afiq berlari pergi dari situ setelah dilepaskan oleh Ezzan.
"Dina awak okey?" Ezzan menghampiri Dina seraya melutut di hadapan Dina.
Dina tidak menjawab sebaliknya dia terus memeluk Ezzan. Menggigil ketakutan badannya tika ini. "Please, Ezzan. Jangan tinggalkan saya."
"Saya takkan tinggalkan awak Dina. Saya janji saya akan jaga awak hingga akhir nafas saya." Ezzan membalas pelukan Dina. Sebelum balik bandar ada perkara yang dia perlu lakukan.
-I ada dekat depan rumah you- Mamat Annoysome.
Lya menjulingkan matanya ke atas tanda rimas dengan Heriqh yang tak henti-henti menggangunya. Apa? Fikir kalau bagi bunga dia terus cair? Nope! Never! Mamat Annoysome adalah singkatan daripada annoying dan handsome. Heriqh handsome tapi annoying!
Lya turun ke bawah untuk berjumpa dengan Heriqh dan dia terkejut saat melihat Heriqh yang berada di ruang tamu bersama dengan Salimah. 'Tadi cakap dekat depan rumah ni yang tiba-tiba masuk dalam rumah ni pula apa kes?' Marah Lya dalam hati. Lya berjalan mendekati mereka.
"Hi Lya!" Heriqh menyapa Lya yang sedang memandangnya dengan pandangan pelik.
"Su! Bawa air keluar!" Laung Salimah pada Suraya yang sedang bancuh air di dapur.
"Ya, ma! Kejap!" Laung Suraya pula. Dia menatang dulang yang berisi beberapa gelas, teko teh dan pinggan kecil yang berisi biskut ke ruang tamu tanpa mengetahui siapakah tetamunya.
'Abang Heriqh?' Kaki Suraya terhenti apabila ternampak Heriqh yang sedang duduk di sofa dan di sebelahnya pula Lya.
"Su?" Lya memanggil Suraya yang seperti berdiri kaku.
"Ya kak." Suraya tersedar. Dia segera mendekati mereka bertiga dan meletakkan dulang di atas meja kemudian dituangkan air teh ke beberapa gelas.
"Ni Suraya adik Lya." Salimah memperkenalkan Suraya pada Heriqh. "Ni pula Heriqh Sufian bakal abang ipar Su." Giliran Heriqh pula diperkenalkan kepada Suraya.
"Eii, mama!" Lya membantah. "Kami kawan jelah." Terang Lya.
Suraya tersenyum. 'Mungkin Kak Lya anggap abang Heriqh kawan je tapi abang Heriqh anggap Kak Lya lebih dari kawan.' Suraya berdiri. "Su naik atas dulu mama." Pinta Suraya seraya melangkah pergi dari situ. Tidak sanggup dia menghancurkan hatinya melihat Heriqh yang tersenyum manis memandang Lya.
"EZ dah betul-betul pasti ke dengan keputusan Ez ni?" Soal Eridah inginkan kepastian. Dia sangat gembira saat mendengar keputusan Ezzan.
Ezzan menganggukkan kepala tanda pasti. "Ez nak nikah terus."
"Alhamdulillah, allah dah makbulkan doa mak supaya pintu hati Ez terbuka untuk terima Dina. Alhamdulillah!" Eridah memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT. Bahagia hatinya tatkala mendengar jawapan daripada Ezzan.
Ezzan tersenyum melihat Eridah gembira dengan keputusannya.
"HAH?" Dina kaku di tempat duduknya. Dia masih belum percaya dengan apa yang didengarnya. 'Ezzan dah terima aku?' "Kak Deelah ni biar betul?"
"Betul lah! Tadi aunty Eridah call akak lepastu dia cakap Ezzan dah terima Dina." Jawab Deelah. "Bukan tu je tau! Ezzan nak nikah dengan Dina minggu depan!" Sambung Deelah teruja.
"Apa???" Lagi lah Dina tak percaya! Dia rasa nak pengsan tika ini.
"KENAPA nak jumpa saya?" Soal Ezzan pada Dina yang tiba-tiba mengajak dia berjumpa walaupun dia tahu sebabnya.
"Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula." Ambik kau! Dina dah berperibahasa!
Ezzan ketawa kecil mendengar peribahasa yang keluar dari mulut Dina. "Takkan saya tak boleh nak terima awak? Bukan tu ke yang awak nak?" Soal Ezzan lagi dalam nada mengusik. Dia tersenyum menatap wajah Dina. Kalau difikirkan balik Dina pun cantik juga, dengan sepasang mata bulat, bulu mata panjang tapi tidak lentik, hidung tidak mancung tapi cantik terletak, bibir di atas nipis dan yang di bawah cantik terbentuk. Kecantikan Dina terserlah lagi dengan lesung pipit di bawah pipi kirinya.
"Memang lah itu yang saya nak tapi takkan semudah tu awak tiba-tiba sayang saya?" Dina pelik bertambah hairan!
'Ya Allah!' Jari Ezzan naik memicit perlahan dahinya selepas mendengar soalan yang keluar dari mulut Dina.
"Awak sebenarnya terima saya sebab simpati je kan? Sebab awak nak jaga saya je kan? Bukan sebab awak sayang saya kan?" Bertubi-tubi soalan dilontarkan pada Ezzan.
Ezzan terdiam. Dia tak dapat jawab soalan yang dilontarkan padanya kerana kalau dia jawab akan ada hati yang terluka. Dia tak sanggup...
"Betul kan?" Air mata mulai bergenang di tubir mata Dina. Melihat Ezzan yang tiba-tiba menjadi bisu dia dah dapat jawapan. "Awak ingat hati saya ni apa? Awak fikir saya ni takde perasaan ke hah? Saya nak teman hidup yang sayang saya. Bukan yang simpati pada saya!" Tegas Dina kemudian dia segera berlalu pergi dari situ dengan hati yang sekali lagi berkecai kerana... tak lain tak bukan. Aril Ezzan.
Ezzan mengeluh. Macam mana dia nak buat Dina faham?
(IMBAS KEMBALI) 8 tahun lalu,
Suraya mengeluh. Orang yang dinanti-nantikan tak juga kunjung tiba. Kebas kakinya berdiri lama-lama di situ. Bekal yang berisi kuih karipap ditatap lama.
"Heriqh! Tunggu jap wey!"
Sebaik sahaja nama Heriqh itu menyapa gegendang telinga, Suraya mendongakkan kepalanya laju. Bersinar-sinar matanya tatkala melihat Heriqh dan Iqmal berehat di meja kayu yang tidak jauh dari situ. Maklumlah, mereka baru habis berlatih bola sepak.
Suraya menarik nafas panjang sebelum dihembuskan perlahan. Jantungnya berdegup kencang. Kakinya melangkah mendekati Heriqh dan Iqmal.
"Nah." Bekal yang berisi kuih karipap dihulurkan pada Heriqh bersama senyuman manis menghiasi bibirnya.
Heriqh yang telah biasa menerima makanan atau minuman daripada Suraya menyambut huluran bersama senyuman. "Terima kasih."
"Sama-sama!" Suraya tersenyum lebar seraya kakinya melangkah pergi dari situ. Hatinya berbunga-bunga kerana dapat melihat wajah yang telah menghantui fikirannya.
Enjoy ^-^ Happy reading (:
Share this novel