"Assalamualaikum, Aya."
GLUP! Suraya telan air liur. Dia macam kenal suara itu! Telefon yang berada di tangan dijarakkan sedikit dari telinga sebelum kembali seperti sediakala. "Wa... waalaikumussalam." Tergagap-gagap suaranya.
"Aya tak rindu abang ke? Abang Riqh rinduuu sangatt dengan Aya."
Suraya pejam mata. 'Rindu yang macam mana tu abang Riqh? Sebagai adik ke?' Ada rasa geram menyelit di hatinya. "Dari mana abang Riqh boleh dapat nombor Aya?"
"Dari dia yang abang Riqh sayang." jawab Heriqh.
"Hah?"
"Dari Kak Lya." jawab Heriqh lagi.
Suraya menghela nafas berat. Semakin sakit hatinya mendengar jawapan Heriqh. "Jadi kenapa call?"
"Sebab abang Riqh rindu. Rindu sangat."
"Straight to the point abang Riqh." balas Suraya pula. Tegas.
"Garangnya! Aya memang tak pernah berubah kan? Betul lah abang Riqh cakap. Abang Riqh rindu Aya. Dah lama kita tak borak. Aya pun dah besar, dah makin cantik, makin comel. Takde yang punya ke?" Usik Heriqh.
"Siapalah yang nak Aya ni?" Suraya bernada kecewa. Teringat pada Lya yang telah menghuni hati Heriqh.
"Hahaha! Lambat-laun adalah tu. Cuma abang Riqh tengok Aya macam nak mengelak dari abang. Kenapa?" Meluncur soalan itu keluar dari mulut Heriqh. Dia telah anggap Suraya macam adik kandungnya sendiri. "Aya tak selesa ke? Atau Aya ada masalah?" Kalau Suraya ada masalah dia akan tolong selesaikannya.
Suraya cuba mengatur nafas. Hatinya kian parah mendengar bicara Heriqh. 'Kenapa abang Riqh layan Aya macam ni? Tolong jangan buat Aya jatuh hati semakin dalam pada abang. Cukuplah Aya simpan perasaan ni selama lapan tahun. Cukuplah.'
"Aya? Kenapa diam? Betul ke Aya ada masalah?" soal Heriqh di talian. Risau.
"Taklah. Takde masalah pun. Cuma kita kan dah lama tak jumpa jadi rasa awkward sikit nak bercakap dengan abang Riqh." Suraya memberi alasan.
"Esok jadi tak Aya ikut abang Riqh?"
"Insyaallah." balas Suraya. Terasa berat hatinya ingin bertemu Heriqh lagi.
"Kalau macam tu abang Riqh letak call dululah eh? Aya jaga diri. Esok kita jumpa." Pesan Heriqh sebagai seorang abang.
Suraya tidak membalas, dia segera memutuskan panggilan dan menangis sepuas hati. Tangannya menggenggam kuat telefon pintarnya. Sakit hatinya dengan layanan Heriqh. Geram pun ada. Heriqh seperti semakin memberi dia harapan sedangkan hatinya telah hancur berkecai. Adakah dia yang terlalu berharap selama ini?
"LYA? Kenapa call I?" soal Ezzan pada Lya. Terkejut dirinya apabila menerima panggilan daripada Lya setelah lama mereka tidak bertemu.
"Aik? Tak boleh ke? Sejak you balik dari kampung, kita takde jumpa pun. You tak rindu I ke?" Meleret suara Lya. Sengaja mengusik Ezzan.
Ezzan menelan air liur. Lya belum tahu bahawa dia sudah bernikah.
"Ez? Jom jumpa nak. You teman I shopping." Lya meluahkan hasratnya. Dah lama dia tak shopping...
"Tapi I..." Dia dah janji akan keluar bersama-sama dengan Dina untuk beli barang dapur dan sekarang Dina sedang bersiap tapi Lya di sini pula Lya...
"Takde tapi-tapi. Please, Ezzan!" Lya merayu. Dia cuba memujuk Ezzan agar bersetuju.
Mulut ingin tolak, tapi hatinya mengatakan sebaliknya. Ya. Dia sedar dia masih cintakan Lya tapi dia juga sedar Dina Sofea adalah isterinya sekarang ini.
"Ezzan? You dah tak sayang I ke?" Lya pura-pura merajuk.
Namun, hatinya tetap tak boleh menolak permintaan Lya. "Okay. I datang ambil you." jawab Ezzan akhirnya.
"Yeay!" Lya bersorak gembira. "Thanks youuu Ez!"
Ezzan tersenyum. Dia sangat gembira bila Lya pun gembira.
"Anje. Jom." Dina menghampiri Ezzan.
Jantung Ezzan berdegup kencang. 'Alasan apa nak bagi ni?' "Err, Fea." Ezzan bingkas berdiri. "Sorry Fea. Tapi..."
"Ada kerja ke dekat office?" Dina cuba meneka.
"Bukan dekat office tapi dekat bengkel. Ada emergency pula tiba-tiba. Jadi anje tak dapat teman Fea hari ni. Tak apa ke?" Rasa bersalah bersarang di hati. Dia dah tipu isterinya sendiri. 'Sorry Fea. Anje dah cuba buka hati untuk Fea tapi... hanya Lya yang ada dalam hati ni.'
"Tak apalah kalau macam tu. Anje pergilah. Nak buat macam mana kan? Dah kerja." Dina tersenyum tawar. "Fea pergi sendiri jelah kalau macam tu. Salam." Tangannya naik untuk menyalami tangan Ezzan.
Dua kucupan berlabuh di sepasang mata Dina. "Sorry tau and thank you sebab faham. Anje sayang Fea."
Dina tersenyum mendengar ucapan Ezzan.
"AYA tak nak duduk depan ke?" soal Heriqh pada Suraya yang sedang duduk di belakang. Mereka berdua dalam perjalanan ke kampung.
"Tak apa." jawab Suraya pendek. Dia sebenarnya berasa kurang selesa berdua-duaan dengan Heriqh dalam kereta. Hanya. Mereka. Berdua. Kerana dia pasti yang ketiga adalah syaitan.
"Err Aya." Kata-kata Heriqh terhenti apabila telefon pintarnya berbunyi. Pantas tangan kirinya mencapai telefon di sebelahnya. Dia tersenyum lebar sebaik sahaja melihat nama yang tertera di atas skrin telefonnya. 'DIA'. "Assalamualaikum." Dengan nada yang lembut, Heriqh memberi salam.
"Waalaikumussalam." Lya menjawab salam. Berdebar hatinya tatkala mendengar suara garau Heriqh tambahan dengan husky voicenyaaa!
"Kenapa call Dia? Dia rindu ke?" usik Heriqh. Sengaja.
"Hah? Dia?" Lya tidak mengerti. 'Siapa dia? Aku ke?'
"Oh yeah! I'm forgot to tell you. That's your nickname I gave you. Sweet kan?" Heriqh ketawa kecil. Menyerlahkan lagi suara serak-serak basahnya.
Lya menjulingkan matanya ke atas. Bukan namanya Heriqh Sufian kalau tak angkat bakul sendiri! "But why DIA?"
"Secret." jawab Heriqh membuatkan Lya panas hati.
"Menyampah!" Teriak Lya di balik talian. Sengaja! Sebab dia tahu benar dengan suara NYARINGnya. Special.
Heriqh pejam mata seraya menjarakkan sedikit telefon dari telinganya. Perit! Dua kali dah dia tahan perit dengar suara nyaring Lya. "Dia boleh tak you beritahu I apa yang ada dekat you tapi takde dekat orang lain lagi?" soal Heriqh. Nada suaranya benar-benar ingin tahu!
"Maksud you?"
"Dia ni special. Dia ada mata colour hazel. Dagu dua alam. Pipi always blushing. Dia punya voice unikkk sangat and bibir dia... gorgeous." Heriqh senyum nakal sebaik sahaja menuturkan ayat terakhir itu.
"Whattt??? Hey! Mata I memang cantik. I mengaku! But what do you mean by 'dagu dua alam'? I bersyukur tau sebab dagu I macam ni! Cantik apaaa! Pipi I memang lawaaa. Voice I pula bukan unik tapi sangattt unik! And kenapa you komen pasal bibir I? You jangan macam-macam eh! And one more thing, stop calling me DIA!" Sekali lagi Lya menjerit dan gelak ketawa Heriqh menyambutnya.
"Nampaknya bukan I seorang je yang pandai angkat bakul sendiri. Okeylah tu. Maksudnya jodoh kita kuat. Kenapalah dia tak ikut sekali balik kampung? Tak adalah I nak tanggung beban rindu ni. Hmm!" Heriqh mengeluh kecil. Hanya pura-pura!
"Dahlah malas I nak layan you! I call you ni pun sebab tak dapat call Su. Mana Su? Bagi I cakap dengan dia." Trauma sekejap Lya apabila menyebut perkataan D.I.A.
"Ya ke? Atau cuma alasan dia nak call I?" Heriqh semakin galak mengusik Lya.
TUT!
"Aik?" Heriqh ketawa besar apabila bunyi panggilan diputuskan masuk ke pendengarannya. "D.I.A always unik!" Heriqh bergumam perlahan.
Happy reading! Done updated!
Share this novel