6 - Bunga

Romance Series 12467

"HELLO." Satu suara garau menyapa gegendang telinga Lya selepas Lya menjawab panggilan.

"Who is this?" Lya menyoal.

"Heriqh Sufian." Jawab Heriqh riang. Saat ini dia sedang bersandar di kerusi sambil tersenyum.

"Oh, Heriqh."

"Jom keluar nak?" Ajak Heriqh. Dia berharap sangat Lya akan setuju walaupun harapannya itu hanya satu peratus atau mungkin lima peratus sahaja.

"Tak nak." Lya menolak. Untuk apa dia keluar dengan orang yang baru sahaja dia kenal?

"Marilah, bukan hari-hari I dapat dating dengan you." Heriqh memujuk.

"Euww! Heriqh Sufian baik you stop merepek dan stop call I kalau takde benda penting yang you nak cakap!" Tengking Lya di talian. Geram dia dengan sikap Heriqh yang baginya sungguh annoying! Naik geli dia bila Heriqh sebut 'dating'.

"Okay, fine. I'll straight to the point." Nada suara Heriqh berubah serius. "I nak bagi you bunga sebab tulah I ajak you keluar."

"I tak nak. You simpan jelah bunga tu." Lya menolak sekali lagi. Dia tak ada masa nak keluar dengan Heriqh semata-mata sebab bunga.

"Wow! Why you so bad?" Tidak Heriqh menduga itulah jawapan yang akan keluar dari mulut Lya.

TUT!

"What??? Hello!" Heriqh mendengus geram. Lya dah matikan panggilan. Macam mana dia nak pikat Lya kalau Lya ni hati dia sekeras ais?

"AWAK ada nak pergi mana-mana lagi tak?" Soal Ezzan pada Dina selepas mereka berdua masuk ke dalam perut kereta.

"Tak." Pendek sahaja jawapan yang keluar dari mulut Dina.

"Habis tu, awak nak balik terus?" Soal Ezzan lagi.

"Ya."

Ezzan mengeluh. Tadi semasa makan sepatah apa pun tak keluar dari mulut Dina walaupun dia berusaha mengajak Dina berbual. Sekarang pula pendek sahaja jawapan yang keluar dari mulut Dina.

"Arr!" Dina terkejut.

Ezzan tiba-tiba menghentikan kereta. Badannya dipusingkan menghadap Dina.

"Apa ni? Kenapa stop?" Dina dah penat dengan permainan Ezzan!

Ezzan bangun dan menolong memasang tali keledar untuk Dina.

Dina terkejut. Fikirnya tadi Ezzan nak buat sesuatu yang tak bagus. Jantungnya berdegup laju saat Ezzan memasang tali keledar untuknya kerana kedudukan dia dan Ezzan yang sungguh dekat.

"Lain kali pakai tali keledar. Walaupun jauh ke dekat ke kalau nak accident, accident juga." Pesan Ezzan pada Dina.

Ezzan kembali duduk di kerusinya selepas selesai memasang tali keledar pada Dina dan meneruskan perjalanan.

Sementara Dina pula masih terkejut dengan tindakan Ezzan sebentar tadi. 'Apa dia takde mulut ke nak cakap?'

"ALAMAK! Hujan pula!" Lya buntu. Keretanya masih dibaiki oleh kawan Heriqh. Tadi pagi dia pergi kerja pun tumpang Suraya naik motor. Tapi takkan dia nak susahkan Suraya sekali lagi untuk mengambilnya di tengah-tengah hujan begini? "Call Ezzan lah." Fikirnya Ezzan telah balik bandar. Lya membuka telefon pintarnya dan menekan nombor paling atas. Sangkanya itu Ezzan. "Ezzan boleh tak you tolong ambil I dekat Hotel LS now?" Lya mematikan panggilan selepas mencapai tujuannya.

"Hi, Lya!" Tidak lama kemudian, Heriqh datang dengan kereta menegur Lya yang sedang menunggu di luar hotel dengan wajah masam.

"You?" Lya mendengus geram. Boleh pula dia terjumpa dengan Heriqh masa-masa begini! 'Mana Ezzan ni?'

"Jomlah balik." Ajak Heriqh dari dalam kereta bersama senyuman manis.

"I tengah tunggu kawan." Jawab Lya acuh tak acuh.

"Oh pasal tu. Ezzan ke?" Heriqh meneka.

"Haah." Jawab Lya lagi. Sebenarnya dia malas nak layan Heriqh tapi mengenangkan keretanya...

"I rasa you salah call orang kot. Cuba you check telefon you balik." Arah Heriqh yang masih bersama senyuman manis.

Lya mengerutkan dahi. Laju tangannya menyeluk beg tangan dan mengeluarkan telefon pintarnya. Telefon pintarnya dibuka dan jarinya menekan butang panggilan. "What the hell?!" Lya terkejut. Bukan nombor Ezzan yang dia tekan tapi nombor yang tidak dia kenali. 'Jangan-jangan ni nombor Heriqh?' "Ni nombor you ke?" Lya menyoal dengan bengang pada Heriqh.

"Yes. Jomlah, I hantar you balik." Ajak Heriqh sekali lagi.

"Tak nak! I boleh balik sendiri." Tegas Lya.

"Degilnya..." Heriqh melangkah keluar dari perut kereta dan membuka pintu kereta di sebelah kemudian langkah kakinya berhenti di hadapan Lya.

"I cakap I tak nak!" Tengking Lya pada Heriqh. Geram dia dengan sikap Heriqh yang hari-hari menggangunya.

Tanpa teragak-agak Heriqh mencempung badan Lya walau Lya meronta-ronta minta diturunkan dan Heriqh meletakkan Lya dalam posisi duduk di kerusi kereta. Kemudian, Heriqh menutup pintu kereta dan dia juga turut masuk ke dalam perut kereta.

"What the hell yang you cuba buat ni?! You nak culik I ke?" Nyaring suara Lya bertanya.

"Aduh!" Heriqh menyentuh telinganya. Sakit! 'Kuat juga eh minah lawa ni menjerit.'

"You nak I tolong hantar ke atau you nak tunggu dekat hotel ni sampai hujan stop? Choose it." Balas Heriqh.

"Fine!" Lya menyandarkan badan ke kerusi tanda mengalah.

Heriqh tersenyum puas melihat riaksi Lya.

"NAH." Sejambak bunga mawar berwarna ungu dihulurkan pada Lya yang baru sahaja ingin turun dari kereta.

"What is this?" Lya menyoal.

"You tak pernah tengok bunga ke selama ni?" Heriqh bernada sarkastik.

Lya mendengus geram. Heriqh fikir dia bodoh tak pernah tengok bunga selama ni? "Kenapa you bagi I bunga ni?"

"Saja." Jawab Heriqh acuh tak acuh. "Ambil lah."

"Okey." Lya mengalah. Tangannya menyambut huluran Heriqh. "Thanks." Lya tersenyum manis saat menerima bunga itu. Dia sebenarnya sangat suka bunga!

"You suka?" Giliran Heriqh menyoal.

"Yes. I memang suka bunga dari dulu. Sangat suka sebenarnya!" Lya tersenyum ceria.

"Baguslah kalau macam tu. Keep this flower safe and if you miss me look at this flower." Pesan Heriqh dalam nada yang lembut.

Lya tidak menjawab sebaliknya dia melangkah keluar dari perut kereta. "Thanks sebab hantar I balik rumah dan bagi bunga ni." Ucap Lya sebelum menutup pintu kereta dan masih tersenyum ceria.

Heriqh turut sama tersenyum. Hatinya bahagia saat melihat senyuman manis dan ceria milik Lya.

"BUNGA?" Suraya terkejut saat melihat sejambak bunga mawar berwarna ungu berada di tangan Lya semasa Lya masuk ke dalam rumah. Bunga yang sama persis seperti bunga yang dibeli oleh Heriqh di Florist tadi.

"Haah. Kawan Kak Lya bagi." Balas Lya.

"Siapa? Lelaki ke perempuan?" Soal Suraya lagi.

"Lelaki."

Suraya tergamam. Harap tidak seperti yang difikirkannya. "Siapa?"

"Aik? Banyak pula soalan Su malam ni eh?" Lya mulai hairan dengan sikap Suraya.

"Taklah, saja nak tau. Entah-entah bakal abang ipar Su kan? Abang Ezzan ke?" Suraya meneka.

"Bukan. Heriqh." Jawab Lya membuatkan jantung Suraya seakan berhenti.

"Heriqh apa..."

"Heriqh Sufian ke?" Salimah menegur Lya dan Suraya yang sedang berada di ruang tamu. "Yang tolong Lya masa Lya pengsan ke?" Salimah teruja ingin mengetahui hubungan sebenar Lya dan Heriqh.

"Haah, ummi." Jawab Lya mengiyakan.

'Takkan lah... Jadi maksudnya orang istimewa di dalam hati Abang Heriqh Kak Lya ke?' Terasa lemah lutut Suraya saat ini. Hatinya meronta tidak percaya dengan apa yang dia baru sahaja tahu! Suraya berlari masuk ke dalam bilik sebelum tangisannya pecah.

Enjoy ^-^ Happy reading (:

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience