11 - Imbas Kembali (Maaf)

Romance Series 12467

"Aya!" Heriqh berlari ke arah Suraya yang sedang duduk di perhentian bas selepas ternampak seperti kelibat Suraya. Sedikit lagi dia nak putus asa dari terus mencari Suraya.

Suraya bingkas berdiri apabila melihat Heriqh mendekatinya. Dia berundur beberapa langkah ke belakang. "Abang Heriqh...nak apa?" Soal Suraya takut. Terngiang-ngiang ayat-ayat Heriqh padanya semasa di sekolah.

Heriqh melihat sepasang mata Suraya yang kuyu. Rasa bersalah semakin mencengkam hatinya. Dia sedar dia salah dan dia tak patut cakap macam tu dekat Suraya. "Abang minta maaf pasal tadi pagi. Abang tak patut cakap macam tu. Abang sedar abang salah. Abang minta maaf." Ucap Heriqh ikhlas dari hati.

"Tak apa, Aya maafkan." Balas Suraya sambil tersenyum tawar. Sebenarnya, dia dah mengantuk sangat tika ini. Suraya melabuhkan semula punggungnya ke atas tempat duduk di perhentian bas. Dia macam nak tertidur pun ada saat ini. "Huwaa!" Suraya menguap dan akibat terlalu mengantuk dia tertidur. Sedikit lagi dia hampir terjatuh ke atas tanah tetapi mujur Heriqh sempat sambut dan mencempung badannya.

"Riqh buat apa ni? Malam-malam macam ni angkat anak dara orang?" Marah Halina apabila ternampak Heriqh datang dengan mencempung Suraya. Dia dah lama tunggu Heriqh dan Suraya di luar. Risau juga dia dengan kedua cucunya. Walaupun Suraya hanya dia jaga untuk sementara namun dia telah mengganggap Suraya seperti cucu kandung.

"Aya tertidur." Jawab Heriqh seraya melangkah masuk ke dalam rumah dan menuju ke arah bilik neneknya.

"Perlahan-lahan." Pesan Halina pada Heriqh yang ingin membaringkan Suraya ke atas tilam katil.

"Okey, dah. Keluar." Arah Halina pada Heriqh selepas Heriqh membaringkan Suraya ke atas katil. "Oh ya, dah minta maaf dengan Aya?" Soal Halina menghentikan langkah kaki Heriqh.

"Dah." Jawab Heriqh dan meneruskan kembali langkahnya.

Halina menutup pintu biliknya kemudian dia menghampiri katil. Dia tersenyum. Tenang hatinya apabila Suraya telah kembali ke dalam rumahnya.

"AYA." Tegur Heriqh pada Suraya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

"Ya, abang?" Suraya menyahut tanpa menolehkan kepalanya. Dia sedang khusyuk menonton televisyen. Sampai macam nak melekat matanya di skrin televisyen.

"Abang..." Bicara Heriqh terhenti. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum dihembuskan perlahan. "Abang sebenarnya nak minta maaf sekali lagi dekat Aya." Sambung Heriqh.

"Hah? Oh." Suraya menganggukkan kepala tanda faham dengan matanya yang masih di skrin televisyen.

Heriqh lega dengan riaksi Suraya. "Abang Riqh nak ajak Aya keluar beli aiskrim. Jom!" Ajak Heriqh bersama senyuman lebar.

"...."

"Aya? Jomlah!" Ajak Heriqh sekali lagi pada Suraya apabila Suraya tidak menjawab ajakannya.

"Hah? Apa abang Riqh cakap tadi?" Soal Suraya pula. Dia tidak memberi perhatian pada bicara Heriqh sebentar tadi.

Heriqh tersenyum tawar mendengar soalan Suraya. "Abang Riqh ajak Aya keluar beli aiskrim. Jom, nak?" Sekali lagi Heriqh mengajak.

"Tak nak lah." Suraya menolak. Dia dah seronok menonton televisyen lagi-lagi apabila televisyen menayangkan rancangan kegemarannya.

Heriqh bengang. Geram dia apabila Suraya menolak ajakannya. "Alah, jom lah!" nada sedih sengaja dibuat-buat bersama muncung sedepa.

"Tak nak. Aya tengah tengok running man." Balas Suraya. Sekali lagi menolak.

Heriqh bingkas berdiri selepas mendengar balasan yang keluar dari mulut Suraya. Dia menuju ke arah suis televisyen dan jarinya naik menekan suis televisyen membuatkan skrin televisyen menjadi gelap gelita.

"Aik?" Berkerut dahi Suraya apabila melihat skrin televisyen tiba-tiba menjadi gelap. Matanya dialihkan pula pada Heriqh yang sedang berdiri di tepi suis televisyen bersama senyuman manis atau lebih tepatnya riaksi tak bersalah. "Abang Riqh ke yang tutup suis tv?" Mencerlung anak mata Suraya menatap Heriqh.

"Haah. Jom keluar." Selamba sahaja Heriqh mengajak Suraya dan menuju ke arah pintu rumah.

"Hish!" Suraya geram! "Kejaplah, Aya siap dulu!" Laung Suraya pada Heriqh yang telah melangkah keluar dari rumah.

"LAMBATNYA!" Heriqh mendengus geram. Sejak dari tadi dia menunggu Suraya tapi sampai sekarang batang hidung Suraya pun tak nampak. 'Aya ni tertidur ke mandi?'

"Sorry lambat." Tidak lama kemudian, muncul Suraya di hadapan pintu yang telah bersiap.

Mata Heriqh dibawa ke atas kemudian ke bawah memerhatikan Suraya. Kalau dilihat Suraya hanya memakai tudung sarung berwarna coklat, t-shirt lengan panjang dan seluar jeans. Itu sahaja. Dia hairan mengapa Suraya mengambil masa hampir setengah jam untuk bersiap? "Aya..."

"Yes?" Suraya yang sedang memakai selipar mendongakkan kepala memandang Heriqh saat mendengar namanya dipanggil.

"Aya mandi ke tadi? Lambat betul Aya siap. Abang Riqh dah nak basi tunggu Aya dekat luar ni."

"Taklah. Aya solat kejap tadi sebab Aya tengok jam, asar dah masuk." Jawab Suraya bersama senyuman.

"Oh." Heriqh tersentak. Dia solat tu memang solat tapi selalu dah nak dekat-dekat habis waktu baru lah dia pergi menjawab panggilan.

"Jom!" Ajak Suraya seraya segera berjalan dan hampir meninggalkan Heriqh.

"Eh, kejap, kejap!" Heriqh berlari anak mengikuti langkah Suraya. 'Tadi dia yang tak nak ikut. Sekarang ni terlebih semangat pula?' bebel Heriqh dalam hati.

"AYA nak aiskrim apa?" Soal Heriqh pada Suraya yang berdiri di sebelahnya.

"Strawberi."

"Aya suka perisa strawberi ke?"

"Haah. Sedap." Jawab Suraya bersama senyuman lebar. Tidak sabar dia hendak merasa aiskrim berperisa kegemarannya. "Abang Riqh tak nak beli aiskrim ke?" Soal Suraya pula pada Heriqh.

"Tak." Jawab Heriqh. "Ehh, tak apa, tak apa!" Heriqh mengambil duit dari tangan Suraya sebelum sempat Suraya menyerahkan duit kepada penjual aiskrim. "Nah." Heriqh menyerahkan kembali duit kepada Suraya.

Suraya pelik tapi disambut juga huluran itu tanpa menyoal. Diperhatikan gelagat Heriqh yang seterusnya. "Ehh, abang!" Serba salah Suraya saat melihat Heriqh yang membayarkan aiskrimnya.

"Kenapa?" Heriqh berpura-pura tidak tahu.

"Kenapa abang Riqh yang bayar?" jelas kedengaran nada serba salah yang keluar dari mulut Suraya.

"Sebab abang Riqh nak belanja Aya. Sedap kan aiskrim tu?"

"Sedap. Thank you sebab belanja Aya." Ucap Suraya bersama senyuman manis.

"Sama-sama. Makan sampai habis tau." Balas Heriqh turut bersama senyuman.

"AYA, nah. Nanti makan dalam perjalanan." Bekal berisi kuih karipap dihulurkan pada Suraya yang sedang kelam-kabut memakai kasut sekolah.

"Terima kasih, nek." Huluran tangan Halina disambut selepas Suraya siap memakai kasut. "Kami pergi dulu!" Suraya berlari anak mendekati Heriqh yang sedang menunggu di basikal. Mereka berdua telah terlambat sekali lagi. Ini semua kerana mereka menonton televisyen semalam. Cerita hantu punya pasal mereka sanggup tidur lewat!

"Abang, ni ada bekal karipap nenek sediakan suruh kita makan sebelum sampai sekolah." Beritahu Suraya pada Heriqh yang berada di hadapannya tengah mengayuh basikal.

"Aya suap abang." Arah Heriqh. Susah untuk dia makan dalam keadaan ini.

"Okey." Tanpa banyak soal Suraya membuka penutup bekal dan mengambil sebiji karipap dan disiapkan ke dalam mulut Heriqh bersama hati yang berdebar hebat. Dia tak pernah suap lelaki makanan sebelum ni. Ini kali pertamanya. Kemudian, gilirannya pula menyuapkan sebiji karipap ke dalam mulutnya sendiri.

Selepas itu, Suraya menyuapkan sebiji karipap lagi ke dalam mulut Heriqh kemudian gilirannya pula. Mereka bergilir-gilir makan sehingga lah tiba di hadapan sekolah.

Enjoy Happy reading (:

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience