15 - Aishiteru

Romance Series 12467

'Dina ni marah aku ke?' soal Ezzan pada diri sendiri dalam hati. Tak senang hatinya apabila sejak dari mereka sampai di kereta sehingga pulang ke rumah tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut Dina walau diajak bicara. Saat ini Dina sedang duduk di sofa sambil menonton televisyen padahal sebenarnya Dina sedang termenung. Matanya mungkin di televisyen namun fikirannya menerawang jauh entah ke mana. "Awak marah saya ke?" kaki Ezzan dibawa melangkah mendekati Dina.

Dina tersentak. Suara Ezzan membawanya kembali ke dunia nyata. Soalan Ezzan tidak dijawab. 'Haah, saya marah awak.' Tapi dia sendiri pun tak tahu sebab apa dia marah Ezzan. Mungkin kerana... cemburu?

Ezzan melabuhkan punggung di sebelah Dina. Wajah Dina ditatap sejenak. "Kalau pasal tadi... saya minta maaf."

"..." Dina masih tidak menjawab. Entah kenapa lidah ni rasa berat je nak angkat.

"Awak..." nada suara Ezzan berubah sayu. "Tolong lah bercakap dengan saya. Kalau dengan orang lain awak nak simpan suara, simpanlah. Tapi kalau dengan saya tolong keluarkan sebab saya rindu... rindu nak dengar suara awak." tapak tangan Dina dicapai dan diusap perlahan. Dia benar-benar memaksudkan kata-katanya.

Kepala Dina dialih ke sebelah kanan menghadap Ezzan. Berkerut dahinya. 'Dah buang tabiat ke Ezzan ni?'

"Kenapa? Tak percaya?" soal Ezzan. Wajah Dina jelas menunjukkan riaksi tidak percaya. Ezzan bangun sedikit dan dua kucupan dilabuhkan ke atas sepasang mata milik Dina. Kemudian, Ezzan tersenyum melihat wajah Dina yang tampak terkejut.

Jantung Dina berdegup kencang. Ada rasa debar di dada. Anak mata Dina membolos masuk ke dalam anak mata Ezzan. Menatap wajah Ezzan yang menghantar pandangan redup.

"Sekarang ni saya sedar yang saya dah mula cintakan awak." ujar Ezzan seraya satu kucupan sayang melekap di dahi Dina.

"Betul ke?" Dina seakan tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Atau dia salah dengar?

"Haah, betul." jawab Ezzan sambil mata masih melekat di wajah Dina. "Jom kita tukar panggilan nak?" soal Ezzan lagi cuba menghilangkan rasa kekok antara mereka berdua.

"Boleh." balas Dina bersama senyuman lebar.

"Pernah tak ada sesiapa yang panggil awak dengan nama Fea?"

"Takde. Tak pernah." Benar katanya. Tidak pernah sesiapa pun memanggil dia dengan nama 'Fea.' Yang ada pun hanya 'Sofea' tapi jarang. Kadang pun dia buat tak endah sahaja kalau ada yang memanggilnya dengan nama 'Sofea'.

"Kalau macam tu saya akan panggil awak Fea. Awak pula panggil saya anje. Macam mana? Nak?" nada suara Ezzan berubah teruja.

Mendengarkan itu, Dina tidak dapat menahan ketawa dan akhirnya pecah ketawanya. "Anje? Kalau Fea tu okey sikit tapi kalau anje macam..." Dina sambung ketawa.

Melihat Dina yang ketawa Ezzan mempamerkan riaksi marah dan monyok. "Habis tu? Awak nak panggil saya apa? Aril?"

"Ehh, tak, tak! Saya akan panggil anje." Cepat, cepat Dina menyetujui sebelum Ezzan mengubahnya kepada 'Aril'. Dia tak nak panggil suaminya dengan panggilan yang sama seperti orang lain. Atau lebih tepatnya, Clarice.

"Apa ni?!..." Sejak dari tadi, jarinya menekan alat kawalan jauh namun tiada satu pun saluran yang menarik perhatiannya. Dari saluran drama melayu ke cina seterusnya ke hindi pula. Saluran lawak pun telah dia tekan. Tapi masih sahaja dia berasa bosan. Walaupun mempunyai televisyen di dalam bilik tetap sahaja tidak berguna buatnya. Matanya dibawa turun ke bawah. Ditilik kakinya. Buku lalinya telah sembuh tapi Salimah menyuruhnya mengambil cuti sehingga dia benar-benar sembuh. Kalau ikut hatinya pada hari ini dia akan masuk kerja semula.

Ting! Kedengaran bunyi di telefon pintar Lya yang menandakan mesej masuk. Pantas tangan Lya mencapai telefon pintarnya dan matanya membaca mesej yang terpapar di skrin.

-Jom keluar nak?- Mamat Annoysome.

Lya menjulingkan matanya ke atas selepas membaca mesej itu. "Dia ni takde kerja lain ke?"

Ting! -I ada dekat depan rumah you- Mamat Annoysome. Lya mendengus geram. "Dia ni annoying betul lah!"

Tok! Tok! Kedengaran bunyi pintu bilik diketuk.

Dengan langkah yang malas Lya bangun dari sofa dan melangkah ke arah pintu. Tangannya naik memulas tombol pintu dan pintu dibuka.

Terjengul wajah Salimah sebaik sahaja pintu dibuka.

"Mama?"

"Heriqh ada dekat bawah tengah tunggu Lya."

Lya berdecit menahan geram. "Dia buat apa tunggu Lya?"

"Heriqh ajak Lya keluar."

"Mama suruh lah dia balik. Lya malas nak keluar. Lagipun, kaki Lya belum sembuh betul." balas Lya. Malas dia nak layan Heriqh.

"Ya ke? Kalau mama tak suruh Lya ambil cuti mesti Lya dah pergi kerja sekarang ni. Kaki Lya kan dah sembuh. Pergi je lah keluar dengan Heriqh." arah Salimah pula.

'Aik?' "Wa...wait! Jangan cakap mama suruh Lya ambil cuti semata-mata sebab nak Lya keluar dengan Heriqh?" Wajah Salimah dipandang dengan riaksi tidak percaya.

"Kalau betul?" Salimah ketawa kecil. Haah, memang benar dia suruh Lya ambil cuti semata-mata untuk Heriqh bawa Lya keluar.

"Mama!" Nyaring suara Lya menjerit setelah mendengar jawapan yang keluar dari mulut Salimah. Berkerut seribu dahinya. Wajahnya menunjukkan riaksi sebal.

"Okay, I'm sorry. Tapi mama pun nak tengok Lya happy. Ni Lya selalu lonely je... Mana tahu Heriqh dapat buka hati Lya kan?" Salimah menjelaskan niatnya.

"Su takde pula mama nak buat macam ni." Muncung sedepanya dikeluarkan tanda protes.

"Su masih muda Lya. Lya pula dah nak masuk umur 25. Kalau Lya tak nak juga nanti mama bagitau Heriqh. Okey?" Salimah cuba memujuk Lya. Dia harap Lya faham yang dia buat semua ini untuk kebaikan Lya.

Jeda. Lya berfikir sejenak. "Tak apalah. Suruh Heriqh tunggu. Lya nak bersiap kejap." jawab Lya yang pada akhirnya mengalah. Dia faham apa yang ingin disampaikan oleh Salimah. Dia setuju untuk keluar ni pun sebab Salimah.

"KITA nak pergi mana ni?" soal Dina buat ketiga kalinya pada Ezzan.

"Fea sabar kejap je lagi." balas Ezzan bersama senyuman lebar. Dia tahu perasaan tak sabar untuk tahu di hati Dina semakin membara.

"Yang anje nak berahsia sangat ni kenapa?" soal Dina lagi. Geram.

"Sebab aishiteru." jawab Ezzan yang masih dengan senyuman lebar dan kali ini tambahan kenyitan mata.

"Eii!" Naik merah pipi Dina saat mendengar jawapan Ezzan. Bukan dia tak tahu apa makna 'aishiteru'. Aku mencintaimu. "Sempat lagi dia kenyit mata eh? Kang terbabas pula kereta ni!" Marah Dina manja.

Terkekeh Ezzan mendengar mendengar balasan daripada Dina. "Fea tak nak balas ke?"

"Err... nak balas apa?"

"Apa-apa jelah. Asalkan romantik gitu..." Makin lebar senyuman Ezzan.

"I..." Tergagap-gagap Dina ingin bicara. 'Nak balas apa eh?'

"I?" Ezzan menanti sambungan bicara Dina.

"Fea... sayang... anje!" sambung Dina dan laju tapak tangannya naik menutup mukanya yang telah merah seperti warna tomato. Merah!

Kali ini senyuman Ezzan berubah manis. "Anje pun sayang Fea juga. Malu ke tu?" Usik Ezzan pada Dina yang masih menutup muka. Ezzan memberhentikan kereta di bahu jalan. Badannya dipusingkan menghadap Dina sambil tangannya naik menarik tapak tangan Dina dari menutup muka. "Merah betul tu!" Pecah ketawa Ezzan saat melihat wajah Dina yang berubah ke warna merah.

"Eii! Dah, dah lah tu!" Baru sahaja ingin menarik kembali tangannya namun Ezzan lebih pantas menggenggam tangannya.

Cup! Satu kucupan melekap di pipi kiri Dina.

"PANDAI eh mama pujuk you untuk keluar dengan I." Heriqh memulakan bicara untuk menghilangkan rasa kekok di antara dia dan Lya.

"I setuju keluar ni pun sebab mama. By the way, kenapa you panggil mama?"

"Salah ke? I cuma hormat kan lagi mama. Lagipun, mama yang suruh I panggil 'mama'." jawab Heriqh berterus-terang.

Lya menjulingkan matanya ke atas setelah mendengar jawapan yang keluar dari mulut Heriqh. "Cepatlah. You nak cakap apa sampai ajak I keluar?"

"Nothing. I just miss you." jawab Heriqh seraya tangannya mencapai gelas yang berisi air kopi panas dan mencicipnya perlahan.

"Hahaha! Lawak! Semata-mata sebab tu?" Lya mengawal nadanya dari naik. Mencerlung anak matanya merenung wajah Heriqh.

"Okay, I'm sorry." Serba salah Heriqh dibuatnya saat melihat wajah Lya yang tampak berang itu.

"I nak balik." Lya bingkas berdiri dan berjalan untuk pergi.

"Lya wait!"

Enjoy Happy reading (:

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience