"Jauhnya termenung sampai aku letak telur goreng ni depan mata kau pun kau tak perasan." Tegur Iqmal pada Heriqh yang sejak dari tadi dia lihat hanya termenung.
"Thanks bro tolong masak untuk aku!" Balas Heriqh seraya menepuk bahu Iqmal. Maklumlah, bujang.
"Kau mabuk eh?" Soal Iqmal pada Heriqh selepas mereka telah siap makan dan melangkah ke ruang tamu.
"Mabuk? Mabuk apa? Kau ni merepek je kerja!" Heriqh hanya menggelengkan kepala dengan sikap Iqmal. Ada je benda yang dia nak merapukan!
"Mabuk cinta maksud aku!" Iqmal menjelaskan maksudnya.
"Tak lah! Aku nak mabuk cinta dengan siapa?" Heriqh menafikan.
"Eh, eleh! Habis tu, yang kau termenung daripada tadi tu apa?" Iqmal masih belum puas hati.
"Aku rasa aku dah terjatuh dalam LAFS lah!"
"Apa benda tu? Penyakit ke? Eh, kau sakit ke?!" Soal Iqmal terkejut.
"Bukan! LAFS tu Love At First Sight." Terang Heriqh pula."
"Oh... dengan siapa? Rupa-rupanya, selama ni kau diam-diam kau dah plan nak mengurat perempuan eh!" Lagi-lagi, Iqmal mengusik Heriqh.
"Bukan lah! Aku terserempak je dengan perempuan tu. Tapi serius wey, lawa! Cuma dia tu keras kepala sikit lah." Balas Heriqh lagi.
"Aik? Cakap terserempak tapi dah boleh tahu perempuan tu keras kepala?" Iqmal mulai hairan.
"Panjang cerita dia."
"Kalau macam tu pendekkan."
"Dah lah aku naik atas dulu. Nak tidur." Heriqh bingkas berdiri dan menuju ke bilik meninggalkan Iqmal terpinga-pinga seorang diri.
-THANK you tau teman I shopping tadi- My Dear.
Ezzan tersenyum seorang diri membaca pesanan yang dihantar oleh Lya. Jarinya laju menaip membalasnya.
-No problem, anything for you dear- Ezzan.
Lya ketawa kecil membaca hujung pesanan Ezzan. Dear. Dah macam nama panggilan yang Ezzan berikan padanya sahaja. Kalau sangkaan orang lain mungkin menyangka bahawa mereka mempunyai hubungan istimewa namun, hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Tiada yang lebih dari itu melainkan hanya sebagai seorang kawan baik.
-Hi- Unknown.
Berkerut dahi Lya saat satu lagi pesanan masuk ke dalam telefon pintarnya. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sahaja 'hi'? Lya menutup telefon pintarnya seraya merebahkan badan ke atas tilam. 'Hmm... selesanya.' Setelah hampir dua hari dia tidur di hospital terasa rindu dengan tilamnya yang bersaiz queen.
Masih awal tapi dia dah mengantuk. Perlahan-lahan, Lya memejamkan matanya dan tidak lama kemudian, dia lena dibuai mimpi.
PRANG! Lya marah. Tak tahu apa jadi dengan telefon pintarnya yang dia baling dengan sekuat hati. 'Siapa suruh kacau orang!' Sebenarnya bukan salah telefon pintarnya tapi salah orang yang memanggilnya beberapa kali pada pagi itu sedangkan dia masih tidur! Kalau nak cakap pasal hal kerja tak mungkinlah sebab hari ni dia cuti.
Kalau nak cakap kawannya dia hanya ada seorang kawan iaitu Ezzan tapi tak mungkinlah Ezzan akan memanggilnya awal-awal pagi begini? Dia dah berkawan dengan Ezzan lama kot mestilah Ezzan tahu sikapnya yang tak suka diganggu pada awal pagi. Siapa yang pagi-pagi lagi berani kacau singa betina tidur?
"Erghh!" Lya merebahkan semula badannya ke atas tilam untuk menyambung tidurnya yang terganggu sebentar tadi. Namun, tidak sampai sesaat telefon pintarnya yang telah dia baling berdering lagi menandakan ada panggilan masuk.
Lya yang mulai bengang itu melompat turun daripada katil dan pantas mencapai telefon pintarnya. Marahnya membuak-buak! Jarinya segera menyambungkan panggilan.
"Hello." Kedengaran suara garau di hujung talian.
"Apa hello, hello?! Kau ingat ni public phone?!" Balas Lya melampiaskan marahnya. Turun naik dadanya mengawal marah.
Heriqh terkejut. Dia menjarakkan sedikit telefon pintarnya dari telinga kemudian, barulah dia mendekatkan semula. "I Heriqh yang message you semalam."
"Jadi?! Kau nak aku buat apa?" Balas Lya. Geram!
"Err... you delete nombor I ke? Sebab I messages you semalam you tak balas. Sorry kalau I kacau you pagi-pagi macam ni sebab I ingat you dah bangun. Yelah, kita kan sebagai umat Islam kena solat subuh..."
"AKU CUTI BODOH!" Jerit Lya memintas percakapan Heriqh seraya mematikan panggilan. Puas hatinya!
"Oh patutlah." Kini Heriqh faham kenapa Lya berangin semacam.
"Awak apa khabar sekarang?" Soal Dina pada Ezzan.
"Alhamdulillah, sihat." Jawab Ezzan pula. "Awak pula?"
"Alhamdulillah saya sihat. Dah lama saya tak jumpa awak. Saya masih ingat lagi dulu kita sekelas dan main sama-sama selalu dekat kampung ni." Balas Dina mengingatkan kembali Ezzan pada kenangan mereka sewaktu dahulu di kampung ini.
Ezzan ketawa kecil. Segalanya telah berubah. Dia dan Dina tak lagi bertemu selepas dia mencari kerja di bandar.
"Awak dah ada yang punya?" Meluncur laju soalan itu keluar dari mulut Dina.
Ezzan terkejut namun, dikawal riak wajahnya. Macam dia tahu apa yang ingin dikatakan oleh Dina. "Belum."
"Mesti awak dah tahu kan pasal kita?" Soal Dina lagi.
"Dah. Saya tak sangka awak cepat setuju." Balas Ezzan. "Awak sayang saya?" Sepasang mata Ezzan tepat membolos masuk ke dalam anak mata Dina.
"Saya..." Dina mati kata. Dia tak tahu bagaimana hendak menafikan perkara yang Ezzan katakan. "Saya rasa ayah dan ibu saya dah pilih orang yang tepat untuk saya, so, saya tak bantah."
Ezzan menganggukkan kepala tanda faham. Sunyi seketika antara mereka.
"Awak tak nak terima saya?" Soal Dina pula. Hatinya meronta ingin tahu hal sebenar!
"Saya nak seseorang yang saya nak jadikan peneman hidup saya." Tegas Ezzan membalas. "Bukan seseorang yang saya terpaksa terima." Sambung Ezzan membuatkan jantung Dina seakan berhenti.
Dina gigit bibirnya menahan esak tangis. Air mata mulai bergenang di tubir mata.
"Sorry to say, but saya akan tolak awak." Ezzan tepat memandang ke hadapan tanpa melihat wajah Dina. Dia tahu Dina masih menyimpan perasaan suka padanya.
Dina segera mengalihkan pandangan ke arah lain apabila merasakan dadanya sesak. Bila-bila sahaja air matanya akan gugur.
"I'm sorry." Kaki Ezzan muka bergerak melangkah pergi dari situ tanpa melihat wajah Dina.
Dina pula hanya membiarkan sahaja Ezzan pergi. Satu-persatu, air mata gugur membasahi pipinya. Hatinya sakit. Dadanya sesak. Dina akhirnya menghamburkan tangisan.
"EH?" Satu suara garau menegur Lya dari belakang semasa Lya ralit membelek baju baru yang hendak dibeli.
Lya hanya mengendahkan sahaja sehingga lah Heriqh berdiri tepat di hadapannya. "Hi!" Sapa Heriqh riang.
Lya mendengus geram. "Kenapa dekat mana-mana ja I pergi mesti terserempak dengan you?" Lya mulai bengang.
"Mungkin sebab dah jodoh kot. Yelah, kalau dah jodoh takkan ke mana, macam tulah you takkan ke mana kecuali dalam hati I." Balas Heriqh sambil mengelipkan sebelah anak mata.
"Euww!" Lya buat muka jijik. Kalau dah ada Ezzan sekarang ni mesti dia dah boleh lari tapi malangnya Ezzan balik ke kampung.
"Lelaki yang hari tu boyfriend you ke?" Laju soalan itu meluncur keluar dari mulut Heriqh apabila melihat Lya ingin pergi.
Lya menghentikan langkahnya seraya memusingkan badannya ke belakang. "Tak. He's my friend."
"Wah! My lucky!" Heriqh tersenyum riang.
Lya hanya mengerutkan dahi dan kemudian dia menyambung langkahnya untuk pergi dari situ. 'Mamat handsome pelik!'
Enjoy ~_~ Happy reading (:
Share this novel