14 - Busy

Romance Series 12467

"Wa...wait!" Heriqh terduduk. Nafasnya tidak teratur. Tercungap-cungap dia saat ini. Kepalanya tertunduk mengatur nafas. Hampir pengsan dia gara-gara ingin mengejar Lya yang telah berjoging lebih laju daripadanya.

"Nampak sangat yang you ni tak pernah berjoging." Lya berpeluk tubuh.

Heriqh mendongakkan kepalanya memang Lya yang sedang berdiri di hadapannya. 'Dia ni biar betul?' Lya lansung tak nampak penat setelah berjoging hampir 2 jam. "I bukan tak pernah berjoging cuma... takde masa." Heriqh menjelaskan. Benar. Dia tidak ada masa untuk berjoging mahupun melakukan perkara-perkara yang disukainya. Kerana dia sibuk. Sibuk.

"That's mean you're busy? Busy, busy pun boleh stalk orang ke?" Lya bernada sarkastik.

"Kalau untuk you..." Heriqh bingkas berdiri setelah berjaya mengatur nafas. "Busy, busy I pun I sanggup." balas Heriqh bersama senyuman manis macam biasa... tahap potong kaki.

"Whatever!" Jelingan tajam diberikan pada Heriqh sebelum kembali berjoging.

"Again?" Hampir pitam dia apabila melihat Lya sekali lagi berjoging meninggalkannya.

"Auch!" Nasib Lya malang. Ada batu besar di hadapannya dan kakinya terlanggar batu besar tersebut. "Aduh!" Lya menyeringai kesakitan. Berkerut dahinya menahan sakit.

"Lya!" Heriqh berlari mendekati Lya yang telah terduduk di atas tanah. "Are you okay?"

Lya bengang! "Apa punya soalan you ni? Memang lah I tak okay sekarang ni! I jatuh! Kaki I sakit!" Air mata sudah bergenang di tubir matanya. Sakit di bahagian buku lalinya tak dapat dikawal.

"Boleh bangun tak ni?" Serba tak kena Heriqh apabila melihat air mata Lya yang yang perlahan-lahan turun mengalir di pipi.

"Tak!!!" Kesakitan di bahagian buku lalinya kian terasa. Betisnya dicengkam kuat menahan sakit.

Tanpa menunggu lama Heriqh segera mencempung badan Lya.

'ALAHAI, lambatnya! Perempuan memang selalu lambat macam ni ke?' Bebel Ezzan dalam hati. Dari berdiri dia duduk. Tak lama kemudian dia baring. Dia dan Dina akan keluar bersama beli barang dapur kerana rumahnya tiada satu pun barang dapur. Tadi pun mereka hanya sarapan roti dengan jem strawberi. Maklumlah, dia tak tahu pun balik dari kampung dia akan bawa seorang isteri ke rumahnya. Kehidupannya sebelum ini sebagai seorang bujang memang selalu makan di luar ataupun bawa makanan dari luar dan makan di rumah. "Belum siap-siap lagi ke?" Ezzan bingkas berdiri dan melangkah naik ke atas kerana malas menunggu di bawah lebih lama. "Belum siap lagi ke?" Soal Ezzan pada Dina setelah dia sampai di hadapan bilik. "Macam bulan dah hampir timbul." Ezzan bernada sarkastik.

"Amboi! Sindir saya ke?" Mata Dina menghantar jelingan tajam pada Ezzan.

Ezzan tersenyum mendengar soalan Dina. Dia melangkah menghampiri Dina yang sedang menyikat rambut di hadapan cermin. "Perempuan memang perangai dia selalu lambat siap ke?" Sikat di tangan Dina bertukar tangan. Tangannya sambung menyikat rambut Dina.

"Tak tahulah kalau perempuan lain. Tapi bagi saya perempuan ni teliti sebab tulah selalu lambat siap. Perempuan ni dia sangat teliti dengan baju yang dia pakai sampai kasut. Teliti. Sebab tulah perempuan ni special." jawab Dina bersama senyumannya. Ditekan perkataan 'teliti' beberapa kali.

Terkekeh Ezzan mendengar jawapan yang keluar dari mulut Dina. Hebat! Penjelasannya bukan calang-calang!

"Aik? Ketawa pula dia?" Satu cubitan hinggap di lengan Ezzan.

"Aduh!" Ezzan meringis kesakitan tapi masih dengan ketawanya. "Agak-agaknya dalam sehari berapa kali saya akan terima cubitan daripada awak?" Ezzan sambung ketawa.

Dina mulai geram. Baru sahaja kakinya bergerak melangkah dua tapak ingin keluar dari bilik, Ezzan terlebih dahulu menyambar tangannya dan memaut pinggangnya. Dina terkejut.

Ezzan menarik Dina sehingga bertembung dengan badannya. Dipandang wajah Dina yang kelihatan terkejut dengan tindakannya. "Nak pergi mana?"

"Turun lah. Nak keluar beli barang. Awak teruskan ketawa sampai esok pagi." Sindir Dina. Muncung sedepa dikeluarkan tanda merajuk.

"Okay, I'm sorry." Ucap Ezzan kemudian dua kucupan dilabuhkan ke atas sepasang mata Dina.

Dina tersentak. Suka betul Ezzan cium mata dia. Kali ini dah masuk ketiga kali. "Kenapa awak suka cium mata saya?" Ringan mulutnya bertanya.

"Entah. Mungkin sebab mata awak ni bersinar-sinar kot." jawab Ezzan walaupun tidak memberi jawapan yang tepat.

"Saya tak percaya. Mesti ada sebab lain ni kan." bantah Dina.

"Saya cuma tak nak mata ni menangis lagi disebabkan saya. Saya nak mata ni sentiasa bersinar sebab saya." jawab Ezzan sekali lagi. Mungkin kali ini jawapannya agak masuk dek akal.

Dina terdiam. Dia terdiam bukan sebab terharu tapi sebab dia tak faham. Pendek kata, blur.

"Awak tak faham ke." soal Ezzan sambil ketawa kecil. Dia tahu sangat sikap Dina yang kadang-kadang akan jadi blur bila ayat yang meleret.

"Haah."

"Tak apalah, jom." Malas nak terangkan lebih lanjut Ezzan menarik tangan Dina melangkah keluar dari bilik.

"FEEL better?" soal Heriqh pada Lya yang sedang bersandar di kerusi keretanya. Sebentar tadi, dia tolong sapukan ubat pada buku lali Lya.

"Thanks." Lain yang ditanya, lain yang dijawab. Pendek sahaja jawapan daripada Lya.

"You dah sarapan tak? Kalau tak..."

"Dah." Laju Lya menjawab memintas bicara Heriqh.

"You ada nak pergi mana-mana lagi?"

"Tak."

"Okay. Balik rumah you terus rehat. Esok tak payah pergi kerja. Sapu ubat ikut masa. Jangan banyak gerak." Pesan Heriqh pada Lya seperti seorang bapa kepada anaknya.

Lya menjulingkan matanya ke atas. Naik bengang dia dengan sikap Heriqh yang kononnya caring!

"Lagi satu..."

KLAK! Pintu kereta Heriqh dibuka kasar. "You nak hantar I balik rumah ke atau you nak I jalan kaki balik rumah? I dah sakit macam ni, you still nak membebel? Doktor dah pesan dah pun semua yang you cakap tadi. Tak payah ulang." nada suara Lya bercampur-baur. Marah dan tegas.

"Okay, fine. I'm sorry." Heriqh melepaskan nafas kasar. Dia cuma ambil berat tentang Lya. Itu je. Takde yang salah pun. Tapi dia tak tahu kenapa Lya nak marah-marah.

"ARIL!"

Langkah kaki Dina terhenti apabila Ezzan berhenti di sebelahnya. "Kenapa?" soal Dina pada Ezzan yang telah memusingkan badannya ke belakang.

"Aril!" Seorang wanita berlari ke arah Ezzan dan Dina.

"Clarice?" Ezzan terkejut saat melihat Clarice. Patutlah dia dengar macam ada seseorang yang panggil dia dengan nama 'Aril'. Clarice adalah seorang wanita kacukan turki merangkap kawan baiknya di tempat kerja.

"Ni wife you ke?" Soal Clarice pada Ezzan. Turun naik matanya memandang Dina atas bawah.

Dina cuak. Pandangan Clarice padanya membuatkan dia tidak selesa. 'Aku tahu lah aku orang kampung.'

"Haah, kenalkan ini wife I. Dina Sofea." jawab Ezzan pada Clarice. "Dina, ni pula kawan I di office. Clarice." Giliran Clarice diperkenalkan pada Dina.

"Okay lah, see you next week dekat office." ujar Clarice seraya melangkah pergi dari situ. Namun, tapak tangannya masih sempat melambai ke arah Ezzan sebelum meneruskan langkah.

"Aril?" Wajah Ezzan ditatap dengan penuh tanda tanya. Perkataan 'Aril' ditekan.

Ezzan ketawa kecil. "Jealous ke?" Senyuman nakal terukir di bibirnya.

"Saya tanya je. Tak pernah saya dengar orang panggil awak dengan nama Aril. Lagi-lagi kalau perempuan." balas Dina menidakkan soalan Ezzan.

"Jangan risau lah. Hampir semua dekat office tu panggil saya dengan nama Aril. Saya masih special pada awak dan kalau nak kita tukar panggilan?"

"Tak perlu." balas Dina seraya kakinya melangkah pergi meninggalkan Ezzan yang telah terpinga-pinga mendengar jawapannya.

Happy reading Enjoy (:

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience